fardly83
Active Member
- Messages
- 1,694
- Joined
- Mar 6, 2009
- Messages
- 1,694
- Reaction score
- 101
- Points
- 33
Peguam persoal pernyataan beramaran pegawai polis terhadap pelakon
KUALA LUMPUR: Kenyataan Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy kepada polis ketika ditahan di rumahnya di Segambut dekat sini, dibuat secara paksa kerana ada unsur ugutan dan menakut-nakutkan pelakon itu, Mahkamah Majistret diberitahu, semalam.
Peguam Benjy, Amer Hamzah Arshad, berkata anak guamnya juga berada dalam keadaan bergari sepanjang masa ketika pernyataan beramaran dibacakan pegawai polis.
Amer juga berkata, kenyataan amaran yang dibacakan Asisten Superintendan Mohd Ashril Md Johar tidak sempurna dan tanpa penjelasan mengenai hak tertuduh ketika ditahan di tempat letak kereta kondominium Menara Duta 2 pada 11 Mac lalu.
Kami mempersoalkan kredibiliti Mohd Ashril kerana beliau banyak memberikan versi berbeza mengenai apa sebenarnya berlaku. Ketika pemeriksaan utama, beliau kata pernyataan amaran dibacakan sekali saja, malah tidak sebut langsung gari tertuduh dibuka.
Bagaimanapun, ketika bicara dalam perbicaraan, Mohd ASharil mengubah keterangannya dengan mengaku membaca pernyataan amaran sebanyak tiga kali, selain membuka gari tertuduh, katanya mengakhiri hujah di akhir bicara dalam perbicaraan itu.
Prosiding itu diadakan bagi menentukan sama ada keterangan Mohd Ashril yang mendakwa Benjy, 32, memahami pernyataan amaran yang dibacakan dan jawapan ada menyimpan barang salah dibuat secara sukarela atau tidak.
Kedua-dua pihak selesai mengemukakan hujahan semalam, dan keputusan bicara dalam perbicaraan akan dibuat Majistret Hafiza Sauni ketika memberikan keputusannya di akhir kes pendakwaan. Perbicaraan utama bersambung 3, 4 dan 8 November ini.