BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenderaan terputus dua

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SUNGAI SIPUT (U) - Akibat gagal mengawal kenderaan, seorang warga emas cedera parah apabila kereta yang dipandunya di Kilometer 23. 2 Jalan Ipoh melanggar tiang lampu dan pembahagi jalan sebelum terputus dua.

Dalam kejadian itu, warga emas, Lau Kam Sing, 63,yang berasal dari Bercham hilang kawalan lalu sebelum kereta jenis Nissan yang dipandunya terbabas ke tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim berkata, ketika kejadian mangsa memandu seorang diri dan dalam perjalanan dari arah Ipoh.

Menurutnya, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 7.15 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Akibat melanggar itu, kereta dipandu warga emas itu terputus dua sementara mangsa jatuh serta terbaring di atas jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah termasuk patah peha kanan dan mengalami pendarahan di dalam perut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, Kam Sing dikejarkan ke Hospital Sungai Siput untuk mendapatkan rawatan dan kemudiannya dihantar ke Hospital Ipoh untuk rawatan lanjut.

“Mangsa terpaksa dihantar ke Hospital Ipoh memandangkan mengalami kecederaan agak teruk.

“Bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan dan punca sebenar kemalangan masih belum diketahui.

Katanya, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



sumber;http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kenderaan-terputus-dua-1.33240
 
fuhh....pakcik umur 63 tahun bawak laju giler nih....
kete nissan ape nih haa...
 
Back
Top
Log in Register