BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gerai Jual Mercun, Dua Kenderaan Terbakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
2cf3b3d16f602b979033016d00dce25669c14b2f673b7

Foto: JBPM Johor

Sebuah gerai menjual mercun dan bunga api musnah dalam kebakaran di Majidee Corner 1C, Jalan Bunga Ros, Kampung Dato Sulaiman Menteri, di sini malam ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin PBK I Nakish Nekmat berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada 8.32 malam dan kebakaran juga melibatkan dua kenderaan.

“Khemah pasang siap yang menjual mercun dan bunga api musnah 90 peratus manakala kereta Proton Gen-2 terbakar 80 peratus dan sebuah trak makanan 73 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Nakish berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.

Operasi yang melibatkan 11 anggota berjaya mengawal kebakaran pada 8.42 malam.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman sebuah video berdurasi 44 saat.

 
Back
Top
Log in Register