BTC USD 84,509.0 Gold USD 4,287.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa pengundi tolak PAS?

Ramai Melayu mengenang jasa UMNO terdahulu maka segala kemungkaran sekarang terhapus dengan jasa2 terdahulu :D

Dan bagaimana pulak jasa Nabi Muhammad kepada umat Islam?? Apakah kita x mahu kenang jasa baginda??? So kalo nak kenang jasa Baginda maka haruslah kita melawan segala kemungkaran yang berlaku ... :D

Tetapi Umat Islam ini terlalu lemah ... itu sebab dimana2 negara yang ramai umat islam selalu kena tindas... Nabi telah bersabda bahawa Umat Islam di akhir zaman ini umpama buih2 dilautan ... ramai tetapi terlalu rapuh....
 
betul lah artikel ni.. aku setuju.. yang tak setuju tu, tu lah penyebab PAS kalah.. macam arsengal kena kitai dgn barca... wakaka
 
Ni jawapan dari blogger pas jugak...
(utk artikel awal yang saya pos pukul 10:34 AM, #57..)

mana satu betoi mana satu salah, tak tahu lah..
pendapat masing2..dua2 blogger kuat pas..

----------------------------------------------------------

*****NYA PAS JIKA MEMUSUHI BLOGGERS YANG MENYOKONGNYA
from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM by WFAUZDIN NS
Oleh: WFAUZDIN NS


ADAKAH benar bahawa PAS memusuhi atau menjauhi Bloggers Pro-PR sehinggakan PAS tewas di dalam PRK baru-baru ini? Sekali lagi saya rasa Tulang Besi menembak tidak tepat ke sasarannya.

Jika tidak silap, Tuan Guru Nik Aziz bersama Kerajaan Negeri Kelantan ada membuat satu program berjumpa dengan Bloggers Pro PR di Selangor jika tidak salah dan dihebahkan kepada semua Blogger untuk hadir. Tidak tahu pula saya samada Tulang Besi hadir atau tidak. Saya sememangnya tidak hadir pada perjumpaan tersebut tetapi mengikutinya dari jauh. Bukankah ini salah satu program merapatkan hubungan Kerajaan Negeri di bawah PAS dengan Bloggers?

Dan, sebelum kempen bermula di PRK Dun Merlimau terdapat juga satu pertemuan di antara PAS dengan Bloggers di sana. Pertemuan tersebut juga dihebahkan melalui beberapa blog pro PR. Justeru itu, di mana Tulang Besi mendapat ilham untuk mengatakan Bloggers PR dipinggirkan?

Tulang Besi masih tidak jemu membicarakan soal Kerajaan Perpaduan yang pimpinan PR telah secara terbuka mahu isu tersebut dihentikan. Beliau juga seolah-olah tidak berputus asa dan masih bekerja kuat untuk menentukan kepimpinan PAS ditukar. Adakah Tulang Besi juga mahu DS Anwar ditukar setelah beberapa MP dari PKR melompat atau PKR tewas di dalam pilihanraya? Jika itu formula yang beliau fikir untuk menjayakan cita-cita PR, saya rasa bukan sahaja ianya akan berjaya malahan PR akan hancur lebih teruk.

Memang benar, ada waktunya Bloggers juga dikritik oleh pimpinan PAS sepertimana Bloggers juga mengkritik pimpinan. Jika kita boleh kritik pemimpin, mustahil pemimpin tidak boleh kritik kita sebagai pengikut. Tegur menegur sesama kita akan memperbaiki perjuangan kita bersama. Jika kita ada hujah, kita tulis dan berhujah lah dengan baik. Jika pemimpin pula merasakan perlu menjawab hujah kita, maka pemimpin akan berhujah. Setahu saya belum ada Bloggers samada dari PKR atau PAS yang dipecat sebagai ahli semata-mata mengkritik pemimpin. Jika itu lah keadaannya, mustahil pemimpin pula perlu berundur semata-mata dikritik oleh Bloggers.

Tulang Besi cuba membawa kisah seorang sahabat Aduka Taruna yang kununnya di belasah di perkarangan masjid Rusila. Saya ada mengulas isu tersebut sebelum ini di dalam blog saya. Pandangan saya tidak berubah iaitu Aduka Taruna bersalah dan lebih bersalah lagi adalah mereka yang didakwa memukulnya. Pendapat saya ini adalah berpandukan cerita dari Aduka Taruna sendiri. Maksud saya, Aduka yang bersalah tetapi tidak berhak untuk sesiapa memukulnya. Itu pandangan saya.

Justeru itu, pendapat Tulang Besi bahawa PAS meminggirkan atau memusuhi Bloggers PR adalah satu tuduhan semata-mata. Tiada satu bukti pun menunjukkan Bloggers PR dipinggirkan bahkan bukti PAS semakin mendekati para Bloggers boleh kita buktikan. /wfauzdin.blogspot.com

:-?

#:-S
 
PAS perlu muhasabah diri....jgn dikecilkan sangat skop agama tu..ianya luasss..
 
Salam.

Cuba tengok gambor nik ajis yang kat bawah ni..
kan tenang jek..

gunakan isu2 mcm ni..
gunakan cara2 gini barulah menenangkan hati..
boleh la nak tarik hati pengundi atas pagar..

baru best..
ada point sikit..
baru org nampak..
"bagusnye pemimpin islam ni"..
simple jek..boleh makan nasi bungkus..

orang yg membaca dan mendengar pon tak sakit hati..

so, renung renungkan..selamat beramal.. :)

---------------------------------------------------

Gambar hari ini.
from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM
04 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

189698_10150106036677592_358919387591_6995109_84053_n.jpg



YAB Tuan Guru menikmati sedikit jamuan sebelum mempengerusikan mesyuarat Exco pada hari ini. Kelihatan dari kiri Dato Penasihat Undang-undang Negeri, YAB Tuan Guru dan YB Dato Timbalan Menteri Besar.

:)cgrock:)cgrock


hakhakhakhak...
Nak tunjuk makan nasik lemakk jerrr... :o:o

Kalu camtu pegi laa kat blog budak2 tadika..

At least tunjuk laa dier tgh pegi rasmikan projek pecah tanah bangunan 100 tkt ker...

Pengerusikan mesyuarat dgn investor2 luar yg nak invest 10billion kat Perupok ker (huhuhu)...

Tunjuk dier pi melawat kilang Hewlett-Packard kat Rantau Panjang ker..

Dia bergambar dgn Bill Gates kat Ofis MicroSoft kat Bachok ker....

Gambar dia suap makan kat budak2 sekolah anak yatim ker....

Gambar dier tgh dreba keretapi ker.. (mcm sultan johot buat tuh huhuhu)....

baru laa betoii...
 
Kalau ak..

ad calon MCA vs PAS..ak pilih PAS..

kalau UMNO Vs PAS. ak pilih UMNO or PAS..xde hal la ni.dua2 menang still dpt ape yg kita nak

Kalau UMNO Vs PKR .ak pilih UMNO..

Kalau MCA Vs PKR.. ak pilih MCA

mana2 partu politik saling guna memperguna..semua ada agenda drg..
tp paling penting tgk kaw Parlimen( Dasar2 negara penting ) just prepare..hehe
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register