jangan jadikan alasan halal haram. kita orang islam berniaga cara halal patut lagi murah rezeki apa. orang melayu ni dari kecik mindset mak ayah suh anak belajar rajin2 nanti dah besar leh keje bagus2. tapi aku rasa orang cina berbeza sebab dorang dari kecik dah dilatih untuk berniaga..start dengan sole-proprietor je dulu dah besar nanti jadi director ade company sdn bhd. aku keje ramai jumpa customer chinese. kadang jadi director tuk 3-4 company. nak suh dia eja 'director' pon tak pandai dia cakap sekolah tak tinggi tapi duit berkepuk2.
aku rasa apa yg di-komen oleh org2 kita ni dah betul dah sebenarnya..
"org cina mudah berjaya sbb org cina tak fikir halal/haram"..
aku setuju sebenarnya...memang itu salah satu sbb org cina boleh berjaya...
tapi aku setuju jugak dgn boss punya komen..
"jangan jadikan alasan halal/haram" dan kita jadikan alasan tu utk kita (MELAYU) terus mundur..
jangan...
depa NON-MUSLIM tak fikir halal/haram, itu lantak depa...
kita yang ISLAM ni, kita kena yakin kita still boleh berjaya TANPA MELANGGAR PERINTAH ALLAH..
"BERJAYA DALAM PERNIAGAAN" bukannya bermaksud kita CINTAKAN DUNIA...
CINTAKAN DUNIA ni maksudnya kita sibuk bekerja sampai langsung dah tak ingat Tuhan,, dan lupakan perintah Tuhan...itu lah maksudnya CINTAKAN DUNIA....
tapi kalau kita still ingat Tuhan dan ikut perintahNya, rasanya takda msalah pun kat situ....
istimewanya agama ISLAM ni, kita boleh solat dgn Tuhan dimana-mana sahaja....
kita boleh beribadah di mana-mana sahaja...
tengah bekerja kat office pun, kita boleh solat dlm office...
tgh duk depan komputer, kita boleh berzikir....
lepas penat lelah bekerja keras, dapat untung, kita guna sedikit keuntungan tu pi sedekah kt org2 miskin atau derma di masjid,, itu juga suatu ibadah yg menunjukkan kita INGAT HARI AKHIRAT...
dan mcm2 lagi lah...