BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenalpasti Wabak parasit screwworm @ Cacing Skru

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14049472335880485-317714.jpg

14049472335880485-317715.jpg

14049472335880485-317716.jpg

14049472335880485-317717.jpg

14049472335880485-317718.jpg


Wabak parasit screwworm @ Cacing Skru sedang merebak di wilayah Amerika Selatan. Bukan serangan biasa, tapi jangkitan dari haiwan (lalat) ke manusia dan parasit ini turut pernah menjangkiti manusia di asia tenggara. Kalau di Malaysia, jenis parasitnya ialah Old World screeworm, dari lalat jenis Old World Fly (Chrysomya Bezziana).

🦟 Wabak Screwworm dan Serangan ke Atas Manusia
🔎 Punca


Betina dewasa akan bertelur pada luka terbuka, kulit yang tercedera, luka pembedahan, atau rongga badan (hidung, telinga, mulut).

Larva akan menetas dan mula memakan tisu hidup manusia.

⚠️ Tanda-tanda Serangan pada Manusia

Sakit teramat sangat di kawasan luka kerana larva menggali jauh ke dalam tisu.

Luka membengkak, berbau busuk dan keluar cecair bernanah.

Belatung kelihatan bergerak di dalam luka.

Dalam kes serius, larva boleh menyerang mata, hidung, telinga, rongga mulut, dan organ dalaman, menyebabkan kecacatan atau kematian.

Komplikasi: jangkitan sekunder, kehilangan tisu yang banyak, bahkan kerosakan otak (jika larva masuk melalui rongga hidung atau telinga).

📌 Kes Serangan pada Manusia

Dilaporkan di Asia, Afrika, dan Amerika Latin.

Malaysia dan negara Asia Tenggara lain pernah mencatatkan kes Chrysomya bezziana menyerang manusia, terutama kanak-kanak, orang tua, atau pesakit yang terlantar dengan luka terbuka.

Contoh kes: larva ditemui pada luka pembedahan, kudis kaki, atau rongga telinga kanak-kanak.

🩺 Rawatan pada Manusia

Pembuangan larva secara manual menggunakan forsep.

Membersihkan luka dengan antiseptik.

Penggunaan ubat seperti ivermectin (membunuh larva).

Antibiotik untuk elakkan jangkitan sekunder.

Rawatan sokongan bergantung pada tahap kerosakan tisu.

🔒 Pencegahan

Jaga kebersihan luka, tutup luka dengan baik.

Elakkan lalat mendekati pesakit terlantar.

Kawalan lalat di kawasan persekitaran (insektisid, jaring).

Pemeriksaan awal jika ada luka yang berulat atau berbau.

Kredit ➡️ 天皇
 
1000712302.jpg


"Kes Jangkitan Screwworm Dikesan Di Amerika Syarikat: Larva Pemakan Daging Hidup."

Oleh: Mazlan Syafie

Laporan terbaru Ogos 2025, pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat melaporkan satu kes manusia dijangkiti larva screwworm yang dikenali sebagai myiasis.

Kes ini berlaku selepas seorang individu pulang dari Amerika Tengah dan menunjukkan gejala ketika berada di Maryland. Walaupun hanya satu kes terpencil, ia tetap mencetuskan perhatian global kerana larva ini mampu memakan tisu hidup manusia.

Screwworm yang dimaksudkan ialah lalat Cochliomyia hominivorax, lebih dikenali sebagai New World screwworm. Spesies ini pernah tersebar luas di Amerika Selatan, Amerika Tengah, Caribbean serta bahagian selatan Amerika Syarikat. Namun pada tahun 1966 ia berjaya dihapuskan sepenuhnya dari tanah besar Amerika Syarikat melalui program pelepasan lalat jantan mandul.

Walaupun sudah dihapuskan, screwworm masih wujud di kawasan tropika dan subtropika. Risiko kemasukannya semula tetap ada kerana lalat betina akan mencari luka terbuka pada haiwan atau manusia untuk bertelur. Inilah sebabnya pemeriksaan ketat di sempadan dan program pelepasan lalat jantan mandul di Mexico masih dilaksanakan hingga hari ini.

Kitaran hidup screwworm sangat efisien. Betina meletakkan telur pada luka atau kulit yang lembap. Dalam tempoh 12 hingga 24 jam, telur menetas menjadi larva. Dan larva akan terus menggali masuk ke dalam tisu hidup untuk mendapatkan makanan segar.

Perbezaan screwworm dengan lalat biasa amat ketara. Lalat biasa memilih tisu reput manakala screwworm menjadikan daging hidup sebagai sumber makanan utama. Dalam masa beberapa hari, koloni larva boleh menghancurkan kulit, otot bahkan organ dalaman mangsa.

Setiap larva biasanya berada dalam luka selama empat hingga tujuh hari sebelum jatuh ke tanah untuk menjadi pupa. Selepas dua hingga tiga minggu, ia muncul sebagai lalat dewasa dan kitaran bermula semula. Kitaran ini sangat pantas dan cekap jika tidak dikawal segera.

Gejala pada manusia sangat jelas. Dalam istilah perubatan ia digelar "wound myiasis". Luka yang dijangkiti akan membesar, berbau busuk, mengeluarkan cecair dan amat menyakitkan. Mangsa juga sering melaporkan sensasi pelik seolah-olah ada sesuatu yang bergerak di dalam luka akibat larva yang sedang memakan tisu hidup. Macam dalam movie tak?

Rawatan utama ialah mengeluarkan larva secara manual satu persatu. Prosedur ini memerlukan kesabaran kerana setiap larva perlu dipastikan dikeluarkan. Ubat antiparasit seperti ivermektin kadangkala digunakan bagi membunuh larva yang masih tertinggal.

Selepas itu, luka mesti dibersihkan dengan teliti untuk mengelakkan jangkitan sekunder. Antibiotik biasanya diberikan untuk mencegah kerosakan lanjut akibat bakteria. Pesakit selalunya menunjukkan pemulihan segera selepas larva berjaya dikeluarkan sepenuhnya.

Dalam kes di Maryland, pakar mengesahkan ia berpunca daripada perjalanan ke kawasan endemik di Amerika Tengah. Risiko penyebaran tempatan dianggap rendah kerana sistem pengawasan kesihatan di Amerika Syarikat sangat aktif. Malah, kawalan tambahan melalui pelepasan lalat jantan mandul di sempadan Mexico masih dijalankan untuk memastikan screwworm tidak menyeberang semula ke Amerika Utara.

Sejarah menunjukkan bahawa screwworm mampu menimbulkan bencana besar jika tidak dikawal. Sebelum tahun 1966, industri ternakan Amerika mengalami kerugian ratusan juta dolar setiap tahun akibat haiwan dijangkiti. Program penghapusan berskala besar akhirnya berjaya menamatkan masalah tersebut di Amerika Utara.

Kini, pemeriksaan ketat terhadap haiwan import dan pemantauan sempadan terus dijalankan. Bagi manusia, mereka yang pulang dari kawasan endemik digalakkan memeriksa luka terbuka dengan teliti. Jika ada tanda mencurigakan, pemeriksaan perubatan segera sangat penting.

Di Asia pula, ancaman datang daripada spesies lain iaitu Old World screwworm (Chrysomya bezziana). Spesies ini masih endemik di banyak negara Asia dan Afrika, termasuk Asia Tenggara. Kes jangkitan pada manusia dan haiwan pernah direkodkan di Malaysia.

Perbezaan utama antara Old World dan New World screwworm ialah kawasan taburannya. Kedua-duanya berkongsi sifat agresif yang sama, iaitu keupayaan memakan tisu hidup sehingga pesakit berisiko kehilangan anggota badan atau nyawa.

Bagi komuniti sains, kes terbaru di Maryland ini menjadi peringatan bahawa dunia moden tetap terdedah kepada ancaman parasit. Dalam era global, pergerakan manusia dan haiwan mampu membawa kembali spesies yang sudah lama dianggap terkawal. Oleh itu pemantauan berterusan kekal sangat penting.

Untuk masyarakat umum, langkah pencegahan yang paling asas ialah menjaga kebersihan luka. Luka kecil sekalipun boleh menjadi pintu masuk kepada parasit berbahaya ini. Menutup luka, membersihkannya dengan baik serta menggunakan penghalau serangga di kawasan berisiko boleh menyelamatkan nyawa.

Saintis kini sedang meneroka pendekatan baharu termasuk terapi genetik dan pelepasan lalat mandul dalam skala lebih besar. Harapannya ialah kejayaan pembasmian di Amerika Utara dapat diperluas ke kawasan lain di dunia. Namun cabaran tetap besar kerana screwworm sangat cekap menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Screwworm ialah contoh nyata bagaimana serangga kecil mampu memberi kesan besar. Ia boleh menggugat ekonomi ternakan, mengancam kesihatan manusia dan menjejaskan keselamatan makanan global. Dunia mikro ini sering kali menjadi faktor yang mengubah sejarah kehidupan manusia.
 
Back
Top
Log in Register