TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,260
- Points
- 2,836
“Ada benda bergerak gerak di bawah kulit… rupa rupanya..”
Seorang wanita datang ke klinik dengan gejala gatal di kaki selama seminggu. Bermacam macam jenis krim dan petua telah dilakukan, namun gejala gatal tidak juga kurang.
Pada waktu malam, wanita ini terasa seperti ada sesuatu yang bergerak gerak di bawah kulitnya
Pemeriksaan klinikal dilakukan dan doktor mengesahkan ia adalah jangkitan parasit cacing yang dinamakan sebagai Cutaneus Larva Migrants.
Cutaneus - permukaan bawah kulit
Larva - peringkat fasa tumbesaran cacing
Migrants - bergerak, merayap
.
Bagaimana ia berlaku?
Kemungkinan besar jangkitan berlaku semasa beliau sedang berkebun dan tanah kebunnya ada cacing jenis Ancylostoma caninum iaitu cacing kait yang biasa terdapat dalam usus haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
Pengajaran
Rawatan
Biasanya cacing boleh mati dengan sendiri selepas 5-6 minggu, tetapi gejala gatal tak boleh tahan lah.
Nak rawat tidak susah, hanya makan ubat cacing, matilah cacing itu. Jadi selepas dapat rawatan, wanita tersebut pun pulih dari jangkitan CML
PHM