BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Kenali Air Force One dan The Beast, dua 'perisai' lindungi keselamatan Trump

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
336624-336624.jpg


Kenali Air Force One dan The Beast, dua 'perisai' lindungi keselamatan Trump

KUALA LUMPUR: Apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Lembah Klang akan seketika menjadi pentas kepada salah satu operasi logistik dan keselamatan paling kompleks di dunia.

Ia bermula tinggi di awan dengan kelibat pesawat Air Force One berwarna biru dan putih yang sudah dikenali, meluncur di langit.

Pesawat Boeing 747-200B yang diubah suai untuk berfungsi sebagai 'Rumah Putih terbang' dan bukan sekadar pengangkutan. Difahamkan, ia adalah pusat arahan, pejabat dan kubu pertahanan yang digabungkan menjadi satu.

Di dalamnya terdapat kemudahan komunikasi selamat yang kalis gangguan, bilik perubatan, bilik mesyuarat dan ruang kediaman mewah yang sesuai dengan pejabat paling berkuasa di dunia.

Apabila pesawat itu mendarat di bumi Malaysia, seluruh operasi darat akan diaktifkan. Di landasan, pasukan keselamatan membentuk primeter ketat, pihak berkuasa tempatan menutup jalan akses dan satu konvoi kenderaan hitam berkilat sedia menunggu.

Di tengah-tengah konvoi itu ialah The Beast, sebuah limosin Cadillac berperisai milik presiden, sebuah kubu bergerak seberat hampir sembilan tan yang dibina untuk menahan tembakan, letupan dan serangan bahan kimia.

Kejuruteraan di sebalik perisai tebalnya, kabin tertutup rapat dan tayar kalis bocor adalah rahsia yang dijaga ketat.

Malah tangki minyaknya turut diperkukuh bagi mengelak letupan, manakala kamera penglihatan malam dan sistem komunikasi selamat memastikan presiden tidak pernah terputus hubungan.

Namun, The Beast tidak pernah bergerak sendirian. Ia menjadi sebahagian daripada konvoi 30 kenderaan yang merangkumi limosin umpan yang serupa, van komunikasi, pasukan serangan balas dan unit tindak balas perubatan.

Bagi pemerhati, ia kelihatan seperti pancaran cahaya dan gerakan tersusun yang pantas, bagi perancang keselamatan, ia adalah operasi yang disusun dengan teliti.


Perkhidmatan keselamatan dari kedua-dua negara akan memetakan setiap pergerakan, dari saat Air Force One mendarat hingga ke detik presiden mengambil tempat duduknya di sidang kemuncak.

Sekatan ruang udara akan dilaksanakan, dron akan digantung operasinya dan beberapa jalan tertentu akan ditutup.

Helikopter mungkin berlegar secara senyap di udara, sementara pegawai berpakaian biasa menyamar di kalangan orang ramai di bawah.

Setiap kamera, penghadang dan rondaan adalah sebahagian daripada rangkaian keselamatan besar yang direka untuk mengesan serta menangkis sebarang ancaman.

Fuad Nizam
Kredit ➡️ Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register