BTC USD 37,950.7 Gold USD 1,829.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenaikan harga masih normal

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1

Tiga kementerian atasi lonjakan harga​

fdbgfdbfgbgb_1638068323.jpg
Sayur-sayuran di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan harga barang keperluan asas distabilkan menggunakan mekanisma tertentu.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya sudah berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Kewangan serta pihak berkepentingan berkaitan kenaikan harga sayur, ayam dan telur.

"Usaha penyaluran bantuan kewangan bagi menyerap peningkatan kos di peringkat pengeluar dan pemborong juga sudah dirangka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seluruh negara menyaksikan peningkatan harga barang keperluan harian, peralatan binaan, input pertanian dan makanan yang memberi kesan kepada pelbagai pihak di peringkat pembekal, kontraktor, peniaga serta pengguna.

Dalam pada itu Alexander berkata, fokus untuk menstabilkan harga barang itu dilaksanakan oleh kementeriannya selepas tiga petunjuk prestasi utama (KPI) yang digariskan oleh KPDNHEP sudah melakar pencapaian 100 peratus.

Tiga KPI itu membabitkan isu berkaitan Sarawak iaitu pengecualian menggunakan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1961; menurunkan harga kit ujian pantas (RTK) antigen dan memastikan kemampanan industri francais.

Mengenai penurunan harga kit RTK, Alexander berkata, ini selari dengan langkah membuka lebih banyak sektor ekonomi berteraskan pendekatan yang selamat dengan menggalakkan saringan secara kendiri.

"Beberapa langkah strategik, termasuk memperluas penjualan kit RTK antigen kepada rangkaian premis peruncitan dan penetapan harga siling sudah dilaksanakan.

"Cakna dengan keluhan pengguna, terutama dalam kalangan B40 dan M40, kerajaan menerusi KPDNHEP bertekad untuk melipat-gandakan usaha supaya harga RTK antigen ini dikurangkan lagi dan mampu dimiliki oleh semua ahli Keluarga Malaysia.

"Bersandarkan rundingan dan kerjasama antara di KPDNHEP serta pengusaha perniagaan, harga RTK antigen secara kendiri didapati merekodkan penurunan dua kali dalam tempoh kurang dua bulan, sejak harga siling dikuatkuasakan September lalu," katanya.

Kini, RTK antigen boleh didapati di premis peruncitan pada harga serendah RM4.90, iaitu pengurangan sebanyak 87.7 peratus berbanding harga asal iaitu RM39.90, ketika peranti ini mula dijual di pasaran.

Susulan faktor persaingan, katanya, RTK antigen yang dijual di pasaran menjangkau 83 jenama dan tiada keperluan untuk menetapkan harga siling bagi peranti ini.

d_vdvdvdf_1638068326.jpg
Kit ujian pantas (RTK) antigen yang dijual pada harga RM4.90. - Foto NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1

Tangkis segera isu viral kenaikan harga barang​

November 25, 2021
Harga-barang-696x391.jpg

Oleh ZIAUDDIN SHARUDDIN

KUALA LUMPUR
: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu menangkis dengan segera sebarang isu viral berhubung kenaikan harga barang tertentu yang sering dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, berkata sebagai contoh hari ini, senarai penuh harga produk sebuah syarikat pengeluar berasaskan roti tersebar.



Katanya, rakyat tidak marah terhadap syarikat berkenaan, tetapi marah kepada kerajaan yang kononnya melalui kementerian ini tidak mampu mengawal kenaikan itu.

“Isu kenaikan harga barang kini menjadi perbualan ramai rakyat di bawah. Suri rumah merungut harga ikan, ayam dan sayur-sayuran naik mendadak. Kontraktor binaan dan orang kampung yang berhasrat membina bina rumah juga resah dengan kenaikan harga bahan binaan. Pesawah pula dibebani kenaikan harga benih padi dan racun.

“Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai insentif dan bantuan tunai, namun ia akan lebih bermakna jika mereka dapat menikmati setiap ringgit yang diberikan dengan membawa lebih banyak barangan keperluan untuk keluarga,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat jawatankuasa bagi KPDNHEP.

Abdul Latiff berkata, kenaikan ini melibatkan barangan harian yang digunakan oleh semua pihak seperti roti, tepung dan minyak masak, malah ada laporan kenaikan harga ayam sebanyak lima kali dalam masa seminggu yang tentu sangat membebankan rakyat.

“Saya ingin tahu apakah langkah komprehensif kerajaan untuk menangani masalah ini. Sudah sampai masa kementerian menangani masalah ini dengan lebih tegas. Adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan sesi libat urus dengan kementerian yang terlibat dan turun padang lebih kerap untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Selain itu, beliau membangkitkan masalah kekurangan minyak masak bersubsidi yang tidak sepatutnya berlaku kerana negara adalah antara pengeluar sawit terbesar dunia.

Malah, katanya sesetengah peniaga mensyaratkan mesti membeli barangan lain untuk mendapatkan bekalan minyak masak.

“Tindakan tidak bertanggungjawab ini perlu diatasi dengan segera supaya pengguna tidak menjadi mangsa. Ketiadaan bekalan minyak masak menyebabkan peniaga kecil yang menjual pisang goreng dan kuih muih, tidak dapat berniaga,” katanya.

Beliau mencadangkan KPDNHEP memperluaskan subsidi minyak masak botol yang sudah tentu melibatkan perbelanjaan besar, namun boleh dilakukan ketika kekurangan minyak masak plastik di pasaran. – HARAKAHDAILY 25/11/21
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Kene panggil skuad JKOM utk buat kije menangkis. Depa di berikan gaji utk itu
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,550
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,550
Reaction score
4,075
Points
261
Awards
1
Rakaman suasana di Pasar Jalan Raja Bot ketika tinjauan Bernama berkenaan harga barang mentah hari ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa memantau harga barangan terutama makanan serta keperluan asas seperti roti jenama Gardenia yang dilaporkan akan meningkat bermula 1 Dis ini.

Menteri KPDNHEP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika mengulas berkenaan harga ayam dan sayur-sayuran berkata peningkatan kos operasi syarikat penternakan, kos import, kenaikan harga baja dan racun merupakan antara punca yang menyumbang kepada kenaikan harga produk itu di pasaran ketika ini.

📸 Izzuddin Abd Razak

Menteri tak buat kerja
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,353
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,353
Reaction score
17,676
Points
2,536
Awards
1

Tiga kementerian atasi lonjakan harga​

fdbgfdbfgbgb_1638068323.jpg
Sayur-sayuran di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan harga barang keperluan asas distabilkan menggunakan mekanisma tertentu.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya sudah berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Kewangan serta pihak berkepentingan berkaitan kenaikan harga sayur, ayam dan telur.

"Usaha penyaluran bantuan kewangan bagi menyerap peningkatan kos di peringkat pengeluar dan pemborong juga sudah dirangka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seluruh negara menyaksikan peningkatan harga barang keperluan harian, peralatan binaan, input pertanian dan makanan yang memberi kesan kepada pelbagai pihak di peringkat pembekal, kontraktor, peniaga serta pengguna.

Dalam pada itu Alexander berkata, fokus untuk menstabilkan harga barang itu dilaksanakan oleh kementeriannya selepas tiga petunjuk prestasi utama (KPI) yang digariskan oleh KPDNHEP sudah melakar pencapaian 100 peratus.

Tiga KPI itu membabitkan isu berkaitan Sarawak iaitu pengecualian menggunakan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1961; menurunkan harga kit ujian pantas (RTK) antigen dan memastikan kemampanan industri francais.

Mengenai penurunan harga kit RTK, Alexander berkata, ini selari dengan langkah membuka lebih banyak sektor ekonomi berteraskan pendekatan yang selamat dengan menggalakkan saringan secara kendiri.

"Beberapa langkah strategik, termasuk memperluas penjualan kit RTK antigen kepada rangkaian premis peruncitan dan penetapan harga siling sudah dilaksanakan.

"Cakna dengan keluhan pengguna, terutama dalam kalangan B40 dan M40, kerajaan menerusi KPDNHEP bertekad untuk melipat-gandakan usaha supaya harga RTK antigen ini dikurangkan lagi dan mampu dimiliki oleh semua ahli Keluarga Malaysia.

"Bersandarkan rundingan dan kerjasama antara di KPDNHEP serta pengusaha perniagaan, harga RTK antigen secara kendiri didapati merekodkan penurunan dua kali dalam tempoh kurang dua bulan, sejak harga siling dikuatkuasakan September lalu," katanya.

Kini, RTK antigen boleh didapati di premis peruncitan pada harga serendah RM4.90, iaitu pengurangan sebanyak 87.7 peratus berbanding harga asal iaitu RM39.90, ketika peranti ini mula dijual di pasaran.

Susulan faktor persaingan, katanya, RTK antigen yang dijual di pasaran menjangkau 83 jenama dan tiada keperluan untuk menetapkan harga siling bagi peranti ini.

d_vdvdvdf_1638068326.jpg
Kit ujian pantas (RTK) antigen yang dijual pada harga RM4.90. - Foto NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

LONJAKAN HARGA | 3 Kementerian Teliti, Bincang Mekanisme Terbaik

Tiga kementerian termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Kewangan telah berbincang mengenai mekanisme terbaik bagi mengatasi kenaikan mendadak barangan keperluan.

Usaha diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi memastikan harga barang keperluan asas dapat distabilkan berbanding ketika ini.

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1

Harga barang naik: Kerajaan perlu bertegas​

November 27, 2021
IMG-20211127-WA0039-696x391.jpg

PAS Kawasan Indera Mahkota (PASKIM) memandang serius terhadap kerisauan rakyat khususnya penduduk di Parlimen Indera Mahkota mengenai isu kenaikan harga barang yang mendadak di kala negara masih lagi bertarung menentang COVID-19.

Isu kenaikan harga barang khususnya barangan keperluan rakyat menjadi satu bebanan dan tamparan kepada rakyat di kala rakyat masih lagi sedang bertarung untuk memulihkan kembali ekonomi mereka.



PASKIM menyambut baik dan menghargai segala usaha dan inisiatif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang memberi bantuan seperti bakul makanan untuk menampung meringankan sedikit bebanan rakyat.

Justeru dengan isu kenaikan harga barang ini, pihak PASKIM menggesa kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mencari solusi yang proaktif dan tuntas bagi membendung masalah kenaikan harga barang ini.

Di samping itu, pihak PASKIM juga menggesa penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan bagi mengelakkan perbuatan memanipulasi barangan dan harga daripada pemborong terhadap peniaga.

Pihak PASKIM berharap pihak kerajaan terutamanya KPDNHEP dapat memainkan peranan mereka dengan sewajarnya agar isu kenaikan harga barang ini dapat dibendung seterusnya meningkatkan kembali kuasa beli rakyat.

PASKIM juga menggesa supaya tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan dengan menjadikan isu ini sebagai modal politik murahan dan mengeruhkan lagi keadaan.

Pihak PASKIM berharap semua pihak sama-sama memainkan peranan masing-masing dan berganding bahu dalam menangani isu kenaikan harga barang ini sekali gus ia membantu ke arah meningkatkan kestabilan ekonomi negara, kesejahteraan negara dan kebajikan rakyat.

“Islam Menyatukan Ummah”
“Memacu Perpaduan”
“Bersama Pulihkan Negara”


AHMAD AZLAN ABU BAKAR
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Indera Mahkota – HARAKAHDAILY 27/11/2021
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register