BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenaikan Bantuan Tanam Semula Getah Suntik Semangat Pekebun Kecil Di Sabah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,710
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,710
Reaction score
97
Points
80
e24a2174f4b0247e7b4d401d29469ef369e433306fbbb

Kredit: Risda Sabah

Kenaikan kadar bantuan Program Tanam Semula Getah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam membela nasib pekebun kecil getah.

Beberapa pekebun kecil getah di Sabah menyifatkan langkah itu bukan sahaja mampu meringankan beban mereka yang semakin terhimpit akibat kenaikan pelbagai kos seperti baja, racun dan sewaan jentera hingga terpaksa membiarkan kebun tidak terurus, malah turut menyuntik kembali semangat mereka untuk terus mengusahakan kebun.

Gindol Guntunau, 58, yang juga seorang Ketua Adat Mukim Kiulu dekat sini berkata kenaikan kadar bantuan itu membolehkannya menggantikan pokok getah tua berusia kira-kira 20 tahun di kebun seluas 2.5 hektar miliknya.

Beliau berkata komoditi itu menjadi tunjang ekonomi masyarakat setempat, dengan majoriti penduduk di Kiulu bergantung sepenuhnya kepada hasil torehan getah serta pelbagai aktiviti berasaskan industri getah yang lain sebagai sumber kelangsungan hidup.

“Namun, dengan kenaikan kos baja, racun dan upah jentera pembersihan tanah sekarang ini, hasrat untuk menebang pokok lama dan menanam semula terpaksa ditangguhkan oleh penduduk kampung kerana bajet tidak mencukupi.

“Kenaikan kepada RM23,000 sehektar ini amat melegakan hati kami. Ikutkan harga barang pertanian sekarang, kadar lama memang tidak memadai tetapi dengan kadar baharu ini, saya dan penduduk kampung bersemangat untuk membersihkan kawasan dan membeli anak benih lebih berkualiti,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata bantuan Tanam Semula Getah di Sabah dinaikkan daripada RM14,955 sehektar kepada RM23,000 sehektar, iaitu peningkatan RM8,045 sehektar.

Pekebun getah dari Bomboi, Keningau, Ranai Koroh, 57, turut menyifatkan pengumuman kerajaan itu menamatkan kebuntuan untuk memulihkan kebun getah miliknya seluas dua hektar yang kini sudah tidak diusahakan kerana tidak lagi ekonomik.

 
Back
Top
Log in Register