BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sebanyak 144,894 Pekebun Kecil KPK Terima BUDI Agri-komoditi - Noraini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,165
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,165
Reaction score
346
Points
141

Sebanyak 144,894 Pekebun Kecil KPK Terima BUDI Agri-komoditi - Noraini​

e94507bbe2b4ca8d5c567c7901bf38bf6a6474f45ecf8

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berucap pada Program Salam Agrikomoditi MADANI di Dataran Melang hari ini.

Sebanyak 144,894 pekebun kecil di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) diluluskan untuk menerima BUDI Agri-Komoditi setakat 15 Julai, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Beliau bagaimanapun berkata masih terdapat pekebun kecil yang berkelayakan untuk menerima bantuan subsidi tunai itu, namun belum mendaftar atau tidak memahami proses untuk memohon BUDI Agri-Komoditi.

“Saya berharap masyarakat dapat bertanya, menyemak kelayakan dan mendapatkan penjelasan melalui saluran tepat tentang maklumat yang dapat membantu meningkatkan pendapatan dan kehidupan keluarga,” katanya.

Noraini berkata demikian ketika berucap pada Program Salam Agrikomoditi MADANI yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dataran Melang, di sini hari ini.

KPK, menurut beliau akan terus memperluas penyampaian maklumat kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif yang menyediakan penerangan berkaitan bantuan, khidmat teknikal, peluang latihan, kerjaya dan perusahaan.

Ia termasuk menerusi penganjuran Program Salam Agrikomoditi yang diperkenalkan bagi merapatkan jurang antara KPK dengan masyarakat selain memberi orang ramai peluang untuk berinteraksi dengan pegawai kementerian dan agensi secara terus.

Antara maklumat boleh diperoleh ialah berkaitan bantuan, latihan, pensijilan, khidmat teknikal dan pelbagai peluang yang ditawarkan dalam sektor agrikomoditi.

Noraini berkata program itu akan diperluas ke seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha kementerian mendekati masyarakat secara berterusan.

“Pendekatan seperti ini membolehkan kita mendengar suara rakyat, memahami keperluan, mengenal pasti kesulitan yang dihadapi serta bentuk bantuan yang benar-benar memberikan manfaat kepada mereka,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register