BTC USD 84,268.9 Gold USD 4,157.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kembalikan status negara SARAWAK

Tak payahlah tulis besar2 kemudian tuduh ada niat jahat. Berdosa main tuduh2. Saya sebagai Orang Sabah ingin melihat hasil dalam negeri Sabah disalurkan dalam negeri sendiri sebelum disalurkan keluar. Rakyat Sabah lagi perlu bantuan berbanding beri makan kepada pemimpin luar.

SEMUA NEGERI DI MALAYSIA MYUMBANG HASIL KPD MALAYSIA..
TOLONG FAHAM APA APA HASIL NEGERI APA HASIL PERSEKUTUAN...

JGN U EXPECT KEMISKINAN BOLEH DIHAPUSKAN DALAM 1-2 HARI. IA PROSES YG BERTERUSAN............


Sabah yang dilebalkan oleh Bank Dunia sebagai Negeri termiskin kini menyaksikan pengurangan ketara dalam kadar kemiskinan, daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 6.1 peratus pada 2012.

Bilangan mereka yang hidup dalam kemiskinan tegar, yang tidak dapat memenuhi keperluan makanan asas, berkurang daripada 0.7 peratus pada 2009 kepada 0.2 peratus pada 2012,kata Pelapor Khas PBB Hak Bagi Makanan, Olivier De Schutter(gambar), baru-baru ini.
Dalam masa yang Sama, Malaysia menerima pujian daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana pencapaiannya yang mengagumkan dalam membasmi kemiskinan sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.
Hari ini, Malaysia dianggap sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana hujung tinggi bersama indeks pembangunan manusia yang tinggi.
Olivier De Schutter, berkata antara 1995 dan 2012, insiden kemiskinan agregat rakyat Malaysia dikurangkan daripada 8.9 kepada 1.7 peratus dan kemiskinan bandar berkurang daripada 3.7 peratus kepada 1.0 peratus.
Kata Olivier Selanjutnya ;

Kemiskinan luar bandar, satu kebimbangan utama pada satu ketika dahulu, berjaya dikurangkan daripada 15.3 peratus kepada 3.4 peratus.
Jurang pendapatan di kalangan 13 negeri di Malaysia dan tiga Wilayah Persekutuan juga berkurang. Negeri termiskin, Sabah menyaksikan pengurangan ketara dalam kadar kemiskinan, daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 6.1 peratus pada 2012.
Bilangan mereka yang hidup dalam kemiskinan tegar, yang tidak dapat memenuhi keperluan makanan asas, berkurang daripada 0.7 peratus pada 2009 kepada 0.2 peratus pada 2012,” katanya pada sidang media mengakhiri lawatan beliau ke Malaysia, baru-baru ini.

Semasa lawatan sembilan hari untuk menilai hak mendapat makanan di Malaysia, De Schutter berunding bersama beberapa kementerian dan mengadakan rundingan bersama masyarakat setempat.
Laporan De Schutter akan disampaikan pada 10 Mac, 2014 di Geneva, Switzerland kepada Majlis Hak Asasi Manusia dengan 47 anggota itu.
Sejak 1970 ekonomi negara menyaksikan transformasi daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah ekonomi pelbagai dengan sektor perkilangan dan khidmat muncul sebagai sektor dominan.

Beliau dipetik sebagai berkata;
Pertanian, yang mewakili lebih daripada 20 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 1985, berkurang kepada 7.3 peratus pada 2012, diatasi oleh sektor lain ekonomi termasuk khidmat (56.4 peratus), perkilangan (24.9 peratus) serta lombong dan kuari (8.4 peratus) KDNK.
Dengan beralih daripada sebuah ekonomi berorientasi pertanian, Malaysia menyaksikan pertumbuhan pesat dalam urbanisasi, iaitu antara 1970 dan 2010 bilangan mereka yang tinggal di kawasan bandar meningkat daripada 27 peratus kepada 71 peratus.
Sumber: Bernama
 
Ada reference pasal timor leste? Bagus. Ini jawapan aku. Timor leste dijajah indonesia pada 1975 atas konsep palapa iaitu ianya suatu ketika dulu bekas jajahan majapahit. Bila portugal keluar saja dari timor leste, indonesia terus serang. British dah tau sebelum itu lagu perangai indonesia. Jadi bila dia nak merdekakan borneo, dia suggest mereka bergabung dengan malaya atas dasar keselamatan. Malah pemberontak yang menentang kemasukan brunei dalam malaysia pun memang pro indonesia.

So nasiblah juga sabah dan sarawak join malaysia. Kalau tak aku rasa tsk mustahil indonesia akan invade mereka dan mereka buat pun time konfrontasi. Maka tak ada mitos negara sendiri sabah dan sarawak sepert yang mereka fikirkan. Mereka sama ada masuk mulut harimau atau masuk mulut garuda. Zaman tu allied nation lebih diambil kira untuk mengawal sebaran komunisme tajaan ussr dan china dan british tak mahu dua buah negara baru di asia tenggara dipengaruhi komunisme. Lebih baik dua koloni itu duduk dengan selamat bawah malaya yang ketika itu sangat berjaya menentang komunisme.

Kalau nak tunjuk salah, tunding jari pada british. Mereka yang buat semuanya. Sebab kalau takde british di malaysia, kita ni mungkin terpecah kepada lebih 14 negara kecil. Johor sebelum malaya merdeka pun adalah sebuah NEGARA sendiri. Tapi didesak untuk 'merdeka' bawah malaya.

So gerakan borneo untuk merdeka dari malaysia ni tak lebih gimik pihak yang tidak berpuas hati. Tambahan lagi ada dalam perjanjian bahawa mereka dalam apa jua keadaan tidak boleh keluar dari persekutuan.

Cuma bagi aku, kalau kerajaan bn sekarang masih menggunakan orang borneo, tak mustahil satu masa nanti mereka akan bangkit menuntuk hak mereka. Time tu tak boleh cakap apa lagi dah la.
 
yg aku tau..bgus kalau sarwk or sabah keluar malaysia...lpas ni takde la org smnnjung dipaksa tukar kerja kesana..kalau ada rusuhan ke pencerobohan ke..takda la kita susah hti sgt..bgus2...dorg tak pikir ancmn dr filipna ngan indon agaknya...aku rasa bila sarawk keluar dr malaysia..kmgknan besar indon akan cmpur tgn ...bn mgkn rugi kot...sbb bnyk telaga minyak kat sana...
 
hasilnya SINGAPORE tu ISRAEL di asia tenggara........

Bab nak lepas dari malaysia ni aku tak pasti setuju or tak.. cuma nak tanya.. jika keluar dari malaysia.. or tak join malaysia.. mesti jadi israel kaa? kenapa tak jadi mcm brunei?
 
masalah bertambah tuk najib...kepimpinan dia mmg bermasalah...zmn org len jd pm tk delah sampai gini jdnya..diaorh kn fikir habis2 tuk keluar drpd malaysia...aman damai elok2 dok jd gini pulak

Betul tu patut letak jawatan...byk masalah take leh handle
 
bahaya gerakan diaorg nih... yg pasti suma muka cina... dh kemaruk sgt nk pegang kuasa puak2 nih..

#! Ni lah gerakan yang pecah belahkan malaysia! Anasir3 luar dan dalam yg harus di tentang awal2! Lupa kemerdekaan Malaysia! Zaman mahathr mana ada macam ni ! Cantas awal2 geng mcm ni! Rosak negara!!
 
hasilnya SINGAPORE tu ISRAEL di asia tenggara........

Tak hairan pun. Sebaik saja dihalau keluar dari malaysia, mereka tiada pertahanan dari ancaman musuh. Mereka perlu cari pihak yang boleh bantu mereka dari aspek pertahanan. Mereka pilih israel dan minta israel hantar pasukan mengajar mereka. Israel proven kerana berjaya kekang negara besar keliling dia. Us sibuk dengan vietnam war dan british being british, tak campur urusan orang lain ketika itu.

Salah siapa singapura jadi macam tu. Nanti tanya balik orang dalam parti kau tu.
 
nk keluar..keluarlah..tapi ingat..indon dan philipine amat berminat..mesti dorang hantar tentera..lgpun..singapork pun berminat juga...kerana tanah...
 
#! Ni lah gerakan yang pecah belahkan malaysia! Anasir3 luar dan dalam yg harus di tentang awal2! Lupa kemerdekaan Malaysia! Zaman mahathr mana ada macam ni ! Cantas awal2 geng mcm ni! Rosak negara!!

Zaman mahathir dulu pun dah ada la. Cuma tak tersebar macam sekarang sebab internet pun baru je lagi. Gerakan bornei merdeka ni dah lama dah. Sejak sebelum mereka join malaysia dan sejak zaman raja brooke lagi dah ada.
 
Back
Top
Log in Register