hasremi
Active Member
- Messages
- 1,416
- Joined
- Mar 11, 2013
- Messages
- 1,416
- Reaction score
- 46
- Points
- 30
Di samping membuat harta untuk Malaya, UMNO juga ada satu lagi tabiat. Dia suka tolong Melayu. Dia tolong satu Melayu selepas menipu sepuluh Melayu yang lain. Bila dia tolong sepuluh Melayu, pastinya ada seribu Melayu sudah kena tipu.
Apa pun, semua matlamat kerja-kerja ini menjurus ke Malaya, berakar umbi di Malaya, bertapak di Malaya, dan berpusing-pusing sekitar Malaya sahaja. Dulu, kini dan selamanya. Orang Iban bilang, Malaya belama-belama. Orang Sabah bilang, sandik.
Apa yang SabahSarawak dapat?
Tunggu sekejap.
Ambil kalkulator dulu.
Nah, mari kita hitung.
Borneo hanya lah alat. Alat PR, alat UMNO, alat Malaya. Berjuta-juta undi pilihanraya umum dari SabahSarawak adalah untuk memperkasakan parti-parti di Malaya selama lima tahun berikutnya. SabahSarawak cuma dapat janji manis. Manifesto pilihanraya yang bertimbun-timbun. Selesai saja pilihanraya, terus 10-Point Resolution tidak pakai lagi.
Minyak dan gas SabahSarawak juga disedut ke Malaya setiap hari, setiap tahun, selama berpuluh-puluh tahun. Jumlah dalam beratus billion dollar. Malaya janji akan tambah royalti. Sampai saja Najib ke pangkuan isterinya di Malaya, terus dia tidak ingat lagi.
Adakah SabahSarawak puas hati diperlakukan sebegini?
Tunggu sekejap.
Pergi tanya jiran dulu.
Nah, cuba kita dengar.
Jiran-jiran bilang mereka rasa macam sudah kena jajah. Malaya yang menjajah mereka. Menjajah ekonomi. Menjajah minda. Menjajah kebebasan. Menjajah politik tempatan. Menjajah menggunakan perlembagaan yang direka-reka. Menjajah menggunakan ugutan dan alasan bermacam-macam. Menjajah dengan nilai patriotik yang dipaksa-paksakan. Bersyukur. Bersyukur. Selesai saja dia bagi BR1M, terus dia naikkan harga barang.
Bagaimanakah masalah ini boleh diselesaikan?
Tunggu sekejap.
Ambil buku nota dulu.
Nah, mari kita renungkan.
Cara terbaik untuk selesaikan masalah sentimen anti-penjajah ini ialah kita berbalik kepada konsep TIGA RAKAN KONGSI seperti yang termaktub di dalam Malaysia Agreement yang sudah dipersetujui oleh Malaya, Sabah dan Sarawak semenjak tahun 1963.
Berdasarkan konsep Rakan Kongsi, Malaya ada sempadan politik dia sendiri manakala Sabah dan Sarawak pun ada sempadan politik mereka sendiri. Autonomy. Malaya tidak boleh campurtangan dalam hal ehwal Borneo. Kerja-kerja perkhidmatan awam di Borneo, orang tempatan SabahSarawak sendiri yang isi kekosongan.
Adakah Malaya mahu bekerjasama?
Tunggu sekejap.
Telefon Najib dulu.
- ring ring ring -
https://www.facebook.com/2381935863...8193586349851/316872265148649/?type=1&theater