afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Kembalikan GST, tak perlu bina sistem hibrid rumit, kata Ahli Parlimen DAP
GST ialah cukai penggunaan berperingkat yang diperkenalkan pada April 2015 pada kadar 6% sebelum menjadi kadar sifar pada Jun 2018. (Gambar Bernama)
Wakil rakyat DAP itu berkata, Putrajaya perlu mempertimbangkan secara serius untuk mengembalikan GST, cukai penggunaan berperingkat yang diperkenalkan pada April 2015 pada kadar 6% sebelum menjadi kadar sifar pada Jun 2018.
“Jika jawapan kepada kelemahan SST ialah menggabungkan GST dalam SST, maka kerajaan juga perlu bersedia mempertimbangkan pelaksanaan GST yang direka bentuk lebih baik, dengan perlindungan lebih kukuh, bayaran balik lebih pantas serta bantuan bersasar untuk rakyat berpendapatan rendah.
“Dasar cukai sepatutnya berasaskan keberkesanan, bukan apa yang kita namakan. Jangan bina hibrid yang rumit demi mengelakkan penggunaan nama GST. Jika GST berfungsi lebih baik, kembalikan dengan betul,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, kebanyakan negara menggunakan GST, cukai penggunaan itu mungkin jawapan terbaik untuk Malaysia.
“Sekurang-kurangnya 176 negara sedang menggunakan GST. Tiada kiraan antarabangsa setara untuk SST ala Malaysia. Lebih penting, tiada negara menggunakan hibrid SST-GST seperti yang sedang dipertimbangkan kerajaan.”
Setiausaha DAP Kuala Lumpur itu berkata, Malaysia dijangka mengutip RM59.6 bilion daripada SST tahun ini.
“Jadi, sebelum mewujudkan hibrid baharu, kerajaan perlu menunjukkan angka sebenar kepada rakyat.
“Berapa banyak daripada RM59.6 bilion yang akan dituntut semula perniagaan? Berapa banyak yang perlu dibayar balik? Berapa cepat bayaran balik akan dibuat? Berapa banyak hasil yang sebenarnya kekal pada kerajaan? Sektor mana masih dikenakan cukai atas cukai?” soalnya.
Beliau berkata, butiran sedemikian penting kerana ia akan menentukan sama ada sistem baharu lebih mudah, adil dan berkesan berbanding sistem sedia ada.
Bulan lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan terbuka mengkaji bagaimana komponen GST boleh digabungkan dalam SST sedia ada.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata, SST perlu kekal sebagai skim cukai asas, walaupun pelarasan berasaskan GST boleh dibuat untuk mewujudkan sistem cukai lebih progresif.
