BTC USD 104,011 Gold USD 2,702.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini & Update Berita Terkini Kebenaran Bersukan di Musim PKP3.0

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,516
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
41,516
Reaction score
4,232
Points
266
Awards
1
a-1-2-960x638.jpg.webp

Trek basikal lasak turut disediakan untuk kemudahan pengunjung di Gua Damai Extreme Park, Batu Caves | FIKRI YUSOF
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

KBS umum tarikh buka semula sektor sukan, rekreasi hari ini
Jun 8, 2020 7:24 am

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dijangka mengumumkan tatacara operasi piawai (SOP) dan tarikh fasa dua sektor sukan dan rekreasi untuk beroperasi semula, hari ini.
Kebenaran beroperasi itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, antara lain memberi lampu hijau dan ruang untuk sektor sukan dan rekreasi dibuka semula dengan pematuhan SOP akan ditetapkan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata KBS akan memberi lebih perincian terhadap keputusan kerajaan itu selepas sidang media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

“Saya percaya ramai penggiat sukan tanah air menyambut baik pengumuman sebentar tadi (semalam). Berita gembira ini akan memberi manfaat kepada komuniti sukan dan industri sukan secara umumnya.

“Dengan kelonggaran diberikan ini, apa yang dapat diperkatakan adalah negara sudah bersedia untuk kembalikan dunia sukan.
“Pelbagai inisiatif dan cadangan SOP sektor sukan dari negara luar juga diteliti dan mengambil kira pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bakal dilaksanakan secara beransur dan dengan tanggungjawab bersama semua pihak,” katanya.

Antara yang diumumkan Muhyiddin berkaitan sektor sukan ialah kebenaran untuk latihan persediaan pasukan serta aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan dan aktiviti berkumpulan di luar seperti tenpin boling, badminton, memanah, menembak berbasikal dan konvoi motosikal.

Namun, sukan renang, ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang dan hoki termasuk pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai adalah tidak dibenarkan.

– BERNAMA
 
Sponsored Post




Kerajaan dijangka benarkan sukan berpasukan
Bernama
-
June 5, 2020 2:27 PM
219Shares
facebook sharing button
169
twitter sharing button
25
whatsapp sharing button
22
sharethis sharing button

Reezal-Merican-Naina-Merican-Menteri-Belia-dan-Sukan-110320-FMT.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican.

KUALA LUMPUR: Penggiat sukan dan rekreasi bakal menerima khabar gembira tidak lama lagi, apabila kerajaan dijangka memberi kebenaran untuk aktiviti sukan secara berpasukan dan dalam fasiliti tertutup.

Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican berkata pengumuman rasmi mengenai aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan atau dilarang akan dibuat dalam masa terdekat.

“Antara yang sedang dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan adalah untuk membenarkan pembukaan fasiliti sukan tertutup seperti gimnasium, dewan badminton dan lain-lain.

“Serta kebenaran aktiviti sukan berpasukan dan lain-lain secara beransur seperti bola sepak, hoki untuk tujuan aktiviti latihan dan permainan ‘tanpa kontak fizikal’ tertakluk kepada pengumuman rasmi kelak,” katanya divTwitter hari ini.

Beliau berkata kebenaran bagi semua aktiviti itu diberi dengan “syarat penjarakan sosial 2 hingga 5 meter dan tidak melibatkan perhimpunan ramai” sebagai langkah berjaga-jaga dalam membendung penularan wabak Covid-19.

Kerajaan melarang semua aktiviti sukan dan rekreasi sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac
Bagaimanapun, kerajaan memberi kebenaran untuk aktiviti sukan dan senaman di kawasan luar tanpa melibatkan kumpulan besar untuk aktiviti seperti larian, berbasikal, badminton dan tenis pada awal Mei.

Atlet elit bawah program “Road to Tokyo” (RTT) yang telah dan bakal layak ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo juga, diberikan kelonggaran khas untuk mengadakan kem latihan pusat tertutup bermula Isnin lepas.

 
reza_1591524779.jpg

Reezal (kiri) percaya pengumuman Perdana Menteri beri manfaat kepada komuniti sukan.
'Malaysia sudah sedia kembalikan dunia sukan'
Oleh Sukhairi Thani
[email protected]

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan kelonggaran diberikan kerajaan dalam sektor sukan hari ini sebagai 'negara sudah bersedia untuk kembalikan dunia sukan'.

"Berdasarkan kelonggaran yang diberikan ini, apa yang dapat diperkatakan adalah negara sudah bersedia untuk kembalikan dunia sukan," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, pihaknya sudah meneliti inisiatif dan cadangan prosedur operasi standard (SOP) termasuk dari negara luar selain mengambil kira pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bakal dilaksanakan secara beransur dan dengan tanggungjawab bersama semua pihak.

"Antara inti pati diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah seperti kebenaran untuk latihan persediaan pasukan; aktiviti sukan yang tidak membabitkan sentuhan badan dan aktiviti berkumpulan di luar; pertandingan sukan atau permainan yang membabitkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai, tidak dibenarkan dan tidak dibenarkan sukan reang dan kolam renang awam.

"Saya percaya ramai penggiat sukan tanah air menyambut baik pengumuman Perdana Menteri yang memberikan lampu hijau dan ruang untuk sektor sukan dan rekreasi dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP yang akan ditetapkan.

"Berita gembira ini akan memberi manfaat kepada komuniti sukan dan industri sukan secara umumnya," katanya yang turut akan mengadakan satu sidang media esok bagi memberikan lebih perincian terhadap keputusan kerajaan itu.

Menurutnya, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri akan mengadakan sidang media pada jam 2 petang esok sebelum beliau mengadakan sidang media pada jam 4 petang di kementeriannya.

"Kami akan memberikan lebih perincian kepada keputusan kerajaan dan SOP pembukaan sektor sukan dan rekreasi fasa 2 termasuklah tarikh ia akan berkuatkuasa," katanya.

 
uitm-fc-960x640.jpg.webp

Pemain dari pasukan UiTM FC sedang memanaskan badan sebelum Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Antarabangsa Kelab Australia di UiTM, Shah Alam pada 18 November 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

Covid-19: AFL batal liga M3 musim 2020
by Afix RedzuanJun 8, 2020 12:34 pm

PETALING JAYA, 8 Jun: Liga Bolasepak Amatur (AFL) membatalkan saingan Liga M3 musim 2020 yang berbaki 16 perlawanan atas faktor kesihatan dan kesan kewangan kelab susulan penularan Covid-19, kata pengerusinya.

Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata keputusan itu selaras dengan tatacara operasi piawai (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandangkan ia berlangsung di padang yang menyukarkan kawalan.

“Kebanyakan pemain-pemain amatur adalah kakitangan kerajaan atau pihak swasta yang hanya boleh bermain pada hujung minggu sahaja iaitu diluar waktu kerja. Melihat kepada situasi ini, amat sukar untuk beberapa pasukan mematuhi SOP yang ketat jika liga kembali bersambung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata AFL sedang merancang langkah terbaik bagi membantu semua kelab berstatus amatur ini meneruskan musim tahun hadapan tambahan penaja pasukan tidak menyambung kontrak malah ada yang terpaksa undur diri disebabkan kerugian ekoran pandemik Covid-19.

Liga Malaysia musim ini masih ditangguhkan sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu dan dijangka bersambung jika mendapat kelulusan MKN.

 


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa beberapa sukan dan rekreaksi yang tiada sentuhan badan dalam bilik dibenarkan mulai 15 Jun dengan mengikuti peraturan-peraturan yang ditentukan. "Sukan individu seperti badminton, olahraga, angkat berat, sukan motor dua roda dan empat roda, sukan ekstrem payung terjun, papan luncur... adalah dibenarkan,"
 
gimnasium-e1591600847376-960x530.jpg

Gimnasium akan dibuka semula kepada orang ramai selepas dibenarkan beroperasi semula mulai 15 Jun ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL
Gimnasium, kompleks sukan boleh dibuka mulai 15 Jun
by Khairul Azran HussinJun 8, 2020 3:21 pm

SHAH ALAM, 8 JUN: Kerajaan membenarkan pembukaan beberapa sektor perniagaan berkaitan sukan mulai Isnin depan, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perniagaan meliputi gimnasium, dewan sukan tertutup, pusat snuker dan kompleks sukan pelbagai guna.

“Orang ramai boleh lakukan aktiviti sukan dan rekreasi tanpa sentuhan contohnya olahraga, badminton, angkat berat, sukan permotoran, sukan ekstrem, papan luncur, senamrobik dan yoga.

“Latihan sukan tempur seperti silat dan karate secara berseorangan atau tanpa sentuhan dibenarkan tetapi latihan secara berpasangan dilarang. Turut dilarang kompleks sukan renang kerana berisiko tinggi,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata pengusaha perlu mengisi borang pemakluman bermula hari ini di laman sesawang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Semalam, perdana menteri mengumumkan beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan ketat tatacara operasi piawai (SOP) termasuk latihan persediaan dan aktiviti tidak melibatkan sentuhan badan.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuat kuasa bermula 4 Mei lalu membenarkan aktiviti joging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang dengan syarat mengamalkan penjarakan sosial.

PKPB yang berakhir esok digantikan dengan PKP Pemulihan bermula 10 Jun hingga 31 Ogos dengan lebih banyak kelonggaran diberikan.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register