BTC USD 81,998.5 Gold USD 4,144.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini "Pandora Papers"

Kenapa Zahid, Zafrul Tak Di Siasat Kes Kertas Pandora - Pakar

26.03.2023 - Kuala Lumpur, Ahli ekonomi politik Edmund Terence Gomez membangkitkan persoalan mengapa Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak dipanggil untuk membantu siasatan berkaitan isu Kertas Pandora. Pengerusi Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) intu mendakwa setakat ini hanya bekas menteri kewangan Daim Zainuddin yang dipanggil SPRM berkenaan siasatan perkara itu. Dalam forum bertajuk 'Rasuah sebagai Masalah Ekonomi' di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, hari ini, ia membangkitkan persoalan jika wujud amalan pendakwaan terpilih oleh kerajaan semasa.

"Jika anda panggil Daim, anda juga perlu panggil orang lain yang disebut dalam Kertas Pandora, misalnya (ahli parlimen Selayang) William Leong. Ia tidak berlaku, sebab itu saya agak bimbang. Saya gembira bila ada ahli politik yang berdepan dakwaan rasuah dibawa ke mahkamah. Contoh yang jelas adalah bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin," katanya.

Pada Februari lalu, SPRM dilaporkan mengambil keterangan seorang bekas menteri berhubung aset luar pesisirnya yang didedahkan dalam dokumen tersebut. Nama individu itu tidak disebut secara khusus - seperti mana amalan lazim untuk individu yang dalam siasatan tetapi belum didakwa di mahkamah.

2fbe080fa389863ff4c1c68d72ea75cc.jpg

Namun, bekas menteri itu disifatkan sebagai seorang pegawai kanan pentadbiran Dr Mahathir Moahamd dan dilaporkan diminta untuk menjelaskan antara lain aliran wang dan pelaburan dalam 12 syarikat luar pesisir yang didaftarkan atas namanya dan ahli keluarganya di luar negara. Kertas Pandora merujuk kepada kebocoran dokumen kewangan dan rekod lain daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan mengurus syarikat shell dan firma pemegang amanah di kawasan cukai di seluruh dunia. Dokumen itu didedahkan kepada Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ), yang seterusnya memberikan akses kepada rakan kongsinya, termasuk Malaysiakini. Zahid, Zafrul dan Daim antara individu yang dinamakan dalam dokumen tersebut. Pada 2021, mereka masing-masing berkata bahawa akaun berkenaan telah digunakan untuk tujuan yang sah.

Pentingnya Penguatkuasaan Bebas

Gomez berkata dia lebih meyakini pentadbiran pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada masa ini berbanding dua pentadbiran sebelumnya, yang masing-masing diketuai Muhyiddin dan Ismail Sabri Yaakob. Namun, dia mendakwa kerajaan sekarang akan terus berdepan dakwaan mengamalkan pendakwaan terpilih sehinggalah SPRM dan Pejabat Peguam Negara (AGC) dijadikan badan yang bebas sepenuhnya.

"Jadikan mereka bebas dan ada kuasa autonomi. Dan tolong buat sesuatu tentang (pelantikan) pesuruhjaya SPRM juga kerana jika pesuruhjaya SPRM tidak dilihat sebagai berwibawa, pasti akan timbul masalah. Biar mereka (SPRM dan AGC) jalankan kerja dan serahkan kepada badan-badan autonomi ini untuk membuat pendakwaan terhadap sebarang tuduhan kesalahan," katanya lagi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/660006​
 
Geng camna nk siasat
 
kita tunggu lg 5 bulan. habisla semua ni
 
SPRM Nafi Pendakwaan Terpilih Dalam Siasatan Kertas Pandora

30.03.2023 - Kuala Lumpur, SPRM menafikan mereka membuat pendakwaan terpilih dalam siasatan terhadap Kertas Pandora. Ketua Pesuruhjayanya SPRM Azam Baki berkata demikian sebagai menjawab dakwaan ahli ekonomi politik Edmund Terence Gomez bahawa pemimpin dari blok kerajaan tidak dipanggil oleh SPRM, walaupun dinamakan dalam dokumen yang bocor itu.

“Bagi Kertas Pandora, SPRM memberi tumpuan kepada Orang Terdedah Politik yang mempunyai kuasa dan kedudukan semasa didakwa melakukan salah laku, dan disyaki telah menyalahgunakan kuasa mereka. SPRM bebas untuk menyiasat selagi ada sebab untuk mempercayai bahawa mereka mempunyai kedudukan dan kuasa serta disyaki berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa. Tidak kira siapa. SPRM tidak mengamalkan pendakwaan terpilih kerana kami bebas menyiasat tanpa sebarang campur tangan atau pengaruh daripada pihak lain,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Malaysiakini.

Azam menambah, suruhanjaya itu tidak dapat membuka penyiasatan mengikut kehendak mereka, kerana ia mesti berdasarkan fakta dan bukti mengikut prosedur operasi standard dan undang-undang yang diperuntukkan.

b83c3051cab1179f49cc97bd0b221a25.jpg

Pada 25 Mac, Gomez mempersoalkan mengapa Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz serta Ahli Parlimen Selayang William Leong tidak disiasat oleh SPRM berhubung Kertas Pandora. Pengerusi Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) mendakwa hanya bekas menteri kewangan Daim Zainuddin yang dipanggil SPRM. Kemas kini terakhir berhubung siasatan SPRM terhadap Kertas Pandora adalah pada Februari, di mana dilaporkan bahawa kenyataan bekas menteri direkodkan mengenai kekayaan luar pesisirnya. Individu itu tidak dinamakan, seperti amalan biasa apabila melibatkan orang yang masih belum didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, bekas menteri itu disifatkan sebagai pegawai kanan dalam pentadbiran Dr Mahathir Mohamad dan dilaporkan diminta, antara lain, menjelaskan aliran wang dan pelaburan ke dalam 12 syarikat luar pesisir yang berdaftar di bawahnya dan ahli keluarganya di luar negara. Portal berita, memetik sumber, melaporkan bahawa anak bekas perdana menteri juga telah dipanggil untuk disoal siasat, dengan lebih ramai dijangka dipanggil untuk disoal siasat. Pertanyaan oleh Malaysiakini berhubung bilangan orang yang disiasat tidak dijawab. Bagaimanapun, Azam berkata siasatan SPRM masih berjalan dan agensi lain turut menyiasat perkara itu.

“Seandainya nama ahli perniagaan ada dalam Kertas Pandora, dia mungkin tidak mempunyai kuasa dan kedudukan untuk menyalahgunakan kuasanya...jadi ia mungkin bukan sesuatu di bawah bidang kuasa SPRM. Agensi lain seperti (Lembaga Hasil Dalam Negeri) boleh menyiasatnya untuk pengelakan cukai. Dalam perkara ini (Kertas Pandora), SPRM bukan satu-satunya agensi yang menyiasat, polis, LHDN dan NFCC (Pusat Jenayah Kewangan Nasional) juga sedang menyiasat," katanya.

2fbe080fa389863ff4c1c68d72ea75cc.jpg

Kertas Pandora ialah kebocoran dokumen kewangan dan rekod lain daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan mengurus 'shell company' dan amanah di kawasan bebas cukai di seluruh dunia. Dokumen itu didedahkan kepada Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ), yang seterusnya memberikan akses kepada rakan kongsinya, termasuk Malaysiakini. Zahid, Zafrul, Daim, antara lain dinamakan dalam kebocoran itu. Mereka masing-masing berkata pada 2021 bahawa akaun mereka digunakan untuk tujuan yang sah. Mempunyai entiti luar pesisir tidak menyalahi undang-undang, tetapi dalam beberapa keadaan, amalan itu telah dikaitkan dengan pengelakan cukai. Dalam kes lain, ia adalah percubaan untuk mengekalkan kerahsiaan atas pelbagai sebab.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/660507​
 
1704813341926.png

SPRM siasat isteri, anak lelaki Daim esok

Diterbitkan: Jan 9, 2024 10:31 PM
⋅
Dikemaskini: 10:46 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal siasat isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan dua anak lelakinya esok.

Ini berdasarkan notis yang dihantar oleh peguam keluarga itu kepada pihak media hari ini.

SPRM kini sedang menjalankan siasatan terhadap Daim berkaitan pendedahan mengenai kekayaannya dalam Kertas Pandora.

Dalam Kertas Pandora sahaja, syarikat dan firma pemegang amanah yang dimiliki oleh anak-anak, isteri atau rakan perniagaan Daim bersama-sama memegang aset bernilai sekurang-kurangnya GPP25 juta (kira-kira RM141 juta).
Sebelum ini Daim menjawab laporan Malaysiakini dengan berkata bukan semua pemegang amanah yang disenaraikan portal itu adalah miliknya dan semua urus niaga yang dijalankannya adalah sah.

Dia berkata pemegang amanah adalah sebahagian daripada "perancangan harta pusaka" dan semua cukai yang perlu dibayar telah dibayar.

Memiliki entiti luar pesisir tidak menyalahi undang-undang tetapi dalam beberapa keadaan, amalan itu dikaitkan dengan pengelakan cukai. Dalam kes lain, ia merupakan usaha mengekalkan kerahsiaan atas pelbagai sebab.

SPRM berkata suruhanjaya itu telah menghantar notis kepada Daim sejak Jun lalu supaya dia mengisytiharkan harta, namun mendakwa tuntutan itu tidak dipenuhi walaupun selepas lima lanjutan diberikan seperti yang diminta bekas menteri kewangan itu.

Hal ini mendorong SPRM menyita Menara Ilham, sebuah bangunan bernilai tinggi milik Daim dan keluarganya di tengah-tengah ibu kota baru-baru ini.

Daim mengecam siasatan SPRM terhadapnya dengan mendakwa dia menjadi mangsa penganiayaan politik. Bagaimanapun SPRM menafikan dakwaan itu.
 
Last edited:
1704813341926.png

SPRM siasat isteri, anak lelaki Daim esok

Diterbitkan: Jan 9, 2024 10:31 PM
⋅
Dikemaskini: 10:46 PM

https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/692637
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/692637
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal siasat isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan dua anak lelakinya esok.

Ini berdasarkan notis yang dihantar oleh peguam keluarga itu kepada pihak media hari ini.

SPRM kini sedang menjalankan siasatan terhadap Daim berkaitan pendedahan mengenai kekayaannya dalam Kertas Pandora.

Dalam Kertas Pandora sahaja, syarikat dan firma pemegang amanah yang dimiliki oleh anak-anak, isteri atau rakan perniagaan Daim bersama-sama memegang aset bernilai sekurang-kurangnya GPP25 juta (kira-kira RM141 juta).
Sebelum ini Daim menjawab laporan Malaysiakini dengan berkata bukan semua pemegang amanah yang disenaraikan portal itu adalah miliknya dan semua urus niaga yang dijalankannya adalah sah.

Dia berkata pemegang amanah adalah sebahagian daripada "perancangan harta pusaka" dan semua cukai yang perlu dibayar telah dibayar.

Memiliki entiti luar pesisir tidak menyalahi undang-undang tetapi dalam beberapa keadaan, amalan itu dikaitkan dengan pengelakan cukai. Dalam kes lain, ia merupakan usaha mengekalkan kerahsiaan atas pelbagai sebab.

SPRM berkata suruhanjaya itu telah menghantar notis kepada Daim sejak Jun lalu supaya dia mengisytiharkan harta, namun mendakwa tuntutan itu tidak dipenuhi walaupun selepas lima lanjutan diberikan seperti yang diminta bekas menteri kewangan itu.

Hal ini mendorong SPRM menyita Menara Ilham, sebuah bangunan bernilai tinggi milik Daim dan keluarganya di tengah-tengah ibu kota baru-baru ini.

Daim mengecam siasatan SPRM terhadapnya dengan mendakwa dia menjadi mangsa penganiayaan politik. Bagaimanapun SPRM menafikan dakwaan itu.

rajin CMM cari topik saya ya.. saya sendiri cari pun tak dapat 🤭
 
Back
Top
Log in Register