BTC USD 84,799.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Pilihanraya Umum - PRU16

Hadi Hadiahkan Serangkap Pantun Buat Pemuda PAS

17.09.2025 - Di sebalik semangat sayap muda partinya mahu pemimpin mereka diangkat sebagai calon perdana menteri pembangkang, Abdul Hadi Awang sebaliknya menghantar isyarat kepada mereka agar lebih berhati-hati dalam percaturan. Presiden PAS itu berkata tidak wajar Pemuda PAS bertindak tergesa-gesa dalam langkah mencari kemenangan sebaliknya perlu memberi perhatian kepada gerak kerja mencapai kemenangan. Ahli Parlimen Marang itu berkata dia melihat Pemuda PAS begitu bersemangat untuk melihat parti itu menamakan seorang pemimpin sebagai calon perdana menteri.

Berucap pada sesi penggulungan hari ini, Abdul Hadi “menghadiahkan” serangkap pantun kepada Pemuda PAS untuk menegaskan pesanan tersebut.
​
“Dari Kuala Muda pergi ke Ipoh,
Berbekal ketupat pergi ke Pangkor;
Orang muda memang gopoh,
Dah nak melompat nanti tersungkur.”
​

Bahkan secara berseloroh Abdul Hadi berkata, Pemuda PAS tidak akan dapat menjawab pantun berkenaan kerana dia tidak memberikan ruang untuk mereka berbuat demikian. Dia juga mengingatkan semua ahli parti agar yakin bahawa Islam akan mencapai kemenangan seperti yang dijanjikan oleh Allah, namun ia akan berlaku pada waktu yang ditentukan-Nya. Pemuda PAS pada muktamar mereka Jumaat lalu sebulat suara meluluskan resolusi menggesa kepimpinan parti mengambil alih tampuk kepimpinan PN kerana beranggapan sudah tiba masanya untuk parti Islam itu mentadbir Malaysia. Resolusi itu kemudian dibawa ke muktamar utama PAS hari ini dan turut diluluskan oleh perwakilan. Ia adalah reaksi jelas daripada PAS ekoran tindakan sepihak Bersatu menamakan presiden mereka, Muhyiddin Yassin, sebagai calon perdana menteri PN baru-baru ini. Ia merupakan satu usul yang diluluskan oleh Bersatu dalam perhimpunan agung tahunan mereka. Bagaimanapun Bersatu menegaskan mereka terbuka jika parti komponen PN yang lain mahu menamakan tokoh lain sebagai calon masing-masing.


Syaitan Bikin Was-Was

Sementara itu dalam penggulungan sama Abdul Hadi turut menekankan aspek walak kepada ahli PAS sebaik saja sebarang ketetapan diambil oleh pemimpin parti. Peringatan itu dibuat, katanya, apabila ada sesetengah ahli yang dilihat gagal menghormati pemimpin atau keputusan yang sudah dibuat pihak atasan. Berdasarkan keadaan semasa, kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai dibuat sebagai persediaan PAS dan PN menghadapi pilihan raya – sama ada di peringkat negeri atau persekutuan tidak lama lagi. Lazimnya sesebuah parti akan berdepan dengan isu pemilihan calon. Katanya pemimpin atasan – apabila membuat keputusan mengenai seseorang calon – akan membuat penilaian dalam skop yang luas bagi memastikan peluang mereka untuk menang adalah besar. Menurut Abdul Hadi, kegagalan ahli berwalak itu turut dipengaruhi oleh “syaitan” yang bertujuan mahu melihat parti berkenaan berpecah-belah.

“Ini jadi satu masalah pada kita (apabila) ketaatan, walak ini diwas-waskan oleh syaitan (yang) mencelah (bagi) menimbulkan rasa tidak bersepakat. Sepatutnya kita bersatu dalam titik persamaan, tetap bersama walau berbeda pendapat,” katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/755331​
 
Tak Guna Rebut Jadi PM Jika Parti Tak Mampu Menang 112 Kerusi - Dr. M

17.09.2025 - Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menempelak perebutan jawatan calon perdana menteri dalam kalangan parti-parti politik, dengan menegaskan bahawa perkara itu sia-sia jika parti terbabit tidak mampu mencapai kemenangan majoriti mudah di Parlimen.

“Saya kurang faham kenapa ramai berebut-rebut untuk dinamakan calon perdana menteri. Calon tidak akan jadi perdana menteri jika partinya tidak menang 112 kerusi. Tidak mungkin partinya menang 112 kerusi. Tidak mungkin calon perdana menteri jadi perdana menteri. Tak usahlah berebut-rebut nak jadi calon perdana menteri” kata bekas pedana menteri sebanyak dua kali itu dalam satu kenyataan hari ini.

Mahathir berkata, bagi mencapai kemenangan itu, sesebuah parti bukan sahaja perlu meletakkan lebih daripada 112 calon, tetapi juga berdepan dengan saingan daripada parti-parti lain. Meskipun tidak menyebut secara langsung, Mahathir jelas merujuk kepada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada 7 September lalu yang meluluskan usul menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri ke-11 dari parti itu. Usul berkenaan juga tidak mendapat reaksi yang positif daripada PAS. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Annuar Musa, malah menasihatkan agar Bersatu "menyucikan diri terlebih dahulu dengan memperbaiki imej dan dasar serta memulihkan kepercayaan rakyat." Annuar yang juga bekas setiausaha agung BN menambah, Bersatu wajar mempersiapkan parti dengan barisan pelapis yang "berintegriti tinggi serta keupayaan membawa negara ke ufuk yang baru."

Sebelum ini Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, turut menegur Bersatu agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pengumuman menyentuh mengenai PN, selain mengamalkan dasar musyawarah. Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden pada muktamar parti itu Jumaat lalu mencadangkan Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon perdana menteri PN, selain menteri besar Kedah, Sanusi Md Noor. Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula berpendapat pemimpin berumur atas 70 tahun tidak sepatutnya menjadi perdana menteri. Sebagai rekod, kedua-dua pemimpin tertinggi PAS dan beratu itu telah berusia lebih 70 tahun. Mengulas lanjut, Mahathir yang telah mencecah usia 100 tahun menegaskan usaha lebih utama ialah memastikan perpaduan Melayu bagi mencapai kejayaan pilihan raya.

“Hanya jika Melayu bersatu sahaja baharulah kemenangan boleh dicapai. Setelah menang barulah pilihan perdana enteri dibuat. Semua yang berbakat boleh bertanding untuk jadi perdana menteri,” katanya lagi.
​
1758101168252.png
 
Hadi Hadiahkan Serangkap Pantun Buat Pemuda PAS

17.09.2025 - Di sebalik semangat sayap muda partinya mahu pemimpin mereka diangkat sebagai calon perdana menteri pembangkang, Abdul Hadi Awang sebaliknya menghantar isyarat kepada mereka agar lebih berhati-hati dalam percaturan. Presiden PAS itu berkata tidak wajar Pemuda PAS bertindak tergesa-gesa dalam langkah mencari kemenangan sebaliknya perlu memberi perhatian kepada gerak kerja mencapai kemenangan. Ahli Parlimen Marang itu berkata dia melihat Pemuda PAS begitu bersemangat untuk melihat parti itu menamakan seorang pemimpin sebagai calon perdana menteri.

Berucap pada sesi penggulungan hari ini, Abdul Hadi “menghadiahkan” serangkap pantun kepada Pemuda PAS untuk menegaskan pesanan tersebut.
​
“Dari Kuala Muda pergi ke Ipoh,
Berbekal ketupat pergi ke Pangkor;
Orang muda memang gopoh,
Dah nak melompat nanti tersungkur.”
​

Bahkan secara berseloroh Abdul Hadi berkata, Pemuda PAS tidak akan dapat menjawab pantun berkenaan kerana dia tidak memberikan ruang untuk mereka berbuat demikian. Dia juga mengingatkan semua ahli parti agar yakin bahawa Islam akan mencapai kemenangan seperti yang dijanjikan oleh Allah, namun ia akan berlaku pada waktu yang ditentukan-Nya. Pemuda PAS pada muktamar mereka Jumaat lalu sebulat suara meluluskan resolusi menggesa kepimpinan parti mengambil alih tampuk kepimpinan PN kerana beranggapan sudah tiba masanya untuk parti Islam itu mentadbir Malaysia. Resolusi itu kemudian dibawa ke muktamar utama PAS hari ini dan turut diluluskan oleh perwakilan. Ia adalah reaksi jelas daripada PAS ekoran tindakan sepihak Bersatu menamakan presiden mereka, Muhyiddin Yassin, sebagai calon perdana menteri PN baru-baru ini. Ia merupakan satu usul yang diluluskan oleh Bersatu dalam perhimpunan agung tahunan mereka. Bagaimanapun Bersatu menegaskan mereka terbuka jika parti komponen PN yang lain mahu menamakan tokoh lain sebagai calon masing-masing.


Syaitan Bikin Was-Was

Sementara itu dalam penggulungan sama Abdul Hadi turut menekankan aspek walak kepada ahli PAS sebaik saja sebarang ketetapan diambil oleh pemimpin parti. Peringatan itu dibuat, katanya, apabila ada sesetengah ahli yang dilihat gagal menghormati pemimpin atau keputusan yang sudah dibuat pihak atasan. Berdasarkan keadaan semasa, kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai dibuat sebagai persediaan PAS dan PN menghadapi pilihan raya – sama ada di peringkat negeri atau persekutuan tidak lama lagi. Lazimnya sesebuah parti akan berdepan dengan isu pemilihan calon. Katanya pemimpin atasan – apabila membuat keputusan mengenai seseorang calon – akan membuat penilaian dalam skop yang luas bagi memastikan peluang mereka untuk menang adalah besar. Menurut Abdul Hadi, kegagalan ahli berwalak itu turut dipengaruhi oleh “syaitan” yang bertujuan mahu melihat parti berkenaan berpecah-belah.

“Ini jadi satu masalah pada kita (apabila) ketaatan, walak ini diwas-waskan oleh syaitan (yang) mencelah (bagi) menimbulkan rasa tidak bersepakat. Sepatutnya kita bersatu dalam titik persamaan, tetap bersama walau berbeda pendapat,” katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/755331​
Apalah sgt gopoh dlm menamakan calon PM, bukan sampai terjadinya perpecahan teruk dlm kalangan rakyat sampai solat 2 imam, x makan sembelihan org yg x sealiran parti.

Gopoh anak muda kini dlm menamakan calon PM xder lah sampai tercetusnya tragedi yg mengorbankan pihak polis dan juga org kampung yg x berdosa.

Nk ungkit kegopohan anak muda "dulu"?
 
Back
Top
Log in Register