BTC USD 76,399.0 Gold USD 4,346.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cadangan PRU16 lebih awal boleh diteliti, kata Anwar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,230
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,230
Reaction score
12
Points
25

Cadangan PRU16 lebih awal boleh diteliti, kata Anwar​

40562136-2e00-4c96-bdd7-d9252d82faf8-Anwar-Ibrahim-bernama-040926-1.jpg

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, Ampang hari ini. (Gambar Bernama)

“Itu cadangan saya boleh teliti, tetapi yang memutuskan itu saya akan fikir dulu dan kemudian persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Sekarang ini fokus ekonomi, kesejahteraan rakyat dan membersihkan negara daripada amalan salah guna kuasa dan rasuah. Kerajaan masih stabil, kita tumpu yang ini,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, di sini.

Sebelum ini, Presiden Umno, Zahid Hamidi dilaporkan berkata, lebih baik PRU16 diadakan lebih awal bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat, namun Barisan Nasional (BN) tetap bersedia jika penggal Parlimen diteruskan sehingga tamat tempohnya.

Penggal Parlimen ke-15 dijadualkan berakhir sekitar Disember 2027, dengan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

Dalam perkembangan sama, Anwar menegaskan usaha membanteras rasuah akan diteruskan tanpa mengira latar belakang.

“Ini bukan soal kaum. Ini soal menyelamatkan negara daripada amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.”
 
Back
Top
Log in Register