BTC USD 84,064.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Pilihanraya Umum - PRU16

Bak kata tuan..
"Jangan ganggu kerajaan sedia ada, perubahan tak bawa kebaikan.."
 
Tiba Masanya PAS Terajui PN, Kata Hashim

13.09.2025 - Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin hari ini menyokong pendirian sayap pemudanya yang mahu kepimpinan parti itu menerajui PN. Bercakap kepada wartawan, Hashim bersetuju dengan pandangan bahawa sudah tiba masanya PAS memimpin gabungan berkenaan dan seterusnya negara.

"Saya pernah suarakan hasrat itu daripada tahun-tahun yang lalu, bahawa dalam Perikatan Nasional ini, 1 keputusan yang melibatkan dasar perlu dibuat selepas kita berunding. Apabila pada ketika itu, ada suara-suara yang merasakan mereka umumkan apa saja, jadi saya rasa saya bukan ada apa-apa kepentingan, hanya untuk parti. Maka saya suarakanlah, tak patut buat gitu, rundinglah dulu. Tapi makin hari dia makin berlaku sebaliknya. Jadi secara peribadi, keputusan yang dibuat oleh pemuda, saya setujulah itu. Dan kita harap benda ni akan membantu lagi untuk kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang,” katanya pada sidang media di Maahad Darul Hadis, Alor Setar.

Hashim hadir merasmikan Muktamar Ulama PAS yang dihadiri kira-kira 600 perwakilan hari ini. Menurut Hashim, PAS sudah berada di hadapan dalam pelbagai aspek, termasuk kejayaan menguasai empat negeri serta jentera pilihan raya yang tersusun. Semalam, Muktamar Pemuda PAS sebulat suara meluluskan usul supaya kepimpinan parti mengambil alih teraju PN dan memimpin negara. Ketetapan itu dibuat ketika wujud pertikaian antara PAS dan Bersatu mengenai calon perdana menteri PN, selepas Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu minggu lalu menamakan presidennya, Muhyiddin Yassin.
​
1757746792716.png
 
'Setakat Macam Anwar, PAS Boleh Cari Tiga, Empat Lori Calon PM'

13.09.2025 - Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin hari ini menjawab kritikan sesetengah pihak yang mendakwa parti Islam itu tidak mempunyai calon yang layak menjadi perdana menteri. Berucap pada Muktamar Ulama PAS di Kedah, Hashim berkata PAS boleh mengemukakan ramai calon perdana menteri sekiranya ukuran yang digunakan adalah berdasarkan gaya seorang pemimpin tertentu.

"Sehari dua ni, ada yang dok kacau pimpinan PAS. Siapa nak jadi PM PAS ni. Siapa dia calon?. (Bila PAS) dok senyap, dia kata PAS ni tepulah, dia tak ada pemimpin yang layak jadi perdana menteri. Kalau kita tanya balik, hang nak cari PM macam mana. Aih yang naik kapal terbang pi mesyuarat sana sini, (Mereka kata) kami nak macam tu la. Berlambak dalam PAS pun, tapi kami tak bagi (perkara ini). Bukan jenis itu yang kita cari, nak letak seorang perdana menteri memimpin, bukan jenis tu, jenis tu 3-4 lori kami boleh cari,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pagi tadi.

Kira-kira 600 perwakilan ulama PAS hadir dalam muktamar tahunan di Maahad Darul Hadis, Alor Setar, Kedah hari ini. Walaupun tidak menyebut nama, kenyataan Hashim itu dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini dikritik pembangkang kerana kerap melakukan lawatan rasmi ke luar negara.


Ciri-ciri Perdana Menteri

Dalam ucapannya Hashim menggariskan empat ciri utama yang mesti ada pada seorang pemimpin untuk layak menjadi perdana menteri;

Ciri-ciri berkenaan katanya ialah takut kepada Allah, beramal dengan syariat yang diturunkan, membuat persediaan di hari akhirat dan reda dengan rezeki yang ditentukan Allah meskipun sedikit.

"Kita nak cari pemimpin jenis tu, bukan pemimpin yang saya dapat dah banyak ni, banyak dah orang sokong sana, sokong sini. Sokong buat apa? Untuk apa dia sokong?. Adakah untuk takutkan Allah? Dok (tidak). Buat persediaan untuk akhirat? Dok. Buat kebajikan dan sebagainya? Dok. Elak daripada dosa2? Dok. Memimpin orang ke arah kebajikan dan kebaikan, inilah sebenarnya yang PAS kita tarbiyah diri kita sikit demi sikit," katanya.

Hashim turut menempelak pihak yang mendakwa ulama tidak layak mentadbir negeri. Dia memberikan contoh bekas mursyidul am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menjadi Menteri Besar Kelantan dari 1990 hingga 2013. Menurutnya, PAS pernah diejek apabila menamakan Nik Aziz, seorang ulama, sebagai menteri besar setelah parti itu berjaya merampas Kelantan daripada Umno.

"(Pemimpin) Umno dok kata tiga bulan tumbang kerajaan ni. Sampai 3, 6 bulan, setahun, 22 tahun, takdak masalah,” katanya.
​
1757746920943.png
 
Rakyat Sedang Tunggu PAS 'Rampas' PN, Kata Pemuda PAS

17.09.2025 - Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-71 sebulat suara menyokong usul untuk mengambil alih pentadbiran Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang akan datang. Usul yang dibentangkan oleh wakil Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhammad Faizudin Mohd Zai, disokong oleh wakil PAS Shah Alam Mohamed Sukri Omar, yang juga Ketua Pemuda PAS Selangor.

"Saya bawa usul yang terpenting bagi kita yang hadir ke Kedah dari seluruh negara pada hari ini. Kita telah bincangkan isu sosial, isu ekonomi dan kita bincang bagaimana nak selamatkan negara kita. Tetapi, para hadirin jangan lupa ada satu perkara yang mesti kita selamatkan sebelum kita masuk ke PRU16. Rakyat sedang menunggu untuk kita rampas kepimpinan PN, dan memimpin PN bangkit mengangkat perjuangan PN ini, memimpin rakyat dan menghancurkan PH dan segelintir pemimpin-pemimpin Umno yang sedang berada di Putrajaya," kata Faizudin dalam ucapan di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar, Kedah.

Namun, Faizudin kemudian memperbetulkan perkataan “rampas PN” kepada “memperkasakan PN” seperti diminta Pengerusi Tetap Husin Ismail yang juga merupakan pengerusi majlis Muktamar PAS. Dia turut mendakwa PN hari ini lembap dan tidak ada hala tuju.

"Hari ini orang melihat PN lemau, tepu, tiada hala tuju yang jelas, dan hilang fokus. Bermuktamar kita pada hari ini, untuk memberikan nafas baru, bahawa kita sedia pimpin negara pada masa akan datang," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Faizudin berkata PAS tidak boleh lagi bertindak sebagai parti di belakang tadbir.

"Sudah tiba masanya, PAS ini bukan berada di belakang mentadbir, bukan sekadar berada di tepi jalanan, tapi kita memimpin PN ke tahap yang lebih baik," katanya.

Faizudin seterusnya menyifatkan kerajaan Madani sebagai gagal dalam menguruskan ekonomi negara.

"Rakyat kecewa kegagalan sistem ekonomi kerajaan Madani yang ada dan mereka juga kecewa penipuan politik pemimpin negara. Kita tak tahu sama ada skandal politik yang sedang melanda negara sekarang ini lebih dahsyat daripada skandal-skandal sebelum ini, kita tak tahu apa yang berlaku kepada PDRM, SPRM dan pihak penguat kuasa yang ada di negara ini. Rakyat sedang kecewa, dan mengharapkan ahli parlimen PAS ke Putrajaya memimpin negara," katanya.

Menurutnya, model Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051) yang dicetuskan oleh PAS akan dilaksanakan sekiranya PN mengambil alih Putrajaya.

"WINS 2051 penubuhan PAS sedang membuahkan hasilnya, sebagai model Islam terbaik di dunia. Insyaallah pemimpin yang terbaik yang berada di atas inilah yang akan memimpin kita untuk masuk ke Putrajaya," katanya.

WINS 2051 diperkenalkan sebagai panduan asas untuk mentadbir sebuah negara berdasarkan prinsip-prinsip Islam dalam realiti moden untuk membentuk dan membina sebuah negara yang sejahtera menjelang 2051.
​
1758083435528.png
 
'Jangan Pelik PRU Akan Datang Anak Muda Tanya ChatGPT Pilih Calon'

17.09.2025 - Dewan Pemuda PAS menekankan bahawa partinya perlu mendekati pengundi muda di alam maya. Ketuanya Afnan Hamimi Taib Azamudeen berkata sejumlah besar rakyat yang mengundi PAS pada pilihan raya yang lalu merupakan “generasi digital”.

"Dalam kalangan pengundi bukan ahli parti yang mengundi PAS ada pelbagai kategori. Ada yang hidup dengan media sosial seperti TikTok. Kita berdepan dengan pengundi yang sedang hidup dengan dunia AI (kecerdasan buatan) dan merupakan generasi digital yang peka perkembangan semasa, suka membuat perbandingan, dan suka didengari. Bagi mereka, hanya mendengar sudah cukup melegakan hati mereka. Disebabkan dunia digital dan AI yang begitu dahsyat, kita mesti tampil memimpin untuk memberitahu mana fakta dan mana auta. PAS bukan sahaja boleh memimpin dalam alam nyata, tapi juga mesti memimpin dalam dunia maya dan membentuk algoritma yang baik. Jangan pelik, pada pilihan raya akan datang, anak muda akan tanya ChatGPT untuk memilih calon. Dia tak hirau dah kepada kempen, kepada poster, kepada banner dan kepada billboard. Dia tak pandang semua itu. Mereka akan tanya ChatGPT dan GPT pula bertindak memberi jawapan berdasarkan input algoritma," katanya dalam ucapan penggulungan di Mukmatar PAS, di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar, Kedah hari ini.

Tambahnya, PAS mesti menjadi "feeder" (penyumbang) utama untuk membentuk algoritma media sosial supaya orang melihat PAS dengan wajah yang betul. Afnan yang juga ahli parlimen Alor Setar menegaskan bahawa PAS perlu menggunakan pendekatan berbeza dalam usaha menerajui anak muda sambil memberi contoh gimik aksi tiga motosikal Yamaha RX-Z ketika perasmian muktamar sayap PAS itu pada Jumaat.

"Sebagai contoh, Pemuda PAS membawa tiga buah motor RXZ dalam muktamad yang mendapat liputan meluas di media arus perdana dan sosial. Ini adalah cara anak muda hari ini berpolitik. Kita suka, kita tak suka... kita setuju, kita tak setuju...kita ada hujah, ataupun kita tak ada hujah itulah cara mereka berpolitik," katanya.
​
1758083742539.png
 
Back
Top
Log in Register