BTC USD 82,027.3 Gold USD 4,146.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini "Pandora Papers"

DEWAN RAKYAT | Kerajaan Beri Jaminan Siasat Pendedahan Kertas Pandora

Kerajaan memberi jaminan siasatan terhadap laporan Kertas Pandora, akan dilaksana dan dimaklumkan kepada parlimen.

​
 
Syarikat Balak Simpan Lebih RM500 Juta Di Akaun Luar Pesisir

22.11.2021 - Kuala Lumpur, Sebelum subuh, Lunai Pada sudah bersiap sedia untuk memulakan hari. Wanita itu tinggal di kampung Long Pakan, sebuah komuniti kecil Penan di wilayah Baram Tengah yang terletak kira-kira 150km dari bandar terdekat di Miri, Sarawak. Selepas sarapan ringkas, Lunai bergerak ke dalam hutan berhampiran untuk mengutip rotan bagi membuat kraftangan untuk dijual. Penduduk kampung lain mengumpul buah-buahan, akar-akar kayu atau pun memburu binatang. Long Pakan merupakan komuniti yang terdiri daripada kira-kira 55 keluarga Penan. Penduduk kampung menjalani gaya hidup sederhana dengan mengerjakan tanah dan mengambil hasil hutan.

“Kami bukan seperti orang bandar. Kami tidak pergi ke pejabat untuk bekerja atau ke pusat membeli-belah untuk membeli barangan. Hutan menyediakan apa yang kami perlu," kata ketua kampung, Pada Jutang.

Namun sejak Ogos tahun ini, penduduk kampung berdepan dengan syarikat gergasi pembalakan, Samling Group. Syarikat itu diberikan permit untuk memulakan operasi pembalakan di kawasan yang dianggap sebagai tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) oleh Penan di Long Pakan. NGO yang berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fonds (BMF) mendakwa penduduk kampung Long Pakan melihat pokok balak pertama ditebang oleh Samling Group pada penghujung Ogos lalu, terdiri daripada 109 batang balak di Ba Nyepgah. Penghadang dengan pantas dibina oleh penduduk kampung untuk menghalang Samling daripada menggerakkan jentera dan peralatan pembalakan.

Jutang juga telah membuat laporan polis berhubung dakwaan Samling menceroboh tanah NCR. Pertikaian antara Samling dan Penan masih belum selesai dan penghadang itu masih ada sehingga hari ini.


Syarikat Luar Pesisir Berpangkalan Di British Virgin Islands

Wilayah Baram terdiri daripada beberapa hutan primer yang terakhir di Sarawak, yang menarik minat syarikat pembalakan untuk operasi pembalakan mereka. Menurut BMF, kira-kira 90 peratus daripada hutan primer Sarawak telah ditebang. Samling adalah salah satu syarikat pembalakan terbesar yang beroperasi di negeri ini. Syarikat utama lain termasuk Ta Ann, Reimbunan Hijau, Shin Yang dan Interhill. Ketika perselisihan antara Penan dan Samling berlarutan di Borneo, dokumen yang dikesan sejauh di Caribbean mendedahkan perbezaan ketara antara kedua-duanya.

Dokumen itu, sebahagian daripada pendedahan Kertas Pandora, menunjukkan bahawa hanya dalam salah satu anak syarikatnya, Samling memegang lebih daripada RM500 juta aset dalam pegangan luar pesisir. Menurut dokumen itu, yang diperoleh oleh Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) dan dilihat oleh Malaysiakini, pengasas Samling Yaw Teck Seng menubuhkan sebuah syarikat luar pesisir yang berpangkalan di British Virgin Islands bernama Caribbean Esskay Limited. Sehingga Mac 2017, Caribbean Esskay mempunyai nilai aset sebanyak AS$115 juta (RM503 juta).

Syarikat itu ditubuhkan dengan bantuan syarikat perkhidmatan kewangan Trident Trust, sebuah firma yang digunakan oleh kebanyakan orang kaya global untuk menubuhkan firma dan amanah luar pesisir. Ketika dihubungi, jurucakap Samling berkata Caribbean Esskay adalah sebahagian daripada kumpulan itu dan merupakan anak syarikat milik 100 peratus Samling Global Limited, yang pernah disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong.

“Syarikat itu pula memiliki 100 peratus Barama Company Limited, yang aktif dalam industri pembalakan di Guyana. Sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, kami mematuhi undang-undang negara tempat kami beroperasi, termasuk keperluan untuk memenuhi semua tanggungjawab percukaian kami,” kata jurucakap itu.

Kertas Pandora, yang diperoleh oleh ICIJ melalui sumber tanpa nama, mengandungi 2.94 terabait fail kewangan sulit, berjumlah lebih daripada 11.9 juta dokumen dan rekod lain, daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan mengurus syarikat cengkerang (shell) dan amanah di kawasan perlindungan cukai (tax haven) di seluruh dunia.


Tidak Asing Dengan Kontroversi

Teck Seng mengasaskan Samling pada 1963. Walaupun syarikat itu memulakan perniagaannya dalam industri pembalakan, hari ini ia telah berkembang termasuk dalam perladangan kelapa sawit, automotif dan pembangunan hartanah dengan kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia. Sebahagian besar perniagaan kumpulan itu adalah dalam operasi pembalakan di Sarawak. Syarikat itu adalah milik persendirian dan tidak menerbitkan hasil kewangannya. Bagaimanapun, Teck Seng dan anaknya Yaw Chee Ming disenaraikan dalam Forbes Malaysia 50 Terkaya 2021 di kedudukan ke-46 dengan nilai bersih AS$360 juta (RM1.5 bilion).

Selama bertahun-tahun, Samling tidak asing dengan kontroversi yang melibatkan operasinya di peringkat antarabangsa dan global. Samling terlibat dengan Concord Pacific Ltd, sebuah syarikat yang didenda AS$100 juta pada 2011 (kira-kira RM305.59 juta pada kadar pertukaran) oleh kerajaan Papua New Guinea kerana pembalakan haram berskala besar sebagai sebahagian daripada projek jalan Kiunga-Aiambak di negara itu. Teck Seng menafikan bahawa Samling memiliki Concord Pacific, dan mengatakan Samling hanyalah pemegang saham minoriti. Pada 2010, Dana Pencen Norway melepaskan pegangannya dalam Samling Global Limited, yang kemudiannya disenaraikan dalam Bursa Saham Hong Kong, disebabkan dakwaan bahawa kumpulan itu telah berulang kali melanggar peraturan dalam aktiviti pembalakan di Sarawak dan Guyana, yang menyumbang kepada pembalakan haram dan kerosakan alam sekitar yang teruk.


Konflik Dengan Kaum Penan

Di peringkat tempatan, Samling kini menyaman kumpulan alam sekitar Save Rivers sebanyak RM5 juta kerana memfitnah berikutan tujuh artikel yang dimuat naik antara 23 Jun tahun lalu dan 10 Mac tahun ini, berhubung pensijilan kayu balak oleh Samling di wilayah Baram.

Samling juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan masyarakat Penan bahawa mereka telah menceroboh tanah NCR dan terlibat dalam operasi pembalakan haram.

Syarikat pembalakan itu berkata ia telah menerima persetujuan daripada 56 ketua bilik Long Pakan (wakil keluarga dalam komuniti Long Pakan), dan ia telah diberikan Permit to Enter Coupe or PEC untuk memasuki kawasan 01A, T0405 Layun pada 27 Ogos 2021 untuk tujuan pengekstrakan kayu balak.

"Adalah penting untuk memahami bahawa klasifikasi tanah NCR adalah perkara yang rumit dan beberapa syarat utama perlu dipenuhi sebelum mana-mana tanah boleh diklasifikasikan sebagai tanah NCR," kata jurucakap Samling ketika dihubungi.

Tetapi penjelasan ini tidak cukup bagi orang Penan untuk percaya bahawa tanah mereka tidak diceroboh, dan hutan yang menjadi tempat mereka bergantung tidak terancam. Selain Long Pakan, kaum Penan juga telah mengadakan sekatan kedua di Long Ajeng di wilayah Baram Atas pada 9 Sept. BMF berkata, 12 ketua masyarakat di wilayah itu telah mengeluarkan surat bersama kepada Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg meminta tindakan segera kerajaan negeri untuk menghentikan operasi Samling di kawasan itu. Bagaimanapun, Samling sekali lagi menegaskan bahawa Jabatan Perhutanan Sarawak telah memberikan permit untuk memasuki kawasan terbabit untuk memotong balak dan mendapat persetujuan daripada ketua kampung setempat.

“Kami sangat membantah sebarang tuduhan ‘pencerobohan’ ke atas hutan purba ini kerana kami telah mendapat persetujuan daripada wakil-wakil Perkampungan Long Selaan dan Ba Buboi di kawasan itu,” tambah syarikat itu.

Surat-surat yang dihantar oleh BMF kepada Jabatan Perhutanan Sarawak bagi pihak masyarakat itu berhubung dakwaan pencerobohan wilayah di Long Ajeng dan Long Laman masih belum dijawab. Malaysiakini telah menghubungi Jabatan Perhutanan Sarawak untuk mendapatkan ulasan tetapi masih belum mendapat maklum balas.​

1637559334959.png

1637559342164.png
 
Kerajaan setuju kecualikan cukai pendapatan dari luar negara

Kerajaan setuju kecualikan cukai pendapatan dari luar negara
Kementerian Kewangan (MOF) - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan cukai ke atas pendapatan yang diterima dari luar negara (FSI) kepada pembayar cukai pemastautin bagi memastikan kelancaran pelaksanaan langkah cukai berkenaan, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam kenyataan hari ini, katanya pengecualian cukai itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026.

Tertakluk kepada syarat kelayakan yang akan diperincikan dalam garis panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), katanya jenis pendapatan yang dikecualikan cukai ialah pendapatan dividen untuk syarikat atau perkongsian liabiliti terhad manakala semua jenis pendapatan untuk kategori pembayar cukai individu.

"Selain daripada jenis pendapatan yang disebutkan di atas adalah tertakluk kepada pengenaan cukai di Malaysia," katanya.

Bagi kategori pembayar cukai individu, katanya, kerajaan memberikan pengecualian kepada semua individu kecuali yang menjalankan perniagaan perkongsian di Malaysia, yang akan tertakluk kepada cukai bagi pendapatan FSI yang diterima.

"Manakala bagi kategori bukan pemastautin (individu, syarikat dan lain) masih kekal layak dikecualikan cukai pendapatan," menurut MOF.

Pada masa sama, katanya, dimaklumkan bahawa FSI yang diterima dalam tahun taksiran 2022 adalah dikecualikan daripada pengiraan cukai bagi tujuan Cukai Makmur.

Dalam pembentangan Bajet 2022, katanya, kerajaan telah mengumumkan cadangan langkah untuk mengenakan cukai ke atas pendapatan pemastautin yang diterima dari luar negara mulai 1 Januari 2022.

Katanya, pelaksanaan cadangan layanan cukai itu dilaksanakan melalui Rang Undang-Undang Kewangan 2021 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2021 dan di Dewan Negara pada 23 Disember 2021.

Bagi memastikan pasaran saham di Bursa Malaysia terus kekal rancak dan dinamik, MOF berkata, kerajaan mengambil pendekatan mengenakan kadar duti setem 0.15 peratus ke atas nota kontrak bagi dagangan saham atau stok.

Katanya, amaun maksimum duti setem yang dikenakan bagi setiap nota kontrak itu adalah dihadkan sehingga RM1,000 dan amaun duti setem yang melebihi RM1,000 akan diremitkan.

"Peremitan ini adalah terpakai kepada semua nota kontrak bagi tempoh mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026 bagi dagangan saham atau stok yang disenaraikan di pasaran Bursa Malaysia yang diluluskan di bawah subseksyen 8(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007," menurut MOF.

Dalam pengumuman Bajet 2022, kerajaan juga telah mencadangkan kadar duti setem ke atas nota kontrak bagi dagangan saham atau stok tersenarai di Bursa Malaysia dikaji semula supaya ia dinaikkan daripada 0.1 peratus kepada 0.15 peratus iaitu bersamaan dengan RM1.50 bagi setiap RM1,000 dan kenaan had duti setem RM200 bagi setiap nota kontrak berkaitan dimansuhkan.

-BERNAMA
 
Anwar dakwa konglomerat antireformasi penghalang jadi PM

Diterbitkan: Feb 12, 2022 12:01 PM
⋅
Dikemaskini: 1:30 PM


14dc67cc6d274a3ffac4ae3986a10ef4.jpg


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa terdapat golongan konglomerat yang mendanai parti politik di Malaysia demi menghalang reformasi antirasuah.

Anwar membuat dakwaan itu dalam wawancara bersama Sinar Harian yang disiarkan hari ini.

Dia tidak menyebut sebarang nama secara khusus tetapi berkata jika tidak kerana keengganannya untuk berkompromi dengan mereka, dia sudah pun menjadi perdana menteri.

“Jadi jangan meremehkan kemungkinan dalam politik, dalam pilihan raya ada yang ditaja hanya untuk melemahkan agenda reformis.



“Saya akui tidak mudah. Ya saya belum berhasil penuh. Tapi kalau saya kompromi, saya sudah berhasil.
“Jangan lupa, kalau saya kompromi, saya sudah jadi perdana menteri,” katanya seperi dipetik.

Mengulas lanjut, presiden PKR itu berkata golongan konglomerat tersebut tidak suka dengan pendiriannya yang menentang rasuah dan penyelewengan.

“Saya tentu tidak popular, jadi tokoh-tokoh yang besar susah nak bantu PKR selagi Anwar jadi ketua.
“Terus terang saya boleh berkawan dengan semua, tetapi untuk kompromi soal ini (rasuah), akan menjahanamkan negara kita,” katanya lagi.

Selain itu, kata Anwar lagi, kritikannya berhubung skandal Kertas Pandora juga menyebabkan dia hilang sokongan tokoh korporat.
“Saya masih ingat di Parlimen tatkala berucap tentang Pandora Paper yang melibatkan mantan perdana menteri, mantan menteri kewangan dan semua nama-nama besar dari pelbagai parti.

“Speaker larang saya bicara tetapi saya nak bicara sebab ini menyentuh kepentingan negara,” katanya.
Laporan tersebut tidak menyatakan secara khusus bekas perdana menteri yang dirujuk Anwar.

“Berbilion ringgit dibawa keluar dan orang-orang ini sekarang mahu jadi jaguh. Yang hendak menyelamatkan orang-orang Melayu itulah juga yang bawa ratusan juta keluar negara.

“Dia ada penyokong sebab dia ada wang. Sebab dia ada golongan korporat yang akan membantu,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa hartawan Daim Zainuddin dan G Gnanalingam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa dan MP Selayang daripada PKR William Leong dinamakan dalam pendedahan tersebut.




Pendedahan itu berkenaan bagaimana perkhidmatan luar pesisir ditubuhkan dan menguruskan syarikat shell dan pemegang amanah di
Memiliki entiti luar pesisir tidak menyalahi undang-undang, tetapi dalam beberapa keadaan, amalan ini dikaitkan dengan pengelakan atau penghindaran cukai. Dalam kes lain, ini usaha untuk menjaga kerahsiaan atas pelbagai alasan.

Susulan pendedahan itu, Anwar berulang kali menyuarakan agar ia dibahaskan di Dewan Rakyat tetapi dihalang.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian memanggilnya untuk memberi keterangan berkenaan perkara itu.

 

Najib Razak​

1j ·

Saya nak beri peluang kepada Anwar Ibrahim dan MalaysiaKini untuk jelaskan kenyataan korang.
Adakah kamu betul-betul kata bahawa saya antara individu yang dinamakan sebagai pemilik akaun bank off-shore yang dinamakan dalam Pandora Papers?
Ini adalah fitnah. Saya bukan antara individu yang dinamakan dalam Pandora Papers sebab saya tidak pernah milik akaun bank offshore.
Saya telah jelaskan beberapa kali tapi korang masih ulangi fitnah tersebut:
"Pandora Papers: 'Saya tak ada akaun off-shore, nama saya tidak tersenarai' - Najib"
https://www.astroawani.com/.../pandora-papers-saya-tak...
Jika nama saya tersenarai sebagai salah seorang pemilik akaun dalam Pandora Papers, saya beri peluang bagi korang beri bukti.
Di sini saya sudah bantu korang buat search:
https://offshoreleaks.icij.org/investigations/pandora-papers?q=najib+razak&commit=Search&c=&j=
Adakah nama saya tersenarai?
Najib Razak tak ada.
Yang ada ialah Najib Mikati, Perdana Menteri Lebanon.
https://www.aljazeera.com/.../pandora-papers-lebanon-pm...

273503313_506253500865593_8052016968519350341_n.jpg
 
Kerajaan setuju kecualikan cukai pendapatan dari luar negara

Kerajaan setuju kecualikan cukai pendapatan dari luar negara
Kementerian Kewangan (MOF) - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan cukai ke atas pendapatan yang diterima dari luar negara (FSI) kepada pembayar cukai pemastautin bagi memastikan kelancaran pelaksanaan langkah cukai berkenaan, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam kenyataan hari ini, katanya pengecualian cukai itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026.

Tertakluk kepada syarat kelayakan yang akan diperincikan dalam garis panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), katanya jenis pendapatan yang dikecualikan cukai ialah pendapatan dividen untuk syarikat atau perkongsian liabiliti terhad manakala semua jenis pendapatan untuk kategori pembayar cukai individu.

"Selain daripada jenis pendapatan yang disebutkan di atas adalah tertakluk kepada pengenaan cukai di Malaysia," katanya.

Bagi kategori pembayar cukai individu, katanya, kerajaan memberikan pengecualian kepada semua individu kecuali yang menjalankan perniagaan perkongsian di Malaysia, yang akan tertakluk kepada cukai bagi pendapatan FSI yang diterima.

"Manakala bagi kategori bukan pemastautin (individu, syarikat dan lain) masih kekal layak dikecualikan cukai pendapatan," menurut MOF.

Pada masa sama, katanya, dimaklumkan bahawa FSI yang diterima dalam tahun taksiran 2022 adalah dikecualikan daripada pengiraan cukai bagi tujuan Cukai Makmur.

Dalam pembentangan Bajet 2022, katanya, kerajaan telah mengumumkan cadangan langkah untuk mengenakan cukai ke atas pendapatan pemastautin yang diterima dari luar negara mulai 1 Januari 2022.

Katanya, pelaksanaan cadangan layanan cukai itu dilaksanakan melalui Rang Undang-Undang Kewangan 2021 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2021 dan di Dewan Negara pada 23 Disember 2021.

Bagi memastikan pasaran saham di Bursa Malaysia terus kekal rancak dan dinamik, MOF berkata, kerajaan mengambil pendekatan mengenakan kadar duti setem 0.15 peratus ke atas nota kontrak bagi dagangan saham atau stok.

Katanya, amaun maksimum duti setem yang dikenakan bagi setiap nota kontrak itu adalah dihadkan sehingga RM1,000 dan amaun duti setem yang melebihi RM1,000 akan diremitkan.

"Peremitan ini adalah terpakai kepada semua nota kontrak bagi tempoh mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026 bagi dagangan saham atau stok yang disenaraikan di pasaran Bursa Malaysia yang diluluskan di bawah subseksyen 8(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007," menurut MOF.

Dalam pengumuman Bajet 2022, kerajaan juga telah mencadangkan kadar duti setem ke atas nota kontrak bagi dagangan saham atau stok tersenarai di Bursa Malaysia dikaji semula supaya ia dinaikkan daripada 0.1 peratus kepada 0.15 peratus iaitu bersamaan dengan RM1.50 bagi setiap RM1,000 dan kenaan had duti setem RM200 bagi setiap nota kontrak berkaitan dimansuhkan.

-BERNAMA

pendapatan luar negara tak kene cukai . ni la benda paling ngok ... saje nak halalkan duit haram. patut saman n rampas je
 
Presiden PKR itu turut menyindir sesetengah pemimpin yang kononnya mahu membenteras rasuah namun sebaliknya terlibat dengan rasuah yang mengaut sehingga berbilion ringgit.

Daim kena jawab Kertas Pandora, sebelum desak saya letak jawatan, kata Anwar​


July 16, 2022 9:00 PM


anwar-n-daim-zainuddin-collage-160722.jpg


Anwar Ibrahim berkata, Daim Zainuddin memberi penjelasan berkaitan isu Kertas Pandora sebelum mendesaknya meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang.

SHAH ALAM: Anwar Ibrahim menggesa bekas menteri kewangan Daim Zainuddin memberi penjelasan berkaitan isu Kertas Pandora sebelum mendesaknya meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang.

Presiden PKR itu turut menyindir sesetengah pemimpin yang kononnya mahu membanteras rasuah namun sebaliknya terlibat dengan rasuah yang mengaut sehingga berbilion ringgit.

“Sudah tentu Tun Daim Zainuddin adalah orang terakhir yang melihat saya sebagai perdana menteri. Walaupun saya yakin tidak ada perkara peribadi tetapi saya tahu kerana saya mengambil alih Kementerian Kewangan selepas dia.

“Apabila saya bercakap tentang skandal Pandora dan semua skandal kewangan yang lain, orang menggunakan jawatan mereka untuk mengumpul kekayaan serta mengaut berbilion ringgit. Dia perlu menjawab hal ini.



“Saya tidak perlukan simpati atau sokongan dari dia, dan ada kalangan mereka ini telah mendapat hasil daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mereka menganggap rakyat Malaysia bodoh,” katanya pada sidang media di Kongres PKR.

Anwar mengambil alih kementerian kewangan daripada Daim pada 1991, yang merupakan penasihat ekonomi kepada Dr Mahathir Mohamad semasa pentadbiran Pakatan Harapan.

Dalam wawancara bersama The Malaysia Insight, Daim berkata Anwar adalah antara ahli politik veteran yang sepatutnya memberi peluang kepada pemimpin muda untuk menyinar.

Jelas Daim, selagi tokoh politik berkenaan masih kekal, generasi baharu tidak boleh naik.

Kertas Pandora adalah laporan yang mendedahkan senarai urusniaga melibatkan tokoh politik, ahli perniagaan dan selebriti yang membuka akaun di pusat kewangan luar pesisir di serata dunia.

Beberapa nama ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia turut disebut dalam laporan itu, antaranya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz; bekas menteri kewangan Daim Zainuddin; Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa dan keluarga ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau pernah mempersoal bekas perdana menteri mengenai lantikan Daim sebagai ketua penasihat ekonomi.

“Jadi berbalik kepada soal itu, saya tidak menyerang Daim secara peribadi tetapi dia jangan anggap saya boleh ditakutkan sekiranya saya memilih untuk mendedahkan skandal ini.

“Soal dia terselamat selama ini, tanyalah perdana menteri sebelum ini, malah dia dilantik sebagai ketua penasihat ekonomi Pakatan Harapan (PH). Saya keluar penjara dan saya nasihat Mahathir Mohamad, bagaimana orang yang terlibat dengan semua ini boleh dilantik namun Mahathir cakap itu keputusan dia,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register