rinoa99
Legendary Member

- Messages
- 19,483
- Joined
- Jun 5, 2022
- Messages
- 19,483
- Reaction score
- 2,596
- Points
- 261
takutnya jadi camni
dari kecik dah mewah
dari kecik tak kenal Allah SWT
dari kecik dah mewah
dari kecik tak kenal Allah SWT
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


DEWAN RAKYAT | Kerajaan Beri Jaminan Siasat Pendedahan Kertas Pandora
Kerajaan memberi jaminan siasatan terhadap laporan Kertas Pandora, akan dilaksana dan dimaklumkan kepada parlimen.



Simpan duit dlm negara bahaya
Nanti sprm bole semak
Pendapatan kene declare lhdn
Pulangan kecik
Suami bekas gabenor BNM pun simpan duit di offshore
Bebas cukai
Kita simpan kat asb tabung haji suda laa
Tabung tahfiz pun kosong lg tu![]()

Aikkk....haritu gosip daim kena tahan, camna boleh bagi statement ni?????Presiden PKR itu turut menyindir sesetengah pemimpin yang kononnya mahu membenteras rasuah namun sebaliknya terlibat dengan rasuah yang mengaut sehingga berbilion ringgit.
Daim kena jawab Kertas Pandora, sebelum desak saya letak jawatan, kata Anwar
July 16, 2022 9:00 PM
![]()
Anwar Ibrahim berkata, Daim Zainuddin memberi penjelasan berkaitan isu Kertas Pandora sebelum mendesaknya meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang.
SHAH ALAM: Anwar Ibrahim menggesa bekas menteri kewangan Daim Zainuddin memberi penjelasan berkaitan isu Kertas Pandora sebelum mendesaknya meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang.
Presiden PKR itu turut menyindir sesetengah pemimpin yang kononnya mahu membanteras rasuah namun sebaliknya terlibat dengan rasuah yang mengaut sehingga berbilion ringgit.
“Sudah tentu Tun Daim Zainuddin adalah orang terakhir yang melihat saya sebagai perdana menteri. Walaupun saya yakin tidak ada perkara peribadi tetapi saya tahu kerana saya mengambil alih Kementerian Kewangan selepas dia.
“Apabila saya bercakap tentang skandal Pandora dan semua skandal kewangan yang lain, orang menggunakan jawatan mereka untuk mengumpul kekayaan serta mengaut berbilion ringgit. Dia perlu menjawab hal ini.
“Saya tidak perlukan simpati atau sokongan dari dia, dan ada kalangan mereka ini telah mendapat hasil daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mereka menganggap rakyat Malaysia bodoh,” katanya pada sidang media di Kongres PKR.
Anwar mengambil alih kementerian kewangan daripada Daim pada 1991, yang merupakan penasihat ekonomi kepada Dr Mahathir Mohamad semasa pentadbiran Pakatan Harapan.
Dalam wawancara bersama The Malaysia Insight, Daim berkata Anwar adalah antara ahli politik veteran yang sepatutnya memberi peluang kepada pemimpin muda untuk menyinar.
Jelas Daim, selagi tokoh politik berkenaan masih kekal, generasi baharu tidak boleh naik.
Kertas Pandora adalah laporan yang mendedahkan senarai urusniaga melibatkan tokoh politik, ahli perniagaan dan selebriti yang membuka akaun di pusat kewangan luar pesisir di serata dunia.
Beberapa nama ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia turut disebut dalam laporan itu, antaranya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz; bekas menteri kewangan Daim Zainuddin; Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa dan keluarga ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho.
Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau pernah mempersoal bekas perdana menteri mengenai lantikan Daim sebagai ketua penasihat ekonomi.
“Jadi berbalik kepada soal itu, saya tidak menyerang Daim secara peribadi tetapi dia jangan anggap saya boleh ditakutkan sekiranya saya memilih untuk mendedahkan skandal ini.
“Soal dia terselamat selama ini, tanyalah perdana menteri sebelum ini, malah dia dilantik sebagai ketua penasihat ekonomi Pakatan Harapan (PH). Saya keluar penjara dan saya nasihat Mahathir Mohamad, bagaimana orang yang terlibat dengan semua ini boleh dilantik namun Mahathir cakap itu keputusan dia,” katanya.



Kan..macam tu je tutup kes..semua nak jaga kepentingan sendiri..ni dah senyap..pandora paper ni mcm sembang whatsup je.. modal sembang kedai kopi....
ape tindakan pon tak de







Susah habis siasat ke pandora paper ni? Ade yg didakwa?

Daim...
Org kepercayaan Tun ni...
Mmg celaka geng2 politik...
Habis hasil malaysia dpt ke kantung mereka...
Mkn tak habis...
Apa mereka ni tak percaya dgn hari akhirat?