BTC USD 81,179.8 Gold USD 3,999.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini "Pandora Papers"

1634458805945.png

SPRM akan kerjasama dengan Bank Negara siasat pendedahan Kertas Pandora

Diterbitkan: Oct 17, 2021 9:06 AM
⋅

⋅
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (SPRM) dan agensi lain bagi menyiasat pendedahan yang dibuat Kertas Pandora baru-baru ini.

Suruhanjaya itu juga meminta ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang membangkitkan perkara itu ketika sidang Dewan Rakyat, "untuk memberi kerjasama sekiranya beliau mempunyai maklumat lanjut tentang isu tersebut.”

SPRM berkata demikian dalam kenyataan ringkas malam tadi.

Semalam juga, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa suruhanjaya itu tidak menyiasat warga Malaysia yang dinamakan dalam pendedahan itu.

Kertas Pandora merujuk kepada sejumlah dokumen yang dibocorkan kepada Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

Maklumat itu berasal dari sejumlah syarikat yang membantu pelanggan menubuhkan atau menguruskan akaun luar pesisir dan syarikat di tempat perlindungan cukai.

Warga Malaysia yang dinamakan dalam pendedahan itu termasuk Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri kewangan Yamani Hafez Musa, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Anggota Parlimen Selayang William Leong dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Mereka berkata bahawa urusan dengan entiti luar pesisir - termasuk memiliki atau menjadi ahli lembaga pengarah syarikat - yang dijalankan tidak melanggar undang-undang dan semua cukai yang perlu dibayar telah dibayar untuk sebarang aset atau pendapatan yang berkaitan dengan syarikat luar pesisir berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersikap terbuka untuk pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas individu yang terlibat, sekiranya terdapat bukti salah laku.

Polis juga telah merujuk satu laporan polis berkenaan perkara itu kepada BNM dan akan mengambil langkah sama untuk satu lagi laporan pada esok.

(Pandora Papers) keluar daripada Global Financial Integrity yang saya telah bongkar di Parlimen minta siasatan sejak 2012. Bila ditanya baru hendak buka fail (siasatan) itu problem sedikit. Tetapi saya alu-alukan keputusan SPRM untuk siasat. Saya tiada masalah (untuk dipanggil memberi keterangan)
https://www.utusan.com.my/.../pandora-papers-siasat.../

Pandora Papers: Siasat sekali BNM, LHDN, JSJK – Anwar​

181021-sgr-pandora-papers-anwar.jpeg

ANWAR Ibrahim dalam sidang akhbar selepas merasmikan Wisma SP Care dekat Serendah, Rawang di Hulu Selangor, Selangor hari ini.

  • 17 Oktober 2021, 3:52 pm

HULU SELANGOR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan ‘Pandora Papers’ membabitkan bekas pemimpin negara.

Bagaimanapun, beliau menggesa pelbagai agensi yang berkaitan dan bertanggungjawab seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau mendedahkan isu Pandora Papers sudah pun dibangkitkan sejak 2012, namun tiada maklum balas mengenai siasatan diterima.
“Saya akan beri kerjasama apa yang ada tambahan yang lebih, tetapi seperti kita tahu satu badan antarabangsa buat, sepatutnya SPRM menyegerakan (siasatan) sebab kes ini bukan baharu.

“(Pandora Papers) keluar daripada Global Financial Integrity yang saya telah bongkar di Parlimen minta siasatan sejak 2012. Bila ditanya baru hendak buka fail (siasatan) itu problem sedikit. Tetapi saya alu-alukan keputusan SPRM untuk siasat. Saya tiada masalah (untuk dipanggil memberi keterangan),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perasmian Wisma SP Care dan Majlis Penghargaan Barisan Hadapan di Wisma SP Care, Serendah di sini hari ini.

Terdahulu, SPRM dilapor meminta kerjasama daripada Anwar berhubung pendedahan tentang ‘Pandora Papers’ yang didedahkannya dalam Parlimen dengan mengutuskan notis usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun baru-baru ini.

Bagaimanapun pada 7 Oktober lalu, beliau merayu supaya isu berkenaan dibenarkan untuk dibahas di Dewan Rakyat selepas usul tersebut ditolak Azhar Azizan pada hari sebelumnya.

Sementara itu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Isnin lepas memaklumkan, BNM sedia memberi kerjasama kepada agensi penguatkuasaan berhubung isu berkenaan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson ketika berucap dalam Majlis Perasmian Wisma SP Care memberikan analogi tentang ‘Pandora Papers’ dengan menceritakan kisah mitos Greek mengenai ‘Pandora’s Box’ yang dibuka oleh seorang wanita dipenuhi perasaan curiga.
“Pandora Box berkaitan seorang gadis muda tetapi ada keinginan untuk mengetahui, tahan dan tahan akhirnya buka juga, bila buka box itu, banyak syaitan, iblis dan kejahatan dan semangat syaitan keluar menjadi masalah.

“Jadi mesej kita, kebetulan nama Pandora Papers, memang cerita penyamun, penyangak dan perasuah, hantu yang banyak yang menggunakan kedudukan mereka, merampas kekayaan negara dan sorok di luar,” ujarnya.

Anwar sebelum ini membangkitkan isu ‘Pandora Papers’ yang mendedahkan individu mempunyai akaun luar pesisir seperti bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan beberapa ahli keluarganya serta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.-UTUSAN ONLINE

Meskipun dibolehkan untuk memiliki akaun tersebut namun ia perlu memenuhi undang-undang negara melalui Bank Negara Malaysia.
#AWANInews #AWANI745

Pandora Papers: Biasanya akaun luar pesisir diwujudkan untuk lari cukai - Akhbar Satar​

Astro Awani
Oktober 17, 2021 18:10 MYT
Pandora Papers: Biasanya akaun luar pesisir diwujudkan untuk lari cukai - Akhbar Satar

Akhbar mempersoalkan mengapa individu tertentu termasuk pemimpin negara mempunyai akaun tersebut seperti didedahkan Pandora Papers baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Lazimnya akaun luar pesisir seperti yang didedahkan Pandora Papers diwujudkan untuk mengelak daripada membayar cukai selain tidak mahu orang lain tahu kewujudan akaun tersebut.

Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, meskipun dibolehkan untuk memiliki akaun tersebut namun ia perlu memenuhi undang-undang negara melalui Bank Negara Malaysia (BNM).

Begitupun, beliau mempersoalkan mengapa individu tertentu termasuk pemimpin negara mempunyai akaun tersebut seperti didedahkan Pandora Papers baru-baru ini

“Selalunya adalah untuk lari cukai kerana duit haram dan tak mahu orang tahu. Caranya, beli syarikat termasuk nilai murah dan tubuhkan ‘shell company’ untuk labur dalam hartanah dengan jumlah wang berbilon ringgit tanpa kita tahu tapi ada didedah Pandora Papers.
“Isunya dari mana wang itu datang? Ia (akaun luar pesisir) juga digunakan penjenayah termasuk penjenayah kolar putih untuk pengubahan wang haram.

“Kebanyakan 'penjenayah' kewangan menggunakan syarikat cengkerang untuk menyembunyikan wang dan maklumat hak milik melalui penama yang membolehkan mereka 'mencuci' kekayaan diperolehi secara haram,” katanya kepada Astro AWANI.

Tegasnya, menyimpan wang di luar sebenarnya menunjukkan mereka tidak patriotik, merugikan negara malah mencurigakan kerana ia mungkin bertujuan untuk lari cukai atau ia merupakan wang daripada hasil rasuah.

Akhbar sebelum ini menggesa kerajaan mewajibkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mengisytihar harta mereka di darat dan luar pesisir.

Tegasnya, tindakan sedemikian perlu dilakukan bagi membolehkan pihak berkuasa untuk mengesan sebarang aset luar biasa atau baharu yang dimiliki mana-mana anggota Parlimen, terutama mereka yang memegang jawatan tinggi dalam parti politik.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan perlu bertindak tanpa gentar atau pilih kasih untuk menyiasat mana-mana individu yang didedahkan dalam laporan Pandora Papers berhubung fail kewangan sulit di luar pesisir.

ya inilah sebabnya kenapa ada individu letak duit di syarikat offshore. macam switzerland rasanya pihak luar tak boleh nak access langsung rekod kewangan klien mereka. nama pun dia tak letak. dia bagi nombor je.
 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan beliau mengenai Pandora Papers yang melibatkan beberapa figura terkemuka, dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menjelaskan, beliau telah meminta Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya untuk mengarahkan pegawainya untuk berjumpa Ahli Parlimen Port Dickson itu bagi merekodkan keterangan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
 
pandora paper ni lebih pada tax evasion money - kes elak cukai

tapi dapat dkt geng politik, dia akan guna jadi modal untuk serang lawan dia.. rakyat jenis cepat melatah kena cuit

bukan duit rakyat
yg diambil tu pun, bisnesman meniaga, bila untung berjuta tak nak bayar cukai.. bawak lari duit tu

finance minister pun dah cakap aritu, offshore account ni legal kalau ikut syarat ketat dari BNM..
kesian aku tgk org yg dok maki hamun tak tentu arah dkt medsos ni, dia tak faham pun punca sebenar satu issue tu sblm nak meroyan.. :)
 
walaun PH ape dia tau..kerja nak hentam BN je ..tak tau hujung pangkal..janji boleh fitnah puaskan hati..

pandora paper nie akan makan diri PH
 
pandora paper ni lebih pada tax evasion money - kes elak cukai

tapi dapat dkt geng politik, dia akan guna jadi modal untuk serang lawan dia.. rakyat jenis cepat melatah kena cuit

bukan duit rakyat
yg diambil tu pun, bisnesman meniaga, bila untung berjuta tak nak bayar cukai.. bawak lari duit tu

finance minister pun dah cakap aritu, offshore account ni legal kalau ikut syarat ketat dari BNM..
kesian aku tgk org yg dok maki hamun tak tentu arah dkt medsos ni, dia tak faham pun punca sebenar satu issue tu sblm nak meroyan.. :)
Biasa la bang modal politik, maki dl br siasat hahaha
 
Back
Top
Log in Register