BTC USD 81,573.7 Gold USD 4,023.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini "Pandora Papers"

Kertas Pandora - Speaker Kata Ia Harus Di Bawa Ke JK Khas, RCI

06.10.2021 - Kuala Lumpur, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menolak usul tergempar bagi segera membahaskan pendedahan Kertas Pandora. Sebaliknya, dia berkata, perkara itu harus diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Ekonomi), ataupun Suruhanjaya Siasatan Diraja. Menjawab soalan ketua pembangkang Anwar Ibrahim, Azhar berkata bahawa Kertas Pandora memang merupakan perkara penting atau berkepentingan awam. Namun, menurutnya, ia tidak memenuhi kriteria untuk dibahaskan dengan segera. Lagipun, Azhar berkata, usul tergempar hanya akan memperuntukan masa yang terhad untuk perkara itu dibincangkan.

“Perkara itu berterusan dan boleh dibangkitkan bila-bila. Ia boleh dibangkitkan melalui prosedur lain, (seperti) soalan menteri, soal jawab lisan. Malah (ia juga) untuk siasatan terbuka yang YB (Anwar) cadangkan, maka saya rasa YB boleh cadangkan siasatan terbuka melalui RCI,” katanya.

Speaker juga berkata perkara berkenaan boleh dibawa ke Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Ekonomi).

“Lebih sesuai perkara ini dibawa ke jawatankuasa khas tersebut untuk didalami dengan lebih teliti dan dengan jangka masa lebih panjang,” katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.

Azhar seterusnya merujuk bahawa Peraturan Tetap yang tidak membenarkan perbahasan berdasarkan laporan berita, sebagai larangan kepada usul tergempar membincangkan Kertas Pandora. Kertas Pandora yang diperolehi oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) mendedahkan rahsia kewangan 35 pemimpin dunia sekarang dan dahulu, lebih 330 ahli politik dan pegawai awam di 91 negara dan wilayah. Antara yang disenaraikan adalah bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan Ahli Parlimen Selayang William Leong.

Anwar (Pakatan Harapan-Port Dickson) kemudiannya bersetuju bahawa Kertas Pandora harus dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Parlimen (Ekonomi). Namun, tegasnya, bahawa perkara itu adalah masalah mendesak yang juga harus dibahaskan di Dewan Rakyat dengan segera. Katanya, dia pertama kali membahaskan masalah rakyat Malaysia yang menyimpan wang di luar negara pada 2012, dan sehingga hari ini kerajaan belum bertindak.

“Saya nak sekurang-kurangnya, PM (perdana menteri) bagi pengakuan yes RCI akan ditubuhkan, yes siasatan terbuka dan telus akan dibuat,” katanya.

Azhar enggan berganjak, dan Anwar berkata bahawa dia akan menulis supaya usul untuk mengkaji semula keputusan speaker.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/594274​
 
Hassan Saran PH Keluar Dari MOU Dengan Kerajaan

06.10.2021 - Kuala Lumpur, Seorang ahli parlimen PKR mencadangkan Pakatan Harapan (PH) keluar dari memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan kecuali Putrajaya bersetuju memenuhi tiga tuntutan. Tuntutan itu dibuat Hassan Abdul Karim ekoran pendedahan kegiatan menyimpan wang secara rahsia di pusat kewangan luar pesisir seperti di British Virgin Islands (BVI). Pendedahan itu - yang turut melibatkan ramai tokoh berprofil tinggi di seluruh dunia - dibuat melalui dokumen dikenali sebagai Kertas Pandora.

Kata Hassan parlimen mesti membahaskan usul dibawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, mengenai pendedahan tersebut yang melibatkan wang begitu besar. Katanya ada tokoh politik dan korporat serta anak dan isteri mereka menyimpan dana berkenaan di BVI serta pusat kewangan luar pesisir lain dengan nilai dianggarkan sehingga RM1.8 trilion dari 2004 hingga 2014.

"Kerajaan juga perlu membentuk segera suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat isu tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah ahli parlimen Pasir Gudang, tuntutan ketiga yang wajar dibuat PH ialah agar Putrajaya segera menggunakan kuasa perundangan bagi merampas dan mengembalikannya kepada kerajaan jika wang terbabit didapati melalui jalan yang menyalahi undang-undang.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/594309​
 
Dewan Rakyat Tolak Usul Bahas Pendedahan Kertas Pandora

06.10.2021 - Kuala Lumpur, Dewan Rakyat hari ini menolak usul untuk membahaskan pendedahan Kertas Pandora yang didakwa membabitkan fail kewangan sulit beberapa pemimpin negara. Usul yang dikemukakan ketua pembangkang Anwar Ibrahim itu ditolak Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun atas alasan ia tidak perlu disegerakan sehingga memaksa persidangan itu mengenepikan urusan-urusan yang telah ditetapkan Aturan Urusan Mesyuarat.

Azhar sebaliknya mencadangkan agar perkara itu dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang berkaitan untuk penelitian lanjut dengan tempoh yang lebih lama berbanding ia dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

“Saya bersetuju dengan Yang Berhormat (Anwar) bahawa perkara itu (Kertas Pandora) menepati elemen ia suatu perkara tertentu, ia perkara berkepentingan awam dan ia perkara penting yang perlu disiasat. Tetapi saya mendapati ia (usul) tidak perlu disegerakan kerana mesyuarat persidangan kita ini didahulukan dengan Aturan Urusan Mesyuarat dan jika hendak ditepikan, maka sesuatu perkara yang hendak dibawa itu (usul) mestilah perlu disegerakan.

“Pada pendapat saya, kita ada sembilan jawatankuasa pilihan khas Parlimen termasuk bidang ekonomi yang merangkumi MOF (kementerian kewangan) dan saya rasa lebih sesuai jika perkara ini dibawa ke jawatankuasa pilihan khas tersebut untuk didalami dengan lebih teliti dengan masa lebih panjang, oleh itu saya terpaksa menolak usul Yang Berhormat,” katanya.

Terdahulu Anwar meminta untuk menyegerakan usul membahaskan pendedahan Kertas Pandora. Pemberitahuan bersurat memohon mengemukakan usul itu dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 4 Oktober. Dalam usulnya, ketua pembangkang itu meminta dewan yang bersidang membincangkan laporan Kertas Pandora yang mendedahkan kemungkinan transaksi kewangan yang menyalahi undang-undang negara disebut melibatkan beberapa tokoh politik dan ahli perniagaan Malaysia. Mengulas lanjut, Azhar menjelaskan terdapat kekangan peraturan untuk membincangkan isu itu kerana pendedahan Kertas Pandora itu adalah daripada laporan media berdasarkan kebocoran maklumat daripada berapa agensi.

“Dalam Peraturan 23 (1) (i) menjelaskan bahawa; sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan berkenaan dengan betul atau tidaknya penerangan-penerangan dalam surat khabar atau penerangan-penerangan yang dikeluarkan oleh seseorang bagi dirinya sendiri atau penerangan badan-badan kewangan. Dan jika saya baca peraturan ini bersekali dengan 18 (7) (c), itu pun satu kekangan peraturan… saya akui perkara (usul) ini penting… saya syor Yang Berhormat ambil prosedur lain dalam perkara ini. Jadi saya rasa cadangan (rujuk jawatankuasa pemilihan khas) itu lebih efektif daripada kita kena ketepikan Aturan Urusan Mesyuarat membincangkannya” katanya.

Peraturan 18 (7) (c) menyatakan apa-apa usul melanggar mana-mana syarat dalam Peraturan-peraturan Mesyuarat.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/...t-tolak-usul-bahas-pendedahan-kertas-pandora/​
 
Di larang bukak aib vvip
Nanti ramai plak pemintak sedekah dtg

Skolah tahfiz byk nak pakai duit tu 😂

apa maksud aib? .. orang x bersalah kalau saya buka memang buka aib .. kalau dah bersalah, x salah buka aib ..;

"Wahai fulan semalam aku telah melakukan ini dan itu, pada hal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah" - (Bukhori : 5608).

ingat ko je tau Quran, quran dengan kitab, deva sama je .. suruh buat baik, bukak aib x salah kepada orang bersalah ..

faham?
 
1633585878533.png


Anwar rayu parlimen bahas pendedahan Kertas Pandora

Diterbitkan: Oct 7, 2021 12:44 PM

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah mengemukakan rayuan agar parlimen membahaskan pendedahan Kertas Pandora selepas usul sebelum ini ditolak oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

"Susulan penolakan usul terkait Pandora Papers semalam, hari ini saya telah mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

"Saya berpendapat bahawa perbahasan mengenai pendedahan Pandora Papers perlu disegerakan.





"Saya berharap rayuan usul ini dapat diteliti dan dipertimbang dengan sesegera mungkin," katanya dalam posting Facebook sebentar tadi.



417dbdf8ca6ae026da06b26f6de66313.jpg



Sebelum ini, Anwar yang juga ahli parlimen Port Dickson pada 4 Okt memberitahu dia mengusulkan supaya Dewan Rakyat membahaskan pendedahan Kertas Pandora, yang membabitkan fail kewangan sulit.

Usul itu telah dibuat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Namun, Speakernya Azhar Azizan Harun semalam menolak usul bagi segera membahaskan pendedahan Kertas Pandora.

Sebaliknya, dia berkata, perkara itu harus diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Ekonomi), ataupun Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Kertas Pandora yang diperoleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) mendedahkan rahsia kewangan 35 pemimpin dunia, lebih 330 ahli politik dan pegawai awam di 91 negara dan wilayah.

Antara yang disenaraikan adalah bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan Ahli Parlimen Selayang William Leong.


 
Back
Top
Log in Register