BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Berkaitan TnG & DuitNow

mmg akan ada loophole sistem2 mcm ni...mostly kalau hp kita byk apps yg 3rd party / bukan official play protect...mcm kawan...kawan tak link kan debit/kredit kad ke e wallet...kalau nak tambah nilai...kawan top up one time je...
 
Rugi RM600,000 Angkara Penipuan e-Dompet Di Kedah

16.03.2020 - Alor Setar, Ditawarkan wang segera RM100 hingga RM300 sekiranya memberikan kad pengenalan untuk membuka akaun e-dompet dan ia merupakan antara taktik baharu sindiket penipuan (scammer) yang berjaya dikesan di Kedah, sejak Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kedah, Superintendan Elias Omar berkata ejen yang dilantik scammer akan mencari mangsa dalam kalangan berpendapatan rendah atau penagih dadah sebelum meminta kad pengenalan bagi membantu mendaftarkan akaun e-dompet.

“Terlebih dahulu, mangsa akan dijanjikan wang tunai RM100 hingga RM300 dengan segera sekiranya pemohonan pendaftaran e-dompet mereka berjaya dan itu membuatkan mangsa memberikan kad pengenalan mereka tanpa berfikir panjang.

“Ejen berkenaan akan mengisi borang pemohonan dengan menggunakan nama dan nombor kad pengenalan mangsa manakala nombor telefon dan alamat pula akan diisi dengan maklumat scammer. Ini bagi memudahkan scammer untuk mendapat nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) milik mangsa sebelum wang dalam akaun bank mangsa diambil,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata scammer kemudiannya akan menghubungi mangsa lain dan menyamar sebagai polis atau pihak mahkamah sebelum mengarahkan mangsa terbabit untuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun e-dompet yang dibuka menggunakan kad pengenalan yang diperolehi daripada mangsa sebelum itu.

“Scammer akan menghubungi mangsa dan maklumkan bahawa mereka terlibat dalam kes dadah dan bagi mengelak aset mereka dibekukan, mangsa perlu memindahkan kesemua wang mereka ke dalam akaun e-dompet yang diberikan. Scammer menggunakan kaedah e-dompet kerana ia sukar untuk dikesan oleh pihak polis.

“Sejak 1 Januari hingga 29 Februari lalu, sebanyak 25 kertas siasatan yang membabitkan kes ini dibuka dengan melibatkan kerugian berjumlah RM600,000,” katanya.

Katanya, sehingga kini seramai 50 individu memberikan kad pengenalan mereka untuk pendaftaran akaun e-dompet namun mereka tidak menyedari bahawa kad pengenalan dan maklumat peribadi mereka telah disalahgunakan pihak scammer yang ingin mengaut keuntungan.

Sementara itu, Elias berkata bertindak atas maklumat, pihaknya telah berjaya menahan dua lelaki yang berumur 23 tahun yang sedang menjalankan aktiviti mendapatkan kad pengenalan orang awam pada awal bulan ini di daerah Kuala Muda.

“Salah seorang daripada mereka merupakan ejen yang dilantik oleh scammer dan bagi setiap satu kad pengenalan yang berjaya diperolehi, ejen akan mendapat RM50. Kita turut merampas enam telefon bimbit, 13 kad sim dan enam kad mesin wang automatik (ATM),” katanya.

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan seorang lagi individu berumur 34 tahun yang dipercayai boleh membantu kes penipuan tersebut.

PDRM-2-960x480-1.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/03/rugi-rm600000-angkara-penipuan-e-dompet-di-kedah/
 
Manfaatkan Aplikasi Dalam Talian Untuk Beli Barang

15.04.2020 - Shah Alam, Rakyat perlu bijak memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan beralih kepada pembelian barangan menerusi aplikasi dalam talian bagi mengelak ancaman Covid-19.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata terdapat banyak aplikasi secara maya yang boleh dipilih pengguna untuk mendapatkan keperluan mereka.

“Dalam usaha kita untuk memerangi Covid-19, kita harus bijak mencegah penularan virus. Ada banyak pilihan platform dalam talian yang menjual keperluan harian,” tulisnya di Twitter.

Beliau turut menyarankan masyarakat supaya membuat pembayaran secara digital sekiranya membeli barangan di kedai.

“Jika anda ke kedai, anda digalakkan mengunakan kad tanpa sentuh dan e-dompet,” tulisnya.

PSX_20200116_102502-960x640.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/04/manfaatkan-aplikasi-dalam-talian-untuk-beli-barang-mb/
 
Grab Tangguhkan Sementara Perkhidmatan Pascabayar "PayLater"

Grab sebelum ini telah hadir dengan ciri PayLater, yang mana membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan terlebih dahulu dan membuat pembayaran pada penghujung bulan, lebih kurang seumpama penggunaan bil telekomunikasi pascabayar.

Apa pun, selepas membuat ujian rintis untuk perkhidmatan PayLater berkenaan, hari ini Grab telah mula menghantar notifikasi, mengatakan mereka akan menangguhkan sementara perkhidmatan berkenaan.

Grab mengatakan ciri ini akan boleh digunakan sehingga 30 April 2020 kelak, dan selepas itu tidak lagi boleh digunakan. Pengguna yang menggunakan Grab PayLater ini akan menerima bil mereka bermula 1 Mei 2020 kelak, dengan tarikh akhir bayaran pada 7 Mei 2020.

Buat masa ini, Grab mengatakan mereka lebih memfokuskan sumber terhadap beberapa ciri lain, termasuk berkaitan penghantaran dan juga ciri GrabMart.

Melalui perkongsian lanjut pihak Grab, mereka turut mengatakan ciri PayLater akan kembali pada masa akan datang dengan penambah-baikkan, termasuk rakan kerjasama baru.

Screenshot-1068.jpg


Screenshot-1069.jpg
 
Tiada Lagi Pengeluaran Wang Dari Boost Ke Akaun Bank Bermula 18 Mei 2020

Boost merupakan salah satu perkhidmatan dompet digital yang popular, yang turut mempopularkan penggunaan nirtunai di Malaysia. Terbaru, pihak Boost telah mengumumkan yang mana mereka akan melakukan naik-taraf kepada perkhidmatan dompet digital mereka.

Melalui naik-taraf baru ini, Boost akan menawarkan saiz dompet digital yang lebih besar, membolehkan simpanan sehingga RM1000 untuk dompet Boost Basic, dan sehingga RM4999 untuk Boost Premium. Dompet baru juga turut akan menawarkan sokongan pemindahan wang antara pengguna Boost dengan mudah.

Namun, salah satu ciri yang akan dibuang adalah sokongan pengeluaran wang dari Boost ke akaun bank.

Melalui notifikasi yang diberikan pada aplikasi, Boost mengatakan langkah ini dalam menambah-baik lagi keselamatan, dan mengelakkan duit keluar ke akaun bank yang tidak dikenal-pasti. Simpanan wang ini juga akan mengalakkan lagi transaksi dan penggunaan dalam ekosistem Boost ini sendiri.

boost-wallet-baru-950x394.jpg


Sumber asal https://www.myboost.com.my/terms-condition/wallet-type-wallet-limit-and-functionality/
 
Apo ni tuan usik2 soalan saya. Heh

Saya dah/sedang pakai Boost. Bila emel mereka tanya is Boost syariah compliance, mereka tanya balik what do I mean. 🤦‍♂️
Haritu ada came across thread yg ada concern pasal adakah e-wallet patuh syariah. Rasanya pihak yg berkenaan kena keluarkan senarai mana yg patuh mana yg tak
 
Rakyat Malaysia Derma Lebih RM1J Ketika PKP Melalui Boost

16.06.2020 - Kuala Lumpur, Tabung COVID-19 by Boost' telah menerima derma sebanyak RM694,843.13 bagi membantu petugas barisan hadapan dalam gerak gempur menentang pandemik COVID-19 dan meringankan beban golongan yang memerlukan melalui inisiatif #BoostGotYou e-dompet Boost.

Ketua pegawai eksekutif Boost Mohd Khairil Abdullah berkata saluran dana yang utama diberikan kepada Tabung COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

‘Tabung COVID-19 by Boost’ adalah yang pertama daripada lima inisiatif di bawah kempen #BoostGotYou yang bertujuan menyediakan suasana selamat dan selesa untuk pengguna ketika berdiam di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dana yang dikumpul oleh 'Tabung COVID-19 by Boost' membantu KKM dan NADMA membeli ubat, kelengkapan dan keperluan kesihatan dalam memerangi virus berbahaya ini. Kami teruja diberi peluang menggunakan platform untuk berkhidmat kepada masyarakat di saat genting ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Selain daripada itu, Mohd Khairil berkata sepanjang bulan Ramadan, Boost turut berjaya mengumpul sebanyak RM479,000 untuk badan-badan amal melalui kempen 30 Hari 30 Amalan.

Kempen Ramadan itu adalah seiring dengan inisiatif #DoGoodWithBoost dan sumbangan pada tahun ini meningkat sebanyak empat kali ganda berbanding jumlah yang dikumpul pada Ramadan tahun lalu.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1851619
 
Malaysia Dahului Penggunaan Dompet Mudah-Alih Di Asia Tenggara

24.06.2020 - Shah Alam, Malaysia mendahului dalam penggunaan dompet mudah alih/digital di Asia Tenggara, diikuti Filipina (36 peratus), Thailand (27 peratus) dan Singapura (26 peratus), menurut Kajian Impak Mastercard 2020.

Keputusan Edisi Pasaran Malaysia menunjukkan sebanyak 40 peratus daripada pengguna di Malaysia dilaporkan menggunakan lebih banyak dompet mudah alih/digital, diikuti kad debit tanpa sentuhan (26 peratus) dan kad kredit tanpa sentuhan (22 peratus).

Oleh itu, penggunaan tunai merosot 64 peratus sejak awal pandemik Covid-19.

Perubahan dalam cara pembelian menunjukkan peralihan di seluruh rantau dengan pasaran lain seperti Singapura, Filipina dan Thailand turut mengurangkan penggunaan tunai, masing-masing sebanyak 67 peratus, 64 peratus dan 59 peratus serta menyaksikan peningkatan yang sama dalam penggunaan semua kaedah pembayaran tanpa sentuhan.

Kajian turut menyaksikan penggunaan pembayaran digital di Malaysia turut lebih tinggi berbanding pasaran lain di Asia Tenggara.

Pada April, pengguna melakukan lebih banyak pembayaran tanpa tunai termasuk pembayaran mudah alih dan QR sebanyak 18 peratus, berbanding 16 peratus di Filipina, 15 peratus di Singapura dan 15 peratus di Thailand.

Selain itu, negara turut menyaksikan peningkatan dalam aktiviti digital terutamanya membeli-belah dalam talian dan penggunaan pembayaran digital, yang juga lebih tinggi berbanding pasaran lain di Asia Tenggara.

Hampir separuh daripada pengguna yang dikaji di Malaysia melaporkan peningkatan membeli-belah dalam talian dalam tempoh sama.

Rakyat Malaysia banyak meluangkan masa dalam melayari Internet untuk berita dan hiburan (75 peratus), diikuti penstriman video dalam talian (57 peratus), rangkaian sosial (55 peratus) dan penghantaran makanan atau barangan runcit ke rumah (50 peratus).

Selain itu, sebanyak 64 peratus daripada rakyat Malaysia berkata mereka akan membeli-belah dalam talian dalam kekerapan yang sama seperti sekarang atau sebelum pandemik walaupun sekatan telah ditarik balik.

Pada masa sama, pengguna menjangka untuk meneruskan penghantaran ke rumah (54 peratus) dan bekerja dari rumah (45 peratus), menurut kajian itu.

Di Malaysia, 97 peratus daripada responden berasa positif atau neutral mengenai bagaimana kerajaan dan bank telah membantu mereka menghadapi krisis ini.

Sementara itu, Presiden Bahagian Mastercard Pasaran Pesat Membangun Asia Tenggara Safdar Khan berkata syarikat komited untuk menggunakan kuasa data untuk membolehkan perniagaan dalam semua saiz menyesuaikan dengan keperluan, pilihan dan tata laku pengguna yang berubah melalui e-dagang, had pembayaran tanpa sentuhan yang meningkat dan menerajui peralihan kepada tanpa sentuhan di rantau ini.

Data diperoleh daripada 10,000 pengguna dan/atau profesional perniagaan dalam 10 pasaran di rantau Asia Pasifik.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/06/malaysia-dahului-penggunaan-dompet-mudah-alih-di-asia-tenggara/
 
Back
Top
Log in Register