BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Berkaitan TnG & DuitNow

aku baru kena minggu lepas. berkicap 3 minit kat tol mex putrajaya tuu

tap2 takde apa2 feedback.. lama sket baru ada.. dah la aku tekan help button tu xde orang angkat.. panic lagi.. aku syak time tu mungkin diorang ada masalah linking dengan server paydirect ni..

tapi aku recommend la pakai.. untuk 10 transaksi pertama akan dapat rebat 20%. up to 50 transaction kalau refer kawan2.. tol mex putrajaya ni bagi 60 kali traksaksi berdiskaun.. tadi aku topup celcom rm10 dapat rebat rm1.80.. ini dah bagus!! betul2 holiaooo!!
 
tadi dpt juga rebet RM1.90 sbg hadiah raya..
 
Perang antara penyedia perkhidmatan dompet digital boleh dikatakan agak menguntungkan pengguna – terutamanya melalui penawaran pulangan wang kembali ke akaun dompet digital masing-masing. Terbaru, dompet digital Touch ’n Go hadir dengan promosi eksklusif bersama pihak Shell.

Melaluinya, pengguna yang berbelanja RM40 menggunakan dompet digital TNG di Shell akan menerima pulangan wang kembali sebanyak RM5. Ini boleh dikatakan agak menguntungkan bagi anda yang membuat isian minyak di Shell, dan lebih berjimat apabila membuat pembayaran menggunakan dompet digital TNG.

Promosi ini ditawarkan sehingga 9 Februari 2020 kelak, dan terhad kepada dua pulangan wang kembali untuk setiap pengguna bagi setiap bulan.

Bagi anda yang menggunakan dompet digital TNG, boleh menyemak info lanjut berkenaan dengan promosi ini melalui aplikasi nirtunai berkenaan hari ini.

Screenshot-313.jpg


Sumber asal https://www.tngdigital.com.my/shell-rm5-cashback
 
Hey there! Let’s save money on tolls. Use my Referral Code and register for the Touch 'n Go eWallet to get 100% Toll Rebates. You get 3x rebates right away, and I’ll get some too!

Download
 
Banyak juga promo TNG EWallet nie

Yang shell tu 2x/ bulan smp februari kot xsilap... dapat la rebat rm30
 
nampak lagi untung.. aku pakai setel.. beli kredit RM100 kat shopee ada diskaun 5% tapi limit sekali jer untuk satu akaun..
sebagai pengguna mana² yang menguntungkan kita, ambik peluang guna jer utk penjimatan poket kita..
hehehe
 
Pada tahun 2018, kecoh mengenai DuitNow apabila pengguna CIMB Bank menerima SMS berkenaan terima atau tidak perkhidmatan DuitNow. Namun, tahukah anda apa itu DuitNow? DuitNow merupakan salah satu perkhidmatan yang dikendalikan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), iaitu sebuah syarikat yang menguruskan perkhidmatan seperti JomPAY, Interbank GIRO (IBG), MyDebit, FPX dan sebagainya.


Dengan DuitNow, ia membolehkan anda membayar atau menerima wang dengan mudah, serta merta dan selamat melalui aplikasi Perbankan Internet dengan hanya menggunakan nombor telefon bimbit penerima, nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran perniagaan. Jadi, melalui DuitNow anda tidak perlu lagi meminta nombor akaun bank penerima untuk pemindahan wang.


Rangkaian Pembayaran Utama Di Malaysia

Syarikat yang mengendalikan DuitNow iaitu PayNet, merupakan rangkaian pembayaran utama di Malaysia dan infrastruktur pusat bagi pasaran kewangan. Bank Negara Malaysia adalah pemegang saham tunggal terbesar DuitNow dan 11 bank di Malaysia iaitu Malayan Banking Berhad, RHB Bank Berhad, Public Bank Berhad, CIMB Bank Berhad, AmBank (M) Berhad, Hong Leong Bank Berhad, Affin Bank Berhad, Alliance Bank Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad merupakan pemegang saham bersama.Selain itu, ia memproses lebih daripada 2 bilion urus niaga dalam tempoh setahun. Ia juga menjelaskan dan menyelesaikan RM54.8 trilion setahun (>41x KDNK) serta mempunyai deposit simpanan berjumlah RM1.3 trilion.


Penyelesaian Lambakan e-Dompet

Pada ketika ini, jika anda pergi ke restoran atau perniagaan yang menawarkan pembayaran hanya melalui satu e-Dompet, anda pasti tidak dapat melakukan pembayaran dengan menggunakan e-Dompet yang lain kerana perniagaan tersebut hanya menyokong satu jenis pembayaran. Sebagai penyelesaian kepada lambakan e-Dompet, PayNet dengan kerjasama MOF Inc’s Cyberview Sdn Bhd, telah menambah satu lagi inisiatif pembayaran tanpa tunai iaitu DuitNow QR. DuitNow QR membenarkan anda membuat Interoperable Credit Transfer Framework (ICTF) iaitu pembayaran antara bank ke bank atau e-Dompet yang terlibat dalam program ini. Baru sahaja berlangsung pada hari ini pelancaran Cashless Ecosystem for Cyberjaya with Malaysia National QR yang dirasmikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng. Melalui pelancaran ini, Cyberjaya bakal menjadi bandar pertama di Malaysia yang mengimplimentasikan kaedah bayaran tanpa tunai menerusi DuitNow QR. Dua lokasi awal adalah Tamarind Square dan Dpulze.


Satu QRCode Untuk Semua Pembayaran Tanpa Tunai

Setiap perniagaan yang menerima e-Dompet mempunyai kod QR yang pelbagai. Namun, dengan DuitNow QR, semua akan disatukan di bawah kod QR yang sama. Melalui DuitNow QR, pengguna boleh membuat pembayaran dari mana-mana aplikasi Perbankan atau e-Dompet yang terlibat. Peniaga hanya perlu memaparkan satu kod QR, DuitNow QR, untuk menerima bayaran. Pada masa ini, sembilan bank telah menawarkan DuitNow QR dalam aplikasi perbankan mudah alih, manakala 23 bank dan empat e-Dompet utama dijangka akan melaksanakan DuitNow QR dalam tempoh enam bulan akan datang.


Lebih Banyak Platform Pembayaran Tanpa Tunai

Platform pembayaran tanpa tunai ini mempunyai dua fasa di mana fasa pertama melibatkan pemindahan kredit dan pembayaran melalui QR. Bagi fasa kedua, PayNet akan membangunkan lebih banyak platform seperti request-to-pay, consent, real-time debit dan Cross Border Interoperability yang membolehkan anda membayar dan menerima wang melalui nombor telefon merentasi sempadan. Ini bermakna, hanya melalui nombor telefon, anda dapat menerima wang walaupun berada di luar negara seperti Thailand, Indonesia dan sebagainya.

Rujukan lanjut https://www.duitnow.my/
 
Last edited:
Touch ’n Go eWallet Akan Menyokong DuitNow QR Menjelang Julai 2020

Sejak tahun lepas, kita telah mula melihat satu demi satu penyedia perkhidmatan dompet digital menyokong DuitNow QR. Hari ini, pihak Touch ’n Go eWallet turut mengumumkan perkara sama, dan mengatakan akan menyokongnya menjelang Julai 2020 kelak.

DuitNow QR merupakan salah satu set piawaian QR yang disokong oleh PayNet – membolehkan pelbagai dompet digital menggunakan kod QR yang sama untuk transaksi. Ini sekaligus memudahkan lagi proses, selain tidak memerlukan peniaga untuk mempunyai paparan pelbagai variasi kod QR berbeza di kedai-kedai mereka.

Disamping itu, penggunaan DuitNow QR juga memudahkan peniaga memandangkan ia boleh dihubungkan terus ke akaun bank – dan tidak perlu menggunakan sistem khas penyedia dompet digital berkenaan sendiri.

Dengan implementasi DuitNow QR pada dompet digital Touch ’n Go, ia akan memudahkan lagi proses pembayaran dan penerimaan pembayaran. Selain Touch ’n Go eWallet, pelbagai bank dan penyedia dompet digital turut dijangka akan mengimplementasikan integrasi DuitNow QR dalam tempoh 9 bulan akan datang.

Touch-%E2%80%98n-Go-eWallet-Joins-the-DuitNow-Eco-System-and-Adopts-the-DuitNow-QR-Code-Standard-817x404_c.jpg
 
Last edited:
TnG eWallet Aktifkan Standard DuitNow QR, Pindah Wang Ke Bank, eWallet Lain

Touch n Go telah mengumumkan kemudahan eWallet yang pengguna boleh sambungkan ke RFID atau kad TnG untuk pembayaran tol, bakal mengaktifkan fungsi DuitNOw QR iaitu QR Standard Kebangsaan Malaysia dan menyertai ekosistem DuitNow yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (PayNet). DuitNow QR ditubuhkan di bawah Rangka Kerja Pindahan Kredit Saling Boleh Kendali (ICTF) Bank Negara Malaysia (BNM).

ICTF memberi mandat kepada PayNet, sebagai penyedia perkongsian infrastruktur pembayaran negara untuk menjalankan QR standard saling boleh kendali dan umum untuk Malaysia. Setakat ini, sebanyak 40 bank di Malaysia menjadi sebahagian daripada ekosistem DuitNow, di mana sembilan daripadanya telah menawarkan QR DuitNow dalam aplikasi perbankan mudah alih mereka.

Ini bermakna pengguna TnG eWallet akan dibenarkan membuat perpindahan wang ke akaun bank dan eWallet yang lain. Malah difahamkan sebanyak 38 bank, eWallet dan entiti bukan bank juga dijangka akan memulakan pelaksanaan QR DuitNow dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang, laporan Berita Harian.

Bagi TnG eWallat, DuitNow bakal dilaksanakan pada Julai ini, dan rancangannya adalah untuk membolehkan perpindahan wang ke semua peniaga menerusi kod DuitNow QR. Apabila ia telah dilaksanakan, peniaga hanya perlu memaparkan satu kod QR untuk penerimaan pembayaran daripada lebih 22 juta akaun bank dan eWallet. Pada masa ini, TnG eWallet mempunyai sembilan juta pengguna dan 135,000 peniaga.

Menurut DuitNow, antara pihak yang bakal menyokong standard QR ini termasuklah GrabPay, BigPay, FavePay dan ShopeePay.

TnG-eWallet-2-BM-630x421.jpg


Sumber asal https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2020/02/654415/touch-n-go-ewallet-guna-kod-qr-duitnow
 
Kad pengenalan dilancarkan sebagai kad touch n go.
Bila ic akan jadi e-wallet ?
 
Back
Top
Log in Register