BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Berkaitan TnG & DuitNow

Ini dalam perancangan, tapi lambat lagi sebab dia punya kira-kira, business rules, fare reconciliation tu complicated sebab dia jenis closed toll. Maksudnya ada entry dan exit.

Untuk sekarang, PayDirect dengan RFID hanya untuk open toll, toll yang sekali lalu terus kena cas.

TQ for the info. :)cgrock

Baru perasan rupanya semua tol yg support PayDirect ni semua jenis open toll.

Memang susah eh nak buat kira2 tu? harap2 cepat la sikit buat kat closed toll ni. Malas betul nak pegi topup kat kaunter.

Senang pakai T&G e-wallet ni. macam2 bil boleh bayar
 
maksudnya...topup ewallet dulu
lepas tu gi mana2 tol...touch kat situ..auto terus masuk kredit ek?
kiranya takyah pi jumpa staf tol la ye?

Nie rasanya mungkin salah faham. Duit dari E-Wallet tak boleh transfer ke kad. Kalau nak reload kad, masih guna cara lama.

Kalau reload kat E-Wallet, duit akan ada dalam app je, takkan masuk dalam kad. Untuk tol, akan tolak dari app atau dari kad.
 
maksudnya...topup ewallet dulu
lepas tu gi mana2 tol...touch kat situ..auto terus masuk kredit ek?
kiranya takyah pi jumpa staf tol la ye?


betul, boleh juga add kredit/debit kad untuk senang auto reload kalau duit kurang, xpayah singgah kedai topup atau pejabat touchngo :)

kesimpulan;
- kalau kad kurang duit, dia amik dari e-wallet
- kalau e-wallet kurang, tetap guit dari kad akan diambil
- kalau dua2 kurang, sangkut la ..
 
TQ for the info. :)cgrock

Baru perasan rupanya semua tol yg support PayDirect ni semua jenis open toll.

Memang susah eh nak buat kira2 tu? harap2 cepat la sikit buat kat closed toll ni. Malas betul nak pegi topup kat kaunter.

Senang pakai T&G e-wallet ni. macam2 bil boleh bayar

Kira-kira tu tak susah sangat. Cuma part commission, business rules tu yang leceh. Macam contoh LPT2, ada dua syarikat yang jaga, so commission kena auto calculate bagi dua, antar ke dua finance system.

Toll simpan wallet balance daripada previous transaction. Calculation untuk tolak duit dibuat kat backend, bukan on the spot. Kalau open toll, duit tak cukup, boleh pending payment sekali. Next one dah takleh lalu. Nak rugi pun, syarikat rugi berapa ringgit je kalau pengguna tak bayar.

Kalau close toll pula, macam mana nak solve issue macam yang atas tu? Toll PLUS pula mahal-mahal. KL-Penang dah berapa. Itu salah satu contoh. Ada lagi isu-isu lain yang pihak tol, pihak TNG, pihak MOT kena duduk bincang.
 
maksudnya...topup ewallet dulu
lepas tu gi mana2 tol...touch kat situ..auto terus masuk kredit ek?
kiranya takyah pi jumpa staf tol la ye?

bile bayar, duit dlm kad akan tolak dahulu..
dah abis, baru guna ewallet..jadi, mcm kad tu dah direload oleh ewallet..tapi utk kad tu sendiri, mmg xde duit..jadi, lebuhraya yg x terlibat, mmg xleh guna kad tu sendiri walau ade kredit dlm ewallet..
 
Benda bagus pasal app nie kalau betul-betul dikembangkan, boleh digunakan untuk transit. Naik LRT/MRT/bus guna app je.

Dulu ada TNG testing guna QR code dari app untuk LRT, tapi lepas tukar kerajaan nie, benda tu terus scrap. Sebab kos kepada Prasarana untuk sediakan QR code reader kat gate.
 
bile bayar, duit dlm kad akan tolak dahulu..
dah abis, baru guna ewallet..jadi, mcm kad tu dah direload oleh ewallet..tapi utk kad tu sendiri, mmg xde duit..jadi, lebuhraya yg x terlibat, mmg xleh guna kad tu sendiri walau ade kredit dlm ewallet..

Salah tu tuan. Kalau app dan kad cukup duit, dia guna duit dari app dulu. 1st priority dari app. Kalau duit dalam app tak cukup, baru guna kad.
 
Salah tu tuan. Kalau app dan kad cukup duit, dia guna duit dari app dulu. 1st priority dari app. Kalau duit dalam app tak cukup, baru guna kad.

Btol, kalau kad TNG kita dah add dlm ewallet apps;

1st tolak ewallet,
2nd tolak kad (kalau ewallet baki tak cukup)
 
Back
Top
Log in Register