BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Berkaitan TnG & DuitNow

Sistem RFID Di Plaza Tol Di Utara Bermula Rabu Ini

20.07.2020 - Kuala Lumpur, Pengguna kenderaan persendirian di sekitar Kedah serta Pulau Pinang antara Hutan Kampung hingga Sungai Dua berpeluang menikmati sistem laluan khas teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di sembilan plaza tol masuk dan keluar bermula Rabu ini (22 Julai).

Pengarah Urusan Plus Datuk Azman Ismail berkata pengguna yang melanggan RFID akan dapat menikmati perjalanan lebih lancar menerusi lorong khas RFID di Plaza Tol Sungai Dua, Bertam, Sungai Petani Selatan, Sungai Petani Utara, Surun, Pendang, Alor Setar Selatan, Alor Setar Utara dan Hutan Kampung.

“Kami optimis dengan penerimaan baik daripada pengguna di Pulau Pinang, pelanggan kami di Kedah akan turut berminat untuk mendaftar bagi mendapatkan RFID terutamanya apabila Touch ‘n Go Sdn Bhd (Touch ‘n Go) bersetuju memberikan 1,500 tag RFID secara percuma sepanjang tempoh promosi.

“Bagi membolehkan ini dilaksanakan, beberapa pusat pemasangan RFID di utara turut ditambah,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata Plus menawarkan tag RFID percuma (selagi stok masih ada) di pusat pemasangan RFID yang terpilih di Pulau Pinang dan Kedah sahaja serentak dengan kempen #JomRFID bersempena pelaksanaan ujian awam RFID di laluan Hutan Kampung-Sungai Dua.

“Kami menerima sambutan amat menggalakkan daripada pengguna baharu RFID di wilayah utara sepanjang hujung minggu lalu. Saya sangat teruja kerana dengan kerjasama daripada Touch ‘n Go, ia akan membawa kepada pengalaman pembayaran tol lebih pantas, lebih selamat dan akan mengurangkan kesesakan di lorong tol kepada pelanggan kami,” katanya.

Bagi mendapatkan tag RFID percuma, pelanggan perlu mendaftarkan diri sebagai ahli PLUSMiles dan melayari https://jomrfid.plusmiles.com.my untuk menerima kod baucar pemasangan percuma (stok adalah terhad).

Bagaimanapun, sekiranya tag RFID percuma sebanyak 1,500 telah habis, 15,000 pelanggan akan menerima 500 mata ganjaran PLUSMiles apabila mendapatkan tag RFID dengan harga RM35 setiap unit di pusat pemasangan RFID terpilih.

Pada 1 Jan lepas, RFID diperkenalkan di 10 plaza tol Sistem Terbuka (pembayaran tol berdasarkan jenis kenderaan dan dikenakan setiap kali kenderaan melalui plaza tol) iaitu di Plaza Tol Jitra, Lunas, Kubang Semang, Jambatan Pulau Pinang, Mambau, Lukut, Kempas, Perling, Lima Kedai dan Tanjung Kupang.

Sementara itu, Azman berkata perancangan Plus untuk memperkenalkan sistem itu di 84 plaza tol Sistem Tertutup (kadar tol berdasarkan jarak perjalanan serta jenis kenderaan dan pembayaran tol hanya dibuat di plaza tol keluar dari lebuh raya) bermula 1 April lalu, terpaksa ditunda ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung pandemik Covid-19.

Namun, beliau berkata sejak fasa PKP Pemulihan, Plus mula mengadakan pelbagai persediaan untuk melaksanakan RFID.

Plus dan Touch ‘n Go juga akan menambah jumlah pusat pemasangan RFID sementara di sepanjang lebuh raya PLUS terutamanya di R&R Gurun (kedua-dua arah) serta di lain-lain lokasi utama tidak lama lagi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/535271
 
Maybank Kini Mengintegrasikan DuitNow QR – Memudahkan Terima Bayaran Dengan Imbas Kod QR Dari Pelbagai Bank

Maybank kini dilihat telah mengemaskini aplikasi Maybank untuk Android dan iOS, sekaligus menawarkan integrasi DuitNow QR pada aplikasi perbankan mereka.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat imbasan kod DuitNow QR untuk pembayaran, selain turut menawarkan kemudahan untuk pengguna untuk menerima bayaran melalui imbasan kod QR.

Langkah ini juga sekaligus memudahkan pengguna menerima bayaran daripada rakan-rakan dengan mudah tanpa mengira bank penghantar. Tiada sebarang caj tambahan dikenakan untuk tujuan penghantaran berkenaan.

Selain bank, beberapa penyedia dompet digital turut dijangka mengintegrasikan sokongan DuitNow QR ini pada perkhidmatan mereka.

Screenshot-2524.jpg
 
Cara Pindahkan Kredit e-Dompet TnG Ke Dalam Akaun ShopeePay

Dah tuntut e-Dompet RM50 anda? Masih ada baki yang belum dibelanjakan? Apa kata anda pindahkan e-Dompet RM50 itu ke dalam akaun ShopeePay anda bagi memudahkan proses pembelian barangan di Shopee. Di sini dikongsikan cara memindahkan amaun e-Dompet dari aplikasi Touch N Go ke dalam akaun ShopeePay.

1. Buka aplikasi Shopee. Dalam aplikasi Shopee, tap pada ikon Me kemudian tap pada pilihan ShopeePay

shopee-1-524x1024.jpg


2. Kemudian di dalam ShopeePay, pilih ikon Top Up.

shopee-2.jpg


3. Seterusnya dalam ShopeePay Top Up, pilih amaun Top Up di bahagian One-time Top Up yang anda mahukan (sebagai contoh di sini adalah RM20).

shopee-3.jpg


4. Kemudian, tetapkan tetapan Payment sebagai Cash Payment at 7-Eleven (Kena pilih tetapan tersebut).

shopee-4.jpg


Tap pada butang CONFIRM.

5. Selepas pilihan amaun dan tetapan pembayaran ditetapkan, tap pada butang Pay Now.

shopee-5.jpg


6. Selepas tap pada Pay Now, anda akan menerima Transaction ID bagi membuat pembayaran di kedai 7-Eleven. Jadi anda perlu ke kedai 7-E yang terdekat dengan anda.

shopee-6.jpg


7. Seterusnya di 7-E, tunjukkan kod bar tersebut untuk diimbas bagi melengkapkan proses pembayaran. Kod pembayaran tersebut boleh semula diakses di bahagian ShopeePay dalam aplikasi Shopee anda.

shopee-7.jpg


8. Setelah kod bar diimbas, anda maklumkan pada staf kaunter 7-E itu untuk membuat pembayaran tersebut menerusi e-Dompet dari aplikasi Touch N GO.

Jadi, anda buka aplikasi Touch N GO di dalam peranti dan tap pada ikon Pay bagi melengkapkan proses pembayaran.

TNG-1.jpg


9. Kemudian, anda akan menerima Kod QR untuk diimbas oleh staf 7-E. Selepas diimbas, proses pembayaran dari e-Dompet TnG ke akaun ShopeePay anda pun berjaya dilakukan.

TNG-2.jpg


10. Bagi memastikan proses pembayaran berjaya dibuat, anda bolehlah semak semula akaun ShopeePay anda.

Shopee-8.jpg


Selamat mencuba ..
 
Aplikasi Flexi2pay Bantu Penggiat Ekonomi Gig Urus Aktiviti Kewangan

13.08.2020 - Kuala Lumpur, Individu yang bekerja sendiri, pekerja bebas dan ejen dalam ekonomi gig kini boleh mengurus dan memantau aktiviti kewangan mereka melalui aplikasi mudah alih flexi2pay.

Dalam kenyataan hari ini, flexi2pay berkata aplikasi itu dibangunkan untuk membantu penggiat gig menguruskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), cukai pendapatan dan pembayaran zakat mereka.

Aplikasi itu akan membantu penggiat ekonomi gig dengan memudahkan, mengautomasikan dan mengira simpanan persaraan KWSP, PERKESO dan pembayaran cukai pendapatan mereka.

“Ekonomi gig di Malaysia berkembang dengan pesat, terutamanya selepas penularan COVID-19, berikutan ramai yang kehilangan pekerjaan dan mula menjalankan perniagaan mereka sendiri dari rumah atau mengambil pekerjaan bebas untuk menyokong diri mereka sendiri,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif flexi2pay, Victor Phang.

Aplikasi itu boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store serta boleh didapati dalam versi percuma dan berbayar untuk memenuhi pelbagai keperluan individu yang bekerja sendiri.

Maklumat lanjut, boleh layari: https://www.flexi2pay.com.

Screenshot-2527.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1870077
 
Guna ShopeePay Pada 27 Ogos, Ini Yang Bakal Anda Nikmati

Tarikh 9.9 pastinya dinanti-nantikan semua pembeli kerana pelbagai tawaran serta promosi menarik ditawarkan secara atas talian. Memasuki tahun kelima, Shopee kini sedang menjalankan acara jualan tahunan ini yang telah bermula sejak 21 Ogos lalu dan tamat pada 9 September 2020.

Menerusi 9.9 Super Shopping Day yang dilangsungkan oleh Shopee, pembeli bakal menikmati tawaran seperti penghantaran percuma bagi belian serendah RM9, barangan berharga RM9 melalui Jualan Kilat Shocking Sale, serta baucar potongan harga 50%.

Tambahan lagi, pembeli juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai hingga RM99,000 melalui Shopee Games. Bagi memeriahkan lagi acara jualan ini, Shopee pada 27 Ogos ini akan mengadakan ShopeePay Day.

Pada hari berlangsungnya ShopeePay Day itu, pembeli yang membuat bayaran melalui ShopeePay akan menerima baucar tunai sebanyak RM10 dengan perbelanjaan minimum RM25 (untuk pengguna baharu sahaja).

Bagi pengguna ShopeePay sedia ada, mereka bakal menikmati baucar tunai RM5 dengan perbelanjaan minimum RM25. Tambahan pula, semua pengguna yang membayar menggunakan ShopeePay pada ShopeePay Day boleh mendapatkan penghantaran percuma untuk belian barangan serendah RM9. Bagi tawaran penghantaran percuma ini, ia berlangsung selama 1 jam bermula tepat jam 12 tengah malam, pada 27 Ogos.

Selain itu, anda juga boleh menebus baucar potongan 15% (dihadkan kepada RM1) untuk tambah nilai pra-bayar mudah alih dan bil jika bayaran dibuat melalui ShopeePay. ShopeePay merupakan dompet mudah alih dan ciri pembayaran Shopee yang membolehkan pengguna menyimpan wang dan membuat pembayaran menggunakan e-duit di Shopee dengan lancar, mudah, dan selamat. Melalui ShopeePay Day, ia bukan sahaja menggalakkan penggunaan dompet mudah alih berkenaan tetapi juga memudahkan anda dalam urusan pembayaran. Antara faedah yang boleh diperolehi pembeli sekiranya menggunakan ShopeePay adalah;


Tambah nilai e-dompet dengan lebih mudah
ShopeePay boleh ditambah nilai dengan pelbagai cara seperti melalui kad debit/kredit, pemindahan perbankan atas talian serta di kedai serbaneka 7-Eleven.

Kaedah pembayaran yang lebih selamat
ShopeePay mematuhi piawaian keselamatan yang tinggi dan privasi anda dilindungi proses pendaftaran automatik.

Pengalaman beli-belah tanpa gangguan dan lancar
ShopeePay turut menawarkan pembayaran secara luar talian atau offline di beribu lokasi rakan niaga Shopee.

Lebih jimat dengan promosi ShopeePay
Pengguna juga boleh mendapatkan lebih penjimatan dengan ShopeePay melalui promosi berterusan yang dijalankan secara atas talian (dalam aplikasi) dan luar talian (rakan niaga).

Ada lagi

Bermula sekarang hingga 31 Disember, pengguna yang menggunakan ShopeePay boleh menikmati pulangan tunai RM3 setiap hari dengan pembelian minimum RM15 dalam satu transaksi. Promosi ini boleh didapati bagi pembayaran di Mydin, Black Whale, The Alley, Old Town White Coffee, King’s Confectionery, Mama Kim dan banyak lagi.

ShopeePay-Day-visual-768x231.jpg


Sekiranya anda inginkan lebih banyak tawaran dan promosi menarik dari Shopee, klik pada pautan berikut (https://shopee.com.my/m/99).
 
Kini Anda Boleh Isi Minyak Di Stesen Petronas Melalui Aplikasi Boost

Ramai sedia maklum berkenaan aplikasi Setel yang memudahkan anda membuat isi minyak di stesen Petronas seluruh negara. Melaluinya, anda boleh melaksanakan isian secara nirsentuh terus melalui telefon pintar anda, dan memantau perbelanjaan minyak anda.

Kini selain menggunakan aplikasi Setel, anda turut boleh menggunakan kaedah alternatif untuk tujuan sama, iaitu melalui aplikasi Boost. Boost kini mengintegrasikan Setel terus padanya, dan memudahkan anda membuat dan menguruskan isian minyak di stesen Petronas.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu ke menu Transport, dan memilih Setel. Seterusnya, anda akan diperlihatkan lokasi berhampiran untuk mengisi minyak, dan boleh meneruskan pengisian dengan membuat pembelian melalui pembayaran Boost.

Menariknya, untuk sementara waktu, pihak Boost turut memberikan pulangan tunai 10% apabila membuat pengisian minima RM30 melalui aplikasi berkenaan.

Boost-Setel-950x950.jpg
 
Revenue Monster, GrabExpress Tingkatkan Penyelesaian Perkhidmatan Penghantaran Barangan

Sebuah syarikat penyedia penyelesaian tanpa tunai / pembayaran maya (virtual payment), Revenue Monster kini menjalinkan kerjasama dengan GrabExpress dalam usaha meningkatkan penyelesaian perkhidmatan penghantaran untuk ribuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Ia boleh dianggap satu langkah yang baik untuk beberapa perkara termasuk dalam membantu para PKS dan perusahaan mikro sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.

Melalui kerjasama ini, Revenue Monster kini menambah perkhidmatan GrabExpress ke dalam kedai atas talian mereka iaitu à la carte sebagai sebuah lagi penyelesaian penghantaran baharu untuk perkhidmatan tersebut. Jadinya, para peniaga kini boleh menggunakan perkhidmatan à la carte untuk menjual barangan secara atas talian. Kemudiannya, menggunakan kemudahan GrabExpress untuk penghantaran barangan yang cepat dan selamat. Buat masa ini, kemudahan GrabExpress pada perkhidmatan à la carte hanya ditawarkan di beberapa lokasi seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu sahaja.

Mengulas lanjut mengenai kerjasama ini, Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Monster, Amanda Chin berkata À la carte telah merevolusikan proses pendigitalan perniagaan dan ia boleh juga menyelaraskan proses pembayaran dengan 15 kaedah – termasuk semua e-Wallet utama serta kad debit dan kredit. Melalui kerjasama ini juga, ia secara tidak langsung membolehkan pihaknya untuk berhubung dengan lebih ramai pelanggan, selain bantu meningkatkan aliran pendapatan mereka.

Revenue-Monster-GrabExpress-2-950x535.jpg
 
Fave Intergrasi GrabPay, Mudahkan Membayar & Berjimat Pada Masa Yang Sama

Fave
merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan anda menemui pelbagai promosi di kedai-kedai makan dan peruncit terdekat. Melaluinya, Fave menawarkan pulangan wang tunai untuk pembelian, sekaligus membolehkan anda lebih berjimat disesuatu kedai.

FavePayMY_LifestyleShot-950x713.jpg

Terbaru, Fave turut telah mengintegrasikan sokongan pembayaran menggunakan GrabPay pada aplikasi mereka. Ini sekaligus memudahkan pengguna untuk melakukan pembayaran menggunakan kredit di akaun Grab, selain pada masa yang sama menjana GrabRewards untuk perbelanjaan menggunakannya.

Penambahan GrabPay ini adalah alternatif pembayaran yang disediakan oleh Fave, selain turut menawarkan penggunaan kad kredit atau debit, Boost, dan juga mata ganjaran AirAsia.

Melalui Fave, pengguna sedia boleh berjimat ketika berbelanja untuk makan, dan kini dengan integrasi GrabPay, pengguna turut boleh membayar dengan pantas, serta mengumpulkan mata ganjaran GrabRewards diluar aplikasi Grab, serta menikmati pulangan tunai Fave.

Muat-Turun Fave untuk Android
Muat-Turun Fave untuk iPhone
 
Tesco Mengaktifkan Pembayaran Nirtunai Di Semua Medan Seleranya

Tesco hari ini mengumumkan mereka telah mengaktifkan sokongan pembayaran secara nirtunai disemua medan selera di pasaraya mereka, sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk melakukan pembayaran, sementara pada masa yang sama membantu peniaga beralih ke arena digital.

Tesco pada hari ini mengendalikan sekitar 56 medan selera yang terletak di cawangan pasaraya mereka di seluruh negara. Dengan pengumuman ini, pengguna boleh menggunakan dompet digital kegemaran untuk melakukan pembayaran secara nirtunai di medan selera dibawah Tesco.

Tesco-Nirtunai-950x698.jpg

Tesco mengatakan pembayaran nirtunai menjadi pilihan ramai pengguna berusia bawah 35 tahun, dan Malaysia mempunyai kadar penembusan dompet digital sekitar 40% – tertinggi di Asia Tenggara. Pada hari ini, dompet digital yang disokong di Tesco adalah termasuk Boost, GrabPay, KiplePay, Touch n Go, MCash, AliPay dan juga Maybank QRPay.
 
Kini Anda Boleh Guna Touch ’n Go eWallet Di McDonalds, Termasuk Di Drive-Thru Dan McDelivery

Touch n Go eWallet dan McDonalds kini mengumumkan kerjasama, sekaligus membolehkan para pengguna dompet digital berkenaan menggunakan kaedah pembayaran nirtunai di lebih 300 buah cawangan restoran McDonald’s di Malaysia. Menariknya, selain pembelian dalam kedai, sokongan ini juga turut boleh digunakan ketika melakukan pembelian melalui Drive-Thru dan juga McDelivery.

Dengan langkah ini, ia memudahkan lagi pengguna melakukan pembayaran nirtunai, dan menikmati pelbagai ganjaran yang ditawarkan melalui dompet digital berkenaan. Selari dengan pengumuman ini juga, pengguna ditawarkan pulangan tunai RM5 apabila membuat pembelian minimum RM25 di McDonalds, dan membuat pemmbayaran menggunakan dompet digital Touch n Go eWallet. Promosi ini adalah antara 2 November 2020 sehingga 31 Disember 2020 kelak. Terhad kepada satu pulangan tunai, setiap pengguna.

McD-OTC-950x950.jpeg
 
Back
Top
Log in Register