BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Berkaitan TnG & DuitNow

ShopeePay Kini Boleh Di Gunakan Di Stesen Minyak Caltex - Tawar Pulangan Tunai RM4 Untuk Isian RM40

Kita sedia melihat beberapa stesen minyak bekerjasama dengan dompet digital untuk memudahkan pembayaran nirtunai. Terbaru, Caltex telah bekerjasama dengan ShopeePay, dan memudahkan pengguna dalam melakukan pembayaran secara nirtunai.

Untuk makluman, ShopeePay merupakan khidmat dompet digital daripada Shopee – laman edagang popular negara. Dengan ShopeePay, ia boleh digunakan untuk pembayaran nirtunai dikedai fizikal.

Dengan kerjasama pihak Caltex, pengguna boleh menggunakan ShopeePay untuk pembayaran.

Menariknya, bersempena pengenalan ini, pengguna yang melakukan pembayaran secara nirtunai sebanyak RM40 dan keatas, akan menerima pulangan tunai ke ShopeePay sebanyak RM4. Promosi ini terhad antara 9 November 2020 sehingga 31 Disember 2020 kelak.

ShopeePay-Caltex.jpg


Sumber asal https://www.caltex.com/my/motorists...s/shopeepay-cashback-at-caltex-promotion.html
 
Huawei Pay Di Lancarkan Di Malaysia

kibat Covid-19, penggunaan pembayaran secara nirtunai melonjak naik kerana semakin ramai ingin mengurangkan sentuhan ketika melakukan urusniaga. Hari ini Huawei Pay akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan sokongan dari Union Pay dan Industrial and Commercial Bank of China (ICBC).

Menerusi Huawei Pay, pengguna boleh melakukan pembayaran nirtunai menggunakan peranti Huawei dan sistem yang menyokong NFC. Malaysia menjadi negara ke-sembilan yang menyokong Huawei Pay selepas China, Hong Kong, Macau, Rusia, Pakistan, Singapura dan Thailand. Sistem pembayaran nirtunai ini telahpun dilancarkan sejak 2016.

Senarai lengkap peranti yang menyokong Huawei Pay di Malaysia adalah seperti di bawah. Antara perniagaan yang kini menyokongnya di Malaysia pula adalah McDonald’s, KFC, Armani, Nike, Adidas, Parkson, NSK dan 99 Speedmart.

Huawei-Pay-A-950x534.jpg


Huawei-Pay-Malaysia-senarai-peranti-950x649.jpg
 
MBSP Lancar e-Wallet Boost Berintegrasi Pertama Negara

21.11.2020 - Bukit Mertajam. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) hari ini melancarkan penambahan saluran perkhidmatan pembayaran baharu dikenali sebagai e-Wallet Boost menjadikannya pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan perkhidmatan tersebut secara integrasi yang pertama di Malaysia. Datuk Bandar MBSP Datuk Rozali Mohamud berkata warga Seberang Perai kini boleh melakukan pembayaran menerusi aplikasi Boost iaitu sebuah aplikasi dompet elektronik (e-dompet) dibangunkan oleh Axiata Digital merangkumi tiga jenis pembayaran iaitu cukai taksiran, sewa gerai dan kompleks serta bayaran kompaun letak kereta dengan hanya tiga langkah sahaja.

"Pembayaran melalui aplikasi e-Wallet Boost adalah merupakan kaedah pembayaran yang lebih efisyen dan mudah malah selamat kerana transaksi pindahan adalah secara talian dan masa nyata," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran e-Wallet Boost @ MBSP yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo.

Rozali berkata sebagai nilai tambahan ke atas kemudahan pembayaran bil menerusi aplikasi Boost, para pengguna boleh menetapkan peringatan pembayaran untuk bil-bil mereka.

"Pengguna Boost juga boleh menyimpan rekod bil yang kerap digunakan bagi akses terus yang mudah dan ia menjimatkan masa," katanya.

Sementara itu, Jagdeep berkata kerajaan negeri telah menjemput 17 institusi perbankan dan pengeluar wang elektronik bukan bank termasuk Boost untuk memigrasikan e-pembayaran di semua pasar awam di seluruh Pulau Pinang.

"MBSP mengambil langkah bijak melalui kerjasama dengan Boost bagi proses pembayaran cukai taksiran MBSP, kompaun letak kereta dan sewaan gerai MBSP dengan lebih mudah dan selamat. Kini, penduduk mempunyai lebih banyak pilihan kaedah atau medium membuat bayaran selain wang tunai, debit atau kredit kad," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata inisiatif pembayaran tanpa tunai tersebut bukan sahaja bertujuan sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19 pada ketika ini, malah ia turut memberi peluang kepada rakyat untuk berbelanja tanpa perlu membawa wang tunai bagi mengelakkan kejadian kecurian dan lebih menjamin keselamatan.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1903798
 
MBSP Mudahkan Pembayaran Nirtunai Untuk Sejumlah Perkhidmatan Kerajaan Melalui Boost

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah mengumumkan kerjasama dengan aplikasi e-dompet, Boost sekaligus menawarkan kemudahan pembayaran secara nirtunai untuk sejumlah perkhidmatan kerajaan menerusi e-dompet berkenaan. Melaluinya, warga Seberang Perai kini boleh membuat pembayaran lebih pantas, mudah dan selamat dalam menangani wabak Covid-19. Terdapat tiga jenis pembayaran yang disokong seperti cukai taksiran, sewa gerai dan kompaun letak kereta. Kesemuanya boleh dilakukan dengan proses yang pantas menerusi menerusi beberapa langkah mudah di aplikasi Boost.

Di samping itu, pengguna juga dikatakan boleh menetapkan peringatan pembayaran untuk sejumlah bil mereka bagi mengelakkan sebarang masalah kelewatan atau terlupa untuk membayar bil. Selain, kebolehan menyimpan rekod bil yang kerap digunakan bagi akses terus yang mudah dan lebih menjimatkan masa.

Boost-950x679.jpeg
 
Anda Kini Boleh Membayar Bil Menggunakan Aplikasi BigPay

BigPay ialah sebuah aplikasi dompet digital yang turut menggabungkan penggunaan kad debit fizikal yang cukup berguna tidak kira didalam ataupun di luar negeri. Hari ini, BigPay telah mengumumkan dimana pengguna boleh mula membayar bil-bil bulanan mereka, dimana sejumlah besar syarikat-syarikat tenaga, air dan telekomunikasi melalui aplikasi mereka.

Syarikat-syarikat ini termasuklah Nur Power Distribution, Sabah Electricity, Sarawak Energy, Air Johor, Air Kedah, Air Kelantan, Air Kuching, Air Melaka, Air Negeri Sembilan, Air Perak, Air Perlis, Air Selangor, Air Terengganu, Celcom Postpaid, RedONE Postpaid, U Mobile Postpaid, Yes Prepaid, Astro dan syarikat penjualan perabot dan barangan elektronik Courts Mammoth.

Untuk mengakses ciri ini didalam aplikasi tersebut, pengguna hanya perlu memasuki bahagian Payments, dan senarai syarikat-syarikat ini akan diperlihatkan didalam bahagian Bills.

Pembayaran bill adalah cukup mudah, dimana pengguna hanya perlu memilih syarikat yang ingin anda bayarkan bil tersebut, masukkan nombor akaun anda, dan lengkapkan pembayaran menggunakan sistem OTP terbina didalamnya.

BigPay-Bills-950x1028.jpg


Sumber asal https://www.bigpayme.com/post/intro...pay-you-can-now-pay-bills-with-the-bigpay-app
 
Kini Anda Boleh Membeli Tambah-Nilai Google Play Melalui Boost

Boost merupakan salah satu dompet digital yang digunakan secara meluas di Malaysia. Terbaru, Boost kini telah menambah ciri yang memudahkan pengguna untuk membuat pembelian tambah-nilai untuk Google Play.

Melalui Boost, kini anda boleh mendapatkan tambah-nilai Google Play pada nilai RM10, RM20, RM50, RM100 dan juga RM200. Ia akan ditawarkan dalam bentuk kod selepas pembelian, dan anda perlu menebusnya pada Google Play.

Dengan langkah ini, anda tidak perlu menambah sebarang kad kredit atau debit pada Google Play, dan boleh membuat pembelian kredit untuk ditebus melalui Boost. Untuk melakukan pembelian, pergi pada tab “More” dalam aplikasi Boost, pilih Games, dan seterusnya Game Credits.

Google-Play-Boost-950x647.jpg
 
Touch ’n Go eWallet Kelak Akan Tawar Pelaburan Asas Serendah RM10

Touch ’n Go Group kini mengumumumkan yang mana mereka kini telah menerima kebenaran daripada SC untuk beroperasi sebagai RMO (Recognised Market Operator). Dengan langkah ini, ia akan membolehkan dompet digital TnG eWallet untuk menawarkan beberapa perkhidmatan kewangan tambahan – termasuk ciri pelaburan asas bermula serendah RM10. Dengan langkah ini, ia membawa dompet digital setapak lagi kehadapan berbanding pesaing dompet digital yang lain, dan tidak perlu menawarkan akses kepada pihak ketiga untuk tujuan pelaburan. Touch n Go eWallet dijangka mengumumkan penawaran ciri pelaburan asas ini tidak lama lagi pada suku pertama 2021 ini.

Screenshot-3670.jpg
 
Inisiatif Digital Rembau Ingin Membawa Rembau Menjadi Daerah Nirtunai

Pelbagai negeri dan daerah kini bersaing dalam mengimplementasi integrasi teknologi dalam memudahkan sejumlah transaksi dan perhubungan. Terbaru, Khairy Jamaluddin yang turut menerajui kawasan Rembau di Negeri Sembilan turut hadir dengan inisiatif Digital Rembau.

Melalui inisiatif Digital Rembau, ia mengaktifkan pembayaran menggunakan dompet digital di lebih 1,500 peniaga terutama penjaja dalam sektor informal.

Melalui sejumlah gambar yang dikongsikan dibawah inisiatif ini, ia dilihat ramai penjaja memilih dompet digital Touch n Go eWallet sebagai medium untuknya. Memandangkan kelak pelbagai dompet digital akan menyokong DuitNow QR, maka kelak semua penjaja ini boleh menerima bayaran secara nirtunai menggunakan sebarang dompet digital dengan mudah.

Khairy Jamaluddin mengatakan ini merupakan langkah kearah “Rembau, Daerah Nirtunai”. Dibawah inisiatif ini, kita mungkin melihat pelbagai pelaksanaan lain secara digital di kawasan berkenaan secara berperingkat selepas ini.

 
Korang dah pernah pakai ke quitnow qr? Dengar2 memang elok utk peniaga penjaja. Nak tny pendapat sikit. Rasanya bagus je sbb integrate semua sekali satu QR.
 
Back
Top
Log in Register