BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Berkaitan TnG & DuitNow

Touch ’n Go eWallet Perkenal GO+, Ciri Pelaburan Terbina, Tidak Mesra Syariah

Touch ’n Go eWallet hari ini telah memperkenalkan ciri pelaburan secara terbina pada dompet digital berkenaan, membolehkan pengguna melabur serendah RM10 dan menerima pulangan setiap hari. Ciri pelaburan ini dinamakan GO+, dan ditawarkan kepada semua pengguna tempatan TNG eWallet, dan perlu melalui proses pengesahan sebelum dapat memulakan pelaburan.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pengguna untuk menjana pendapatan harian melalui baki dompet digital mereka. Apa pun, untuk makluman, ciri pelaburan ini adalah tidak mesra syariah. Bercakap mengenainya, pihak TNG eWallet mengatakan ini hanya permulaan, dan mereka sedang mengkaji untuk pengenalan ciri pelaburan mesra syariah pada masa akan datang.

CENTER]
 
Touch ’n Go Akan Membuang Surcaj Untuk Tempat Letak Kereta Sepenuhnya Tidak Lama Lagi

Hari ini, Touch ’n Go telah memperkenalkan ciri pelaburan baru pada aplikasi, dinamakan sebagai GO+. Ketika acara berkenaan, Touch ’n Go berkongsi sejumlah perkara berkenaan perkembangan syarikat, termasuk berkaitan surcaj untuk bayaran parkir menggunakan Touch ’n Go.

Bercakap mengenainya, kini Touch ’n Go dalam jadual sasaran untuk membuang keseluruhan surcaj bagi pembayaran letak kereta.

Daripada 662 tapak di Malaysia, sekitar 620 telah membuang surcaj – memperlihatkan 93% daripada tapak kini tidak lagi mengenakan surcaj untuk bayaran letak kenderaan.

Dengan langkah ini, ia memudahkan lagi pengguna membuat bayaran tempat letak kenderaan atau parkir tanpa risau dikenakan caj tambahan – sekaligus menikmati gaya hidup nirtunai yang selari tanpa sebarang caj tambahan.

Touch ’n Go menyasarkan pembuang sepenuhnya surcaj ini menjelang penghujung suku pertama 2021 ini.

Screenshot-3838.jpg
 
Caltex Turut Perkenal Aplikasi Mengisi Minyak Secara Nirtunai

Pandemik memecut proses adaptasi ke sistem nirtunai di kesemua sektor. Kini membeli pisang goreng sekalipun boleh dilakukan dengan hanya mengimbas kod QR yang tertera di kedai. Tetapi dari segi pembelian minyak pula, sistem yang digunakan syarikat petroliam majoritinya masih ketinggalan. Selepas PETRONAS memperkenalkan Setel tiga tahun lalu, kini tiba giliran Caltex pula dengan CaltexGO.

Menerusi aplikasi ini pengguna tidak perlu pergi ke kaunter untuk membeli minyak akan mengeluar kad fizikal. Pembelian minyak adalah semudah memilih lokasi, memasukkan nombor pam, jumlah minyak yang ingin dibeli dan menekan butang pembelian. Selepas pembelian dilakukan, pengguna CaltexGO turut boleh mengumpul mata kesetiaan yang kemudiannya boleh digunakan untuk menebus pelbagai produk.

Pada waktu ini CaltexGo ditawarkan kepada pengguna di Singapura, Malaysia dan Thailand sahaja kepada pengguna peranti Android dan iOS.

CaltexGO-B-950x535.jpg.webp

Sumber asal https://www.caltex.com/my/motorists/products-and-services/caltexgo.html
 
Beri Duit Raya Lagi Mudah Dengan Menggunakan Boost

Ketupat, lemang, dan kuah kacang. Itu adalah antara juadah mesti ada ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. Begitu juga pemberian duit raya yang sinonim dengan kegembiraan ketika menyambut perayaan ini.

duitraya-1024x384-1.jpg

Semalam syarikat e-dompet Boost memperkenalkan ciri e-Duit Raya untuk membantu pengguna terus menikmati sambutan Aidilfitri dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bermula 10 Mei pengguna Boost boleh menghantar serta menerima e-duit raya daripada keluarga dan sahabat handai melalui halaman aplikasi Boost. Pengguna boleh menghantar e-duit raya kepada 10 penerima secara serentak.

Boost-offers-exciting-rewards-through-its-%E2%80%98Raya-dengan-Tenang-Di-Rumah-kan-Senang-Raya...jpg

Untuk ciri ini, pengguna Premium Wallet boleh memberi dan menerima manakala pengguna Basic Wallet hanya boleh menerima e-duit raya.

Selain itu, Boost turut memberi pengalaman menyeronokkan untuk seisi keluarga dengan ciri memberi duit raya secara rawak kepada senarai penerima.

Disamping itu, pengguna juga diberi pilihan untuk menyimpan atau menderma duit raya yang diterima kepada senarai badan kebajikan, NGO, dan institusi keagamaan di seluruh Malaysia.

Tambahan lagi, Boost akan memberi ganjaran sebanyak RM20 kepada pengguna kali pertama ketika membuat tambah nilai.
 
GrabPay Dalam Persediaan Untuk Memperkenalkan Integrasi DuitNow QR
Grab
kini dilihat dalam persediaan untuk memperkenalkan integrasi DuitNow QR ke aplikasi mereka.

Untuk makluman, DuitNow QR merupakan sebuah kod QR universal yang disediakan oleh PayNet – dan disokong oleh pelbagai bank dan juga aplikasi dompet digital. Dengannya, ia menyelesaikan masalah lambakkan kod QR di kedai, dan pekedai hanya perlu menggunakan sebuah kod QR sahaja untuk menerima bayaran terus ke akaun mereka.

Buat masa ini, sejumlah dompet digital telah menyokong DuitNow QR, termasuk Boost, Touch n Go eWallet, dan juga ShopeePay. Grab pula melalui kemaskini terbaru aplikasi mereka telah mula mengintegrasikan sokongan berkenaan.

Melalui kemaskini terbaru untuk GrabPay pada minggu ini, pengguna sudah boleh melakukan imbasan ke kod DuitNow QR dan mengenal pasti akaun yang akan dihantar wang berkenaan. Namun, sokongan transaksi masih belum diaktifkan – membawa kepada kegagalan melakukan transaksi.

GrabPay-DuitNow-QR-950x659.jpg.webp

Perkembangan terbaru ini memperlihatkan GrabPay akan menyokong DuitNow QR tidak lama lagi pada aplikasi mereka. Laman DuitNow QR rasmi sendiri sedia menyenaraikan Grab sebagai menyokongnya – memberikan petanda pengaktifan untuk DuitNow QR pada Grab akan dilakukan pada bulan ini. Pihak Grab juga telah menerbitkan halaman bantuan DuitNow QR untuk pekedai yang menggunakan Grab.

DuitNow-QR-Grab.png.webp
 
GrabPay Kini Mengaktifkan Ciri Pembayaran DuitNow QR

Grab kini dilihat telah pun mengaktifkan ciri pembayaran DuitNow QR pada aplikasi mereka, sekaligus membolehkan para pengguna menggunakan GrabPay dalam melakukan transaksi pembayaran pada pekedai yang menggunakan DuitNow QR.

Untuk makluman, DuitNow QR merupakan kod QR universal yang disediakan oleh PayNet, dalam membolehkan semua penyedia dompet digital dan bank menyokongnya untuk tujuan transaksi. Langkah ini juga mengelakkan penggunaan pelbagai variasi kod QR berbeza, dan membuatkan lambakan kod QR hadir pada kaunter pembayaran pekedai.

Pada hari ini, antara dompet digital yang menyokong pembayaran DuitNow QR adalah termasuk ShopeePay, Touch n Go eWallet dan juga Boost. Penambahan GrabPay ini semestinya disukai dan permudahkan lagi urusan orang ramai dalam melakukan pembayaran. Buat masa ini, pembayaran DuitNow QR hanya disokong untuk akaun perusahaan sahaja, dan belum disokong untuk akaun individu.
 
Kredit eBelia RM150 Akan Di Tawarkan Bermula 1 Jun 2021

Kredit eBelia Sebanyak RM150 Akan Ditawarkan Bermula 1 Jun 2021 - Melalui Boost, ShopeePay, TNG eWallet Dan BigPay;

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana Program eBelia akan ditawarkan kepada para belia seluruh negara yang layak bermula 1 Jun 2021 ini. Melalui program eBelia ini, kredit sebanyak RM150 akan ditawarkan melalui dompet digital terpilih – iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan juga TNG eWallet. Setiap pemohon boleh menuntut RM150 melalui hanya satu penyedia perkhidmatan dompet digital sahaja.

Program eBelia ini ditawarkan untuk mereka yang berumur 18 ke 20 tahun pada 2021 (lahir pada tahun 2001 sehingga 2003), atau merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

Seperti biasa, data akan disemak terlebih dahulu, sebelum seseorang itu menerima kredit RM150 ini. Tempoh tuntutan kredit adalah bermula 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021, dan kredit perlu digunakan sebelum 31 Julai 2021.

eBelia-950x948.jpeg.webp

 
Cara Tebus Kredit RM150 eBelia Menggunakan Aplikasi Boost

Menerusi program eBelia yang diumumkan Kementerian Kewangan semalam, belia yang layak boleh menebus kredit di aplikasi-aplikasi e-Wallet terpilih. Untuk aplikasi Boost, pengguna digalakkan untuk mengesahkan dan naik taraf akaun untuk memudahkan proses penebusan mulai 1 Jun nanti. Pertama sekali, daftar dan log masuk akaun Boost anda.

Seterusnya pergi ke bahagian tab "Profile" dan tekan "My Wallet".

photo_2021-05-18_12-02-46-2.jpg


Langkah seterusnya tekan "Upgrade" atau "Upgrade to Premium Wallet".

photo_2021-05-18_12-02-45.jpg


Ikuti arahan untuk mengesahkan identiti dengan mengambil gambar kad pengenalan dengan swafoto seperti yang dipaparkan.

photo_2021-05-18_12-02-46.jpg


Kemudian tambah kredit minima RM20 ke Boost Wallet anda.

photo_2021-05-18_12-11-24.jpg


Akhir sekali tekan "Upgrade Now" dan tunggu pengesahan berjaya naik taraf.

photo_2021-05-18_12-17-14.jpg


Selesai. Anda telah berjaya naik taraf ke akaun premium.

photo_2021-05-18_12-17-11.jpg

Muat turun Boost di App Store atau Google Play Store untuk nikmati pelbagai kemudahan dan fungsi yang ditawarkan.
 
IDEMIA Di Pilih Merchantrade Untuk Tingkat Keselamatan Aplikasi

Pengendali Perkhidmatan Wang dan e-money, Merchantrade memilih IDEMIA untuk mempertingkatkan proses pendaftaran pelanggan bagi dua aplikasi mudah alihnya. Untuk pengetahuan, IDEMIA merupakan peneraju global Identiti Terimbuh (Augmented Identity) untuk pelanggan antarabangsa dari sektor kewangan, telekomunikasi, identiti, dan lain-lain. Selain itu, IDEMIA menawarkan satu platform Pengesahan Identiti yang tepat dan berkesan melalui sistem pengesahan biometrik dan dokumen ID pelanggan.

Dengan keupayaan membuktikan identiti pelanggan dengan cepat, tepat, dan selamat, mereka boleh meningkatkan dua aplikasi oleh Merchantrade ini:
  • Merchantrade Money - aplikasi e-wallet digital pelbagai wang.
  • eRemit - aplikasi perkhidmatan wang ke luar negara.
Menurut Merchantrade, Platform Pengesahan Identiti ini dapat membantu mereka mempertingkatkan servis aplikasi-aplikasi tersebut dari segi keselamatan serta kemudahan akses jaringan.

1622719444290.png

Sumber asal https://www.idemia.com/press-releas...secure-onboarding-mobile-customers-2021-06-01
 
Dompet Digital Anda Bermasalah? Buat Aduan Terus Kepada Pihak BNM

Tahukah anda, dompet digital merupakan antara perkhidmatan kewangan yang tertakluk dibawah pemantauan pihak Bank Negara Malaysia. Ini bermakna, seperti perkhidmatan perbankan, anda turut boleh melakukan aduan kepada pihak Bank Negara Malaysia sekiranya dompet digital mengalami masalah – atau terlibat dengan beberapa perkara lain seperti perkhidmatan pelanggan, caj tambahan, dan sebagainya.

Untuk tujuan berkenaan, Bank Negara Malaysia menyediakan saluran khusus, dinamakan Telelink. Pengguna boleh terus ke halaman Telelink, dan seterusnya memilih untuk melakukan sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan sesuatu dompet digital – melalui Bank Negara.

Anda seterusnya boleh memilih kategori e-Money, memilih sub-kategori berkaitan aduan atau pertanyaan yang ingin dilakukan, dan seterusnya memilih syarikat operasi yang terlibat. Seterusnya, anda boleh isikan sebarang aduan anda, dan hantar ia terus kepada pihak Bank Negara Malaysia.

Langkah ini boleh digunakan anda sekiranya sebarang masalah yang dihadapi anda tidak diselesaikan oleh pihak penyedia – atau terasa ditipu dan sebagainya – sekaligus menerima bantuan pihak pemantauan sendiri, iaitu Bank Negara Malaysia.

1623393922036.png
 
Back
Top
Log in Register