BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini - Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2025

Pearly-Thinaah Mara Ke Suku Akhir Terbuka Jepun

17.07.2025 - Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke suku akhir Terbuka Jepun selepas menundukkan pasangan Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu di Gimnasium Metropolitan Tokyo, hari ini. Pasangan ranking ketiga dunia itu mempamerkan permainan kemas dan bertenaga sepanjang aksi pusingan kedua untuk mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-16 dalam tempoh 36 minit. Pada set pertama, Pearly-Thinaah bermula penuh yakin apabila berjaya mengawal gelanggang dengan baik yang memaksa lawan mereka di ranking ke-13 dunia itu melakukan banyak kesilapan mudah.​

1752771299219.png

Memasuki set kedua, pasangan negara itu terus mengekalkan permainan yang kemas sekali pun cuba diasak Pei Shan-Eng Tzu yang cuba bangkit. Dalam saingan suku akhir esok, Pearly-Thinaah akan berdepan pasangan dari Korea Selatan, Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo yang menewaskan gandingan Taiwan, Chang Ching Hui-Yang Ching Tun di pusingan kedua.

Berita asal https://www.buletintv3.my/sukan/pearly-thinaah-mara-ke-suku-akhir-terbuka-jepun/
 
Impian Soon Huat-Shevon Ke Separuh Akhir Terhenti

18.07.2025 - Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, terpaksa akur apabila cabaran dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jepun terhenti di suku akhir selepas tewas kepada pasangan pilihan kedua dari China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin, pada Jumaat.Saingan Super 750 yang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu menyaksikan Soon Huat-Shevon bermula perlahan apabila tewas 13-21 dalam set pertama.Namun, mereka bangkit lebih bertenaga apabila memberi saingan sengit dalam set kedua dan hampir memaksa perlawanan ke set penentuan selepas mendahului 20-19.​

1752815470943.png

Malangnya, pasangan negara gagal memanfaatkan kelebihan mata akhir tersebut dan akhirnya tunduk 21-23, sekali gus menamatkan cabaran mereka di kejohanan berkenaan. Kekalahan itu sekali gus memadam harapan untuk menyaksikan pertembungan sesama Malaysia di separuh akhir, selepas pasangan negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terlebih dahulu mara ke peringkat empat terbaik. Sebaliknya, Tang Jie-Ee Wei, gandingan di ranking keempat dunia itu, kini bakal berdepan ujian getir apabila menentang Zhenbang-Yaxin bagi merebut tiket ke final pada Sabtu.

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...an-soon-huat-shevon-ke-separuh-akhir-terhenti
 
Sze Fei-Izzuddin Hilang Status Beregu Nombor Satu Dunia

18.07.2025 - Kedudukan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sebagai beregu lelaki nombor satu dunia bakal dirampas minggu depan selepas hanya lapan minggu menikmati status berkenaan. Pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, sudah mengesahkan mereka akan mengambil alih ranking teratas selepas mara ke suku akhir Terbuka Jepun, semalam. Keputusan itu menyaksikan Won Ho-Seung Jae sudah memiliki mata yang mencukupi untuk memintas kedudukan Sze Fei-Izzuddin tidak kira apa jua keputusan dilakar pasangan profesional negara itu dalam Terbuka Jepun kali ini. Perubahan itu akan dilihat menerusi kemaskini ranking terbaharu dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa ini.
1752828675012.png

Jika pasangan Korea itu berjaya melangkah ke separuh akhir atau final, jurang mata mereka dengan Sze Fei-Izzuddin akan menjadi lebih besar. Pada 27 Mei lalu, Sze Fei-Izzuddin mencipta sejarah apabila muncul beregu lelaki pertama Malaysia dalam tempoh tujuh tahun untuk bergelar nombor satu dunia - kedudukan yang kali terakhir diraih oleh Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada 2016. Bagaimanapun, sejak bergandingan awal tahun ini, Won Ho-Seung Jae mempamerkan aksi luar biasa dengan menjuarai empat kejohanan utama – Terbuka Malaysia, Terbuka Jerman, Seluruh England dan Terbuka Indonesia - selain muncul naib juara di India dan Singapura.

Berita asal https://www.bharian.com.my/sukan/ra...zuddin-hilang-status-beregu-nombor-satu-dunia
 
Yew Sin–Ee Yi Cipta Kejutan, Singkir Naib Juara Olimpik 2024

18.07.2025 - Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melakar pencapaian terbaik mereka dalam saingan Jelajah Dunia BWF musim ini apabila berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Jepun, sebentar tadi. Pasangan ranking ke-30 dunia itu mencipta kejutan apabila menumbangkan naib juara Olimpik Paris 2024 yang juga beregu nombor enam dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang 25-23, 21-19 dalam aksi suku akhir penuh mendebarkan di Gimnasium Metropolitan Tokyo. Kemenangan berkenaan bukan sahaja membawa mereka ke kelompok empat terbaik, malah menamatkan badi kekalahan kepada pasangan China itu selepas tewas dalam tiga pertemuan terakhir sebelum ini.​

1752834838092.png

Sebelum ini, Yew Sin-Ee Yi hanya pernah menewaskan Liang-Wang sekali iaitu pada pusingan pertama Terbuka Denmark 2022. Pencapaian mara ke separuh akhir kali ini juga mengatasi keputusan terbaik mereka musim ini yang hanya setakat suku akhir Terbuka Malaysia, Januari lalu, sebelum melalui episod suram apabila tersingkir di pusingan pertama dalam tujuh kejohanan selepas itu. Bagaimanapun, cabaran getir menanti mereka esok apabila dijadualkan berdepan gandingan nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae bagi perebutan tiket ke final. Pasangan Korea itu menempah slot separuh akhir selepas menewaskan beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun 21-13, 18-21, 21-13 dalam satu lagi aksi suku akhir hari ini.

Berita asal https://www.buletintv3.my/sukan/yew-sin-ee-yi-cipta-kejutan-singkir-naib-juara-olimpik-2024/
 
Pearly-Thinaah, Sze Fei-Nur, Izzuddin Raih Naib Juara

Gandingan Pearly Tan-M. Thinaah dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terpaksa berpuas hati dengan kedudukan selaku naib juara Terbuka Jepun 2025 selepas tewas kepada lawan masing-masing pada aksi final. Pearly-Thinaah akur dengan kehebatan pasangan ranking nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tang Ning 15-21, 14-21 dalam tempoh masa 45 minit. Ia merupakan kekalahan kelima berturut-turut dialami Pearly dan Thinaah ke atas lawan dari China itu dimana kali terakhir mereka merasai nikmat kemenangan adalah pada final Terbuka Hong Kong 2024, Disember tahun lalu.

Nasib sama turut dikongsi Sze Fei-Nur Izzuddin yang gagal membendung ketangkasan pasangan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae. Tewas 16-21 pada set pertama, Sze Fei-Nur Izzuddin cuba untuk bangkit pada set kedua tetapi beberapa kesilapan mudah pada lewat permainan memberikan ruang buat bakal pasangan ranking pertama dunia itu menjarakkan lagi kedudukan. Cubaan Sze Fei-Nur Izzuddin cuba untuk bangkit ketika 14-19 juga tidak kesampaian untuk kejuaraan menjadi milik Won Ho-Seung Jae dengan 21-17.

Dengan kekalahan tersebut, Pearly Tan-M. Thinaah dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani membawa pulang wang tunai bernilai $33,250 (RM 141,183.37). Tumpuan kem badminton negara selepas ini akan beralih ke Terbuka China yang merupakan kejohanan berstatus Super 1000.​

1753198850378.png
 
Back
Top
Log in Register