Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,620
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,620
- Reaction score
- 7,745
- Points
- 916
Pearly-Thinaah Ke Suku Akhir Selepas Lawan Tarik Diri
16.01.2025 - Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tidak perlu bermandi peluh ketika mengesahkan tiket ke suku akhir Terbuka India, hari ini. Pasangan nombor tujuh dunia itu yang berdepan gandingan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian hanya beraksi di gelanggang selama sembilan minit sebelum lawan memutuskan untuk menarik diri di set pertama aksi pusingan kedua. Ketika itu, Pearly-Thinaah sedang mendahului 14-4 pada aksi di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi. Keputusan tidak meneruskan permainan dibuat gandingan China selepas Shu Xian difahamkan mengalami kecederaan. Ini adalah suku akhir pertama buat Pearly-Thinaah musim ini selepas tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia, minggu lalu. Pearly-Thinaah akan berdepan pemenang perlawanan antara gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dengan pasangan India, Tanisha Crasto-Ashwini Ponnappa bagi perebutan tiket ke separuh akhir, esok.