BTC USD 84,095.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Saingan Terbuka Malaysia 2025 akan menjadi kejohanan pembuka tirai siri World Tour bagi kalendar pertandingan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF). Kejohanan berstatus Super 1000 itu akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 7 hingga 12 Januari nanti yang menampilkan barisan pemain terbaik dunia. Selain itu, kejohanan sulung pada tahun baharu itu turut menawarkan mata ranking tinggi dan hadiah wang tunai yang cukup lumayan. Seperti kebiasaan, wang tunai tidak hanya diberikan kepada para pemenang tetapi semua pemain yang menyertai kejohanan Terbuka Malaysia 2025 akan mendapat ‘saguhati’.​

1735900261852.png

Tewas Di Pusingan Pertama
​
  • Pemain yang perjalanannya terhenti seawal pusingan pertama (Pusingan 32) akan menerima $1,450 (kira-kira RM6,495.46) bagi semua acara dipertandingkan.​

Tewas Di Pusingan Kedua (Round Of 16)​
  • Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $4,350 (RM19,483.97). Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $4,712.50 (RM21,110.98).​

Tewas Di Suku Akhir​
  • Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $7,975.00 (RM35,725.31) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $9,062.50 (RM40,594.90).​

Tewas Di Separuh Akhir​
  • Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $20,300 (RM90,922.84).​

Naib Juara​
  • Naib juara bagi perseorangan lelaki dan wanita, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $49,300 (RM220,817.71). Bagi kategori beregu lelaki, wanita dan campuran, mereka bakal menerima $50,750 (RM227,346.40).​

Juara​
  • Habuan yang cukup lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $101,500 (RM454,661.02) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $107,300 (RM480,613.03).​

Layari https://bwf.tournamentsoftware.com/tournament/BD7DDFAC-145A-4865-B58A-C00977D5A3C3
 
Senarai Pemain Badminton Negara Yang Sertai Terbuka Malaysia 2025
​
1735967766462.png
​

Debaran kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2025 semakin dirasakan dengan saingan akan bermula pada 7 Januari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil. Selepas Datuk Lee Chong Wei menjadi pemenang terakhir dari Malaysia yang mengungguli kejohanan di laman sendiri itu pada tahun 2018, wakil negara selepas itu gagal untuk mengulangi pencapaian sama. Dengan semangat tahun baharu dan selaku pembuka tirai saingan, ia pasti meningkatkan moral para pemain Malaysia untuk mencipta kenangan indah di hadapan penyokong sendiri. Pada edisi kali ini menurut sumber laman sesawang rasmi pertandingan BWF, Malaysia mempunyai 18 wakil dimana acara beregu lelaki menampilkan wakil paling ramai. Berikut merupakan senarai penuh wakil Malaysia dalam kejohanan badminton yang berstatus Super 1000 itu:

Perseorangan Lelaki
1) Lee Zii Jia (6)
2) Leong Jun Hao

Perseorangan Wanita
3) Goh Jin Wei

Beregu Lelaki
4) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (3)
5) Aaron Chia-Soh Wooi Yik (5)
6) Man Wei Chong-Tee Kai Wun
7) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
8) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
9) Junaidi Arif-Yap Roy King

Beregu Wanita
10) Pearly Tan-M. Thinaah (3)
11) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien
12) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
13) Ong Xin Yee-Carmin Ting

Beregu Campuran
14) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (3)
15) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (4)
16) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing
17) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
18) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien

*Dalam kurungan merupakan pemain pilihan kejohanan.​
 
Kecederaan Buku Lali Belum Pulih, Zii Jia Tarik Diri Terbuka Malaysia

04.01.2025 - Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini. Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Team LZJ di media sosial hari ini, pemain nombor enam dunia itu terpaksa membuat keputusan tersebut selepas mash belum sepenuhnya pulih daripada kecederaan ligamen buku lali kanan yang dialaminya semasa Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, bulan lalu.

“Penyertaannya di Terbuka India dan Masters Indonesia yang turut dijadualkan pada bulan ini masih dalam pertimbangan, bergantung kepada tahap pemulihannya sepenuhnya,” menurut kenyataan tersebut.

Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini diundi untuk bertemu pemain Taiwan Su Li Yang pada aksi pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 1000 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$1.45 juta (RM6.52 juta). Di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, Zii Jia terpaksa menarik diri ketika mendahului set kedua bertemu pemain China, Li Shi Feng, dalam aksi terakhir Kumpulan A.
​
1735978877702.png
 
Terbuka Malaysia - PSM Mohon Maaf, 10 Petugas Pantau Bumbung Bocor

09.01.2025 - Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan kontraktor menyediakan 10 petugas sepanjang Terbuka Malaysia 2025 bagi memastikan insiden bumbung bocor di Axiata Arena semalam, tidak berulang. PSM dalam satu kenyataan memaklumkan pihak Jabatan Kerja Raya dan kontraktor juga memberi kerjasama membuat kerja-kerja bersesuaian dan ia sedang berjalan.

“PSM telah pun mengenal pasti kawasan-kawasan yang bermasalah dan menyegerakan kerja-kerja yang perlu dilakukan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, PSM memohon maaf kepada semua pihak terutamanya penganjur dan peminat sukan badminton atas insiden kebocoran bumbung sehingga mengganggu aksi kejohanan pembuka tirai yang terpaksa dihentikan untuk seketika. Insiden terbabit menyaksikan air yang menitis dari bumbung membasahi permukaan gelanggang dua dan tiga sekali gus menyebabkan penganjur menutup sementara bahagian gelanggang yang basah itu dengan kain. Sementara itu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam kenyataan memberitahu beberapa perlawanan yang tergendala semalam telah dibawa ke hari kedua kejohanan Super 1000 hari ini. Ia melibatkan antaranya perlawanan perseorangan lelaki di gelanggang tiga antara H.S. Prannoy dari India dengan pemain Kanada, Brian Yang dan beregu lelaki membabitkan pasangan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard menentang Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia.
​
1736389806096.png
 
Ee Yi-Yew Sin Terus Pukau Axiata Arena

09.01.2025 - Beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terus menggamatkan Axiata Arena, Bukit Jalil ketika meneruskan kemaraan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025. Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung sebentar tadi, gandingan No.24 dunia itu menampilkan aksi cukup bertenaga apabila mencatat kemenangan tiga set 23-21, 16-21, 21-18 ke atas wakil Korea Selatan, Jin Yong-Kang Min Hyuk. Yew Sin berkata, walaupun pasangan lawan merupakan gandingan baharu, namun mereka berdepan aksi cukup sukar memandangkan beregu Korea itu memiliki pertahanan cukup baik bagi mengekang serangan yang dilakukan.

“Saya rasa memang sengit lah di set kedua kerana mereka langsung tak beri peluang walaupun pada awalnya kita mendahului 6-1. Mereka berjaya mengejar dan kita juga ada melakukan kesilapan mudah. Memang mereka merupakan beregu baharu tetapi pertahanan mereka cukup kebal, jadi sukar untuk kami matikan permainan mereka. Kami terpaksa bermain dalam keadaan lebih sabar,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Sebagai rekod, ini merupakan kali keempat berturut-turut Ee Yi-Yew Sin mara ke pusingan suku akhir Terbuka Malaysia selepas melakukan pencapaian sama pada edisi 2022, 2023 dan 2024. Tambah Yew Sin, dia mengharapkan untuk bertemu rakan senegara di suku akhir esok apabila Nur Mohd. Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong akan membuat perhitungan dengan jaguh India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy sebentar lagi.

“Memang nak masuk separuh akhir dan jadi juara tetapi macam saya cakap, perlu fokus perlawanan demi perlawanan. Kalau boleh, nak jumpa sesama Malaysia bagi memastikan ada satu wakil ke separuh akhir,” ujarnya.
​
1736419451584.png
 
Goh Soon Huat-Shevon Lai Cipta Sejarah Layak Ke Separuh Akhir

10.01.2025 - Axiata Arena terus bergema apabila beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mencipta sejarah sejurus melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, sebentar tadi. Soon Huat-Shevon yang turun selaku gandingan ranking No. 6 dunia tampil dengan cukup agresif apabila menundukkan pasangan No. 11 dunia, Cheng Xing-Zhang Chi dengan kemenangan straight set 21-15, 22-20 dalam tempoh 47 minit. ada set pertama, Soon Huat-Shevon yang turun selaku pasangan pilihan keempat kejohanan, bijak membaca strategi permainan lawan sebelum menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-15 dalam tempoh 18 minit. Kecekapan mereka dalam mengawal tempo permainan pada set kedua jelas terbukti apabila juara Malaysia Masters 2024 tersebut mengatasi gandingan China itu biarpun diasak hebat hingga ke penghujung perlawanan.

“Memang rasa gembira dan terharu kerana berjaya melangkah ke pentas separuh akhir di laman sendiri kerana semua peminat dan keluarga berada di sini,” kata Shevon sejurus tamat perlawanan sebentar tadi.

Kemenangan tersebut pastinya memberi suntikan semangat buat pasangan negara itu, yang kini bersedia untuk berdepan gandingan No. 57 dunia, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam pertemuan separuh akhir esok.

WhatsApp-Image-2025-01-10-at-4.15.31-PM-1.jpeg


“Saya pernah lawan mereka dua kali dan mereka berdua pada kejohanan ini begitu solid. Jadi, kami perlu bersiap sedia untuk menghadapi mereka. Biarpun mereka berdua baru digandingkan tetapi saya yakin akan menjadi perlawanan yang mencabar. Kami bukan hanya perlu persiapkan dari segi fizikal tetapi mentaliti juga,” tambah Shevon

Hasil kemenangan itu juga membolehkan Soon Huat-Shevon melebarkan tiga kemenangan dalam lima pertemuan dengan Cheng Xing-Zhang Chi, selepas kali terakhir pasangan negara itu menumpaskan pasangan China tersebut di Terbuka China pada September tahun lalu. Pasangan negara ini kini dilihat semakin bersedia untuk menempah kejayaan lebih besar di laman sendiri terutama untuk mencipta gelaran pada kejohanan bertaraf Super 1000 tersebut sekali gus menamatkan kemarau 60 tahun beregu campuran mencipta kemenangan di Terbuka Malaysia. Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir adalah pada 2019 menerusi Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan kali terakhir pasangan campuran ke pentas final menerusi Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pada 2016. Kali terakhir beregu campuran meraih gelaran di laman sendiri pada tahun 1965 menerusi Teh Kew San-Ng Mei Ling.

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2025/01/10...von-lai-cipta-sejarah-layak-ke-separuh-akhir/​
 
Axiata Arena ‘Terus Berpesta’, Man Wei Chong-Tee Kai Wun Pula Ke Separuh Akhir

Kem negara terus cemerlang di Axiata Arena, Bukit Jalil selepas pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi wakil ketiga mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2025. Pasangan beregu lelaki ketiga negara itu tidak terlalu berdepan masalah untuk menundukkan gandingan dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov. Berdepan lawan yang berada di ranking 29 dunia, Wei Chong-Kai Wun mengatur langkah dengan tersusun untuk memerangkap pasangan adik beradik tersebut. Ia dibuktikan dengan aksi kemas dipamerkan bagi membolehkan mereka memenangi set pertama dengan jurang mata 21-15.​

1736509976197.png

Kecemerlangan itu diteruskan Man Wei Chong-Tee Kai Wun pada set kedua untuk memastikan slot separuh akhir menjadi milik mereka dengan kemenangan 21- . Menanti mereka pada perlawanan yang dijangka berlangsung malam esok ialah Chen Bo Yang-Liu Yi selepas pasangan China itu menundukkan wakil England, Ben Lane-Sean Vendy. Kali terakhir Malaysia mempunyai wakil ke separuh akhir dalam acara beregu lelaki ialah pada 2023 menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani. Kedua-dua pasangan utama negara itu bagaimana disekat lawan masing-masing. Tumpuan peminat badminton negara selepas ini tertumpu kepada wakil terakhir yang juga beraksi dalam acara beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi. Gandingan ranking ke-24 dunia itu akan beraksi menentang pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang merupakan finalis edisi lalu.​

Rujukan https://bwfworldtour.bwfbadminton.com/tournament/5222/petronas-malaysia-open-2025/overview/
 
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Turut Cemerlang Ke Separuh Akhir

Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei turut menceriakan penyokong badminton negara selepas mara ke separuh akhir kejohanan Terbuka Malaysia 2025. Kejayaan menundukkan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dari Jepun itu sekali gus menyaksikan Malaysia mempunyai dua wakil di separuh akhir dalam acara beregu campuran. Ia berikutan pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang terlebih dahulu mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan empat terbaik itu. Ia merupakan sejarah baharu buat sektor beregu campuran yang semakin menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
​
1736510052067.png

Turun selaku pilihan ketiga kejohanan tidak langsung memberikan tekanan kepada pasangan negara itu untuk beraksi cemerlang berbekalkan sokongan padu penyokong di Axiata Arena. Tang Jie dan Ee Wei mempamerkan aksi kemas pada set pertama hingga menyukarkan lawan di ranking ke-14 dunia itu untuk menang 21-11 dalam masa 14 minit. Kemenangan itu jelas menyemarakkan lagi api perjuangan Tang Jie-Ee Wei yang semakin bersemangat untuk memastikan kemenangan menjadi milik mereka walaupun lawan cuba memberikan tentangan dengan mata 21-18. Kejayaan manis dicipta itu turut membalas dendam kekalahan Tang Jie-Ee Wei di tangan lawan sama pada pusingan 16 edisi tahun lalu. Pilihan pertama kejohanan yang merupakan pasangan nombor satu dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China bakal menanti Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di separuh akhir esok.

Rujukan https://bwfworldtour.bwfbadminton.com/tournament/5222/petronas-malaysia-open-2025/overview/​
 
Back
Top
Log in Register