BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025

Senarai Wakil Negara Mara Ke Suku Akhir Terbuka Malaysia 2025

Empat daripada tujuh wakil negara berjaya melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2025 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Sektor beregu lelaki dan beregu campuran masing-masing mempunyai dua wakil untuk berentap pada aksi lapan terbaik itu.​

1736511038126.png

1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
Pasangan beregu campuran nombor satu negara ini memulakan cabaran dengan aksi cemerlang ditampilkan ketika menundukkan lawan dari Chinese Taipei, Lu Ming Che-Hung En-Tzu dengan ‘straight set’. Sorakan padu penyokong setia yang membanjiri stadium jelas menyemarakkan api perjuangan Tang Jie dan Ee Wei untuk mempamerkan corak permainan kemas sepanjang perlawanan. Ia jelas dibuktikan dengan kemenangan mudah 21-8 dicatatkan pada set pertama dan kemudiannya mereka mengesahkan kemaraan dengan 21-14. Menanti Tang Jie-Ee Wei di suku akhir esok ialah pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito yang menundukkan wakil Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja.

2) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
Axiata Arena terus gamat dengan kejayaan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menundukkan pasangan yang baharu sahaja digandingkan dari Korea Selatan, Jin Yong-Kang Min Hyuk 23-21, 16-21, 21,18.

3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun
Kecemerlangan itu diteruskan dengan kejayaan Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menghampakan pilihan kelapan kejohanan dari Chinese Taipei, Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan 21-15, 21-13.

4) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie
Pasangan suami isteri ini pula menepati ramalan untuk ke suku akhir apabila menewaskan Kumar Karunakaran-Aadya Variyath dari India dengan kemenangan 21-10, 21-17.​
 
Yew Sin-Ee Yi Hantar Fajar Alfian-Rian Ardianto Pulang Awal

Beregu lelaki nombor enam negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melakar kejutan pada aksi pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2025 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi. Ia berikutan kejayaan mereka menundukkan pasangan ranking keempat dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam aksi yang berlanjutan ke ‘rubber set’. Kemenangan tersebut bagaimanapun tidak hadir dengan mudah terutamanya pada set pertama apabila Yew Sin dan Ee Yi kelihatan bergelut untuk menangani aksi agresif lawan dari Indonesia itu. Keadaan yang menyebabkan pasangan ranking ke-24 dunia itu tewas pada set pertama dengan jurang mata 15-21. Kekalahan itu tidak sedikit pun merentap semangat juang Yew Sin-Ee Yi yang mendapat sorakan padu para peminat setia badminton negara di Axiata Arena.

Semangat juang tinggi ditampilkan mereka pada set kedua dengan aksi lebih tersusun untuk menang 21-17 bagi mengheret aksi ke set penentuan. Ia jelas menjadi tonik yang cukup mujarab buat Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk memperagakan aksi lebih mantap pada set ketiga hingga memaksa Fajar Alfian melakukan banyak kesilapan mudah. Wakil negara itu akhirnya menggamatkan stadium dengan mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua hasil kemenangan 21-13. Menanti Yew Sin-Ee Yi di pusingan kedua esok ialah pemenang antara wakil Korea Selatan, Jin Yong-Kang Min Hyuk dan Chen Zi Ray-Lin Yu Chieh dari Chinese Taipei yang akan beraksi sebentar lagi. Sementara itu pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie terlebih dahulu mara ke pusingan seterusnya selepas menundukkan pasangan Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai 21-15 21-19.

Manakala dua lagi wakil negara iaitu Goh Jin Wei dan Junaidi Arif-Yap Roy King tewas kepada lawan masing-masing. Beregu lelaki nombor enam negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melakar kejutan pada aksi pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2025 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi. Ia berikutan kejayaan mereka menundukkan pasangan ranking keempat dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam aksi yang berlanjutan ke ‘rubber set’. Kemenangan tersebut bagaimanapun tidak hadir dengan mudah terutamanya pada set pertama apabila Yew Sin dan Ee Yi kelihatan bergelut untuk menangani aksi agresif lawan dari Indonesia itu. Keadaan yang menyebabkan pasangan ranking ke-24 dunia itu tewas pada set pertama dengan jurang mata 15-21. Kekalahan itu tidak sedikit pun merentap semangat juang Yew Sin-Ee Yi yang mendapat sorakan padu para peminat setia badminton negara di Axiata Arena.

Semangat juang tinggi ditampilkan mereka pada set kedua dengan aksi lebih tersusun untuk menang 21-17 bagi mengheret aksi ke set penentuan. Ia jelas menjadi tonik yang cukup mujarab buat Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk memperagakan aksi lebih mantap pada set ketiga hingga memaksa Fajar Alfian melakukan banyak kesilapan mudah. Wakil negara itu akhirnya menggamatkan stadium dengan mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua hasil kemenangan 21-13. Menanti Yew Sin-Ee Yi di pusingan kedua esok ialah pemenang antara wakil Korea Selatan, Jin Yong-Kang Min Hyuk dan Chen Zi Ray-Lin Yu Chieh dari Chinese Taipei yang akan beraksi sebentar lagi. Sementara itu pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie terlebih dahulu mara ke pusingan seterusnya selepas menundukkan pasangan Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai 21-15 21-19. Manakala dua lagi wakil negara iaitu Goh Jin Wei dan Junaidi Arif-Yap Roy King tewas kepada lawan masing-masing.​

1736511290987.png
 
Jadual Aksi Pemain Negara Dalam Separuh Akhir Terbuka Malaysia 2025

Kem negara cemerlang pada aksi suku akhir Terbuka Malaysia 2025 selepas tiga daripada empat wakil berjaya melangkah ke separuh akhir. Seperti dilaporkan sebelum ini, dua gandingan beregu campuran iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta Man Wei Chong-Tee Kai Wun beraksi cemerlang untuk meneruskan kemaraan mereka. Hanya Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terpaksa akur dengan kehebatan jaguh India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam aksi ‘straight set’ 24-26, 15-21. Tiga wakil bakal beraksi petang esok nyata telah memperbaiki pencapaian kem negara dimana pada edisi lalu.

Hal ini kerana pencapaian terbaik wakil Malaysia pada ketika itu adalah hanya mara ke suku akhir menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani. Manakala kali terakhir Malaysia muncul juara dalam kejohanan Terbuka Malaysia ialah pada 2018 dimana Datuk Lee Chong Wei menundukkan Kento Momota di perlawanan akhir. Berikut merupakan jadual perlawanan separuh akhir melibatkan pemain Malaysia, esok;

1. Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie lawan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran (Thailand) – 3.20 Petang
2. Chen Tang Jie-Toh Ee Wei lawan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping (China) – 5.50 Petang
3. Man Wei Chong-Tee Kai Wun lawan Chen Bo Yang-Liu Yi (China) – 6.40 Petang

​
1736517591804.png
​

Kesemua perlawanan berlangsung di gelanggang 1. Kejohanan Terbuka Malaysia 2025 merupakan pertandingan sulung pada tahun ini dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) yang mana menawarkan mata ranking tinggi dan hadiah wang tunai lumayan.​
 
Last edited:
‘Gameplay’ Mudah Di Jangka, Wajar Untuk BAM Pisahkan Aaron-Wooi Yik

11.01.2025 - Saingan Terbuka Malaysia bagi edisi 2025 dilihat mengecewakan dari sudut persembahan pemain-pemain utama negara. Salah satunya adalah gandingan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang terkandas di pusingan kedua selepas tumbang kepada beregu Chinese Taipei, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen pada Khamis. Persembahan mereka dilihat terumbang-ambing sejak meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik 2024. Malah, terdapat cadangan untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) agar memisahkan mereka dan mencipta gandingan baharu. Adakah cadangan itu wajar?


Permainan Sudah Di Jangka

Salah satu sebab mengapa gandingan tersebut wajar dipisahkan adalah kerana corak permainan mereka dilihat semakin sudah diduga oleh pihak lawan. Pasca Sukan Olimpik, prestasi Aaron-Wooi Yik terumbang-ambing dengan mereka cuma berjaya membawa satu kejuaraan iaitu Korea Masters pada November. Selain daripada itu, mereka terkandas di pusingan kedua (Terbuka Artic, Japan Masters) dan suku akhir (Terbuka Denmark, China Masters) serta terkeluar dari peringkat kumpulan pada Jelajah Dunia Akhir.

3111263.jpg


Ia melihatkan yang pihak lawan sudah mula memahami corak permainan mereka. Ditambah dengan isu kecederaan, ia semakin menyukarkan Aaron-Wooi Yik untuk tampil konsisten. Jika pertukaran pasangan dilakukan, ia mampu mewujudkan gandingan dengan idea lebih segar dan bertenaga untuk mencabar kejuaraan. Dengan Aaron dan Woo Yik masih di bawah BAM, jadi persatuan itu tiada masalah untuk mix and match gandingan beregu mereka.


Mula Awal, Demi Sukan Olimpik

Tindakan untuk memisahkan kedua-dua pasangan beregu tersebut dilihat wajar sekiranya BAM mengidamkan kejayaan jangka masa panjang. Dengan berbaki tiga tahun sebelum Sukan Olimpik seterusnya, jika BAM mahu memecahkan gandingan tersebut, mereka boleh melakukannya sekarang supaya persiapan rapi boleh dilakukan.

3111266.jpg


Jika bermula awal, BAM boleh mengesan kekuatan dan kelemahan gandingan baharu serta mencipta corak permainan ampuh yang boleh menghasilkan kejayaan sekali gus membawa pulang pingat emas. Negara-negara lain turut melakukan persiapan awal demi memburu pingat di Sukan Olimpik dan BAM harus bertindak serupa.


Tapi, Peluang Masih Boleh Di Berikan

Setuju atau tidak, gandingan Aaron-Wooi Yik merupakan antara beregu lelaki terbaik Malaysia miliki sekarang selain Goh Sze Fei-Nur Izzuddin. Oleh itu, peluang kedua boleh diberikan kepada Aaron-Wooi Yik untuk buktikan kemampuan apabila jurulatih baharu bagi skuad beregu negara tiba.

3111265.png


Dengan Tan Bin Shen akan meninggalkan posisi tersebut, kemasukan jurulatih baharu yang masih belum dinamakan boleh dijadikan ruang untuk Aaron-Wooi Yik mencuri perhatian mereka. Sudah pasti, jurulatih baharu akan datang bersama strategi dan pendekatannya. Dan untuk Aaron-Wooi Yik, pastinya sudah ada perancangan untuk mereka. Sama ada kekal bersama atau dipisahkan, kita hanya perlu menanti.

Berita asal https://majoriti.com.my/sukan/2025/...angka-wajar-untuk-bam-pisahkan-aaron-wooi-yik​
 
Langkah Soon Huat-Shevon Terhenti Di Separuh Akhir

11.01.2025 - Langkah beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie terhenti di separuh akhir Terbuka Malaysia 2025 apabila tewas kepada pasangan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran. Pada perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, pasangan nombor enam dunia itu kecundang dalam aksi tiga set. Selepas menang ketiga-tiga perlawanan awal dengan keputusan straight set, Soon Huat-Shevon tampak seperti berada di landasan sebenar apabila menang set pertama 21-17.​

1736595219060.png

Begitupun, momentum itu tidak berjaya diteruskan pada set kedua yang menyaksikan kedua-duanya banyak melakukan kesilapan untuk ketinggalan 4-12 sebelum tewas 12-21. Dan sekalipun cuba bangkit pada set ketiga, Dechapol-Supissara yang juga beregu ranking lapan dunia tampak semakin yakin. Kerapuhan Soon Huat-Shevon sekali lagi terserlah apabila ketinggalan jauh 1-5 dan sekalipun berjaya mengejar kedudukan sehingga 11-12, kesilapan sama berulang sebelum tewas dengan keputusan 16-21 dalam tempoh 63 minit sekali gus terlepas peluang merebut hadiah juara AS$107,300 (RM482,686).

Berita asal https://www.buletintv3.my/sukan/langkah-soon-huat-shevon-terhenti-di-separuh-akhir/​
 
Bayangkan pemain Indonesia menang All England dan wang tersebut convert to rupiah.
Kalau The Dadies menang, Juara akan mendapat

"Satu miliar enam ratus lima puluh enam juta tiga ratus sebelas ribu dua ratus lima puluh satu koma tiga satu rupiah."

Screenshot_12.png
 
Giliran Tang Jie-Ee Wei Pula Tersingkir

11.01.2025 - Peminat tempatan di Axiata Arena sekali lagi kecewa apabila satu lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kandas di separuh akhir Terbuka Malaysia, sebentar tadi. Pasangan nombor lima dunia itu terlepas tiket ke final selepas tewas di tangan gandingan nombor satu dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 19-21, 14-21 dalam tempoh 50 minit. Sokongan padu ribuan penonton yang hadir gagal menyemarakkan semangat Tang Jie-Ee Wei yang dilihat beraksi di bawah tahap prestasi terbaik mereka. Pasangan negara itu bermula baik di set pertama apabila mendahului 5-1 dan 9-5.

Bagaimanapun, mereka gagal mengekalkan momentum itu apabila melakukan banyak kesilapan mudah termasuk pukulan sangkut di jaring sekali gus membenarkan gandingan China bangkit dan menamatkan aksi dengan kemenangan 21-19. Skrip sama turut menghantui Tang Jie-Ee Wei di set kedua apabila mendahului awal permainan sebelum dikejar Yan Zhe-Dong Ping yang mendapat mata daripada kesilapan dilakukan gandingan negara sekali gus mendominasi permainan dan melakar kemenangan 21-14 sekali gus mara ke final.

Kekalahan itu menyaksikan hasrat untuk sekurang-kurangnya melihat satu wakil negara beraksi di final beregu campuran tidak kesampaian selepas pasangan profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie terlebih dahulu ditunjukkan jalan keluar selepas tunduk di tangan gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam satu lagi aksi separuh akhir.
​
1736606696652.png
 
Perjalanan Wakil Negara Terhenti Di Separuh Akhir

Hajat untuk melihat pasangan beregu negara beraksi di pentas final kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2025 tidak kesampaian apabila ketiga-tiga wakil kecundang dalam aksi separuh akhir sebentar tadi. Sorakan padu para penyokong yang membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil dilihat masih belum cukup untuk membantu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun. Pasangan Soon Huat-Shevon yang terlebih dahulu turun beraksi pada sebelah petang gagal mengambil kesempatan menang set pertama ke atas gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran selepas tunduk 21-17, 12-21, 16-21.​

1736608749305.png

Aksi kedua pula menemukan gandingan beregu campuran utama negara, Tang Jie-Ee Wei dan pasangan nombor satu dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping. Tewas 19-21 pada aksi set pertama yang cukup mendebarkan, pasangan negara itu bagaimanapun seperti kehilangan punca pada set kedua hingga terpaksa menelan kepahitan kecundang 14-21. Harapan terakhir yang disandarkan kepada Man Wei Chong-Tee Kai Wun juga tidak mampu direalisasikan pasangan ranking ke-14 dunia itu ketika berhadapan dengan Chen Bo Yang-Liu Yi. Walaupun berdepan lawan di ranking ke-18 dunia dan pernah menewaskan wakil China itu pada aksi terdahulu, ia masih belum cukup buat Wei Chong-Kai Wun yang tewas 26-24, 21-16, 21-15 dalam tempoh 77 minit.

Tumpuan kem Malaysia selepas ini beralih dalam saingan Terbuka India di New Delhi yang merupakan pertandingan berstatus Super 750. Kejohanan tersebut akan bermula pada Selasa depan.​
 
Back
Top
Log in Register