BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Isu MAS & MAB

panggil balik Tan Sri Abdul Aziz legend MAS tuh.. insyaAllah dia boleh pulihkan... MAS gemilang bawah dia... bagi kepercayaan anak tempatan hidupkan balik MAS nih..

Biodata Tan Sri Abdul Aziz
 
Kalau betul nk jual MAS, mohon pramugari tu lelong murah2 sikit....
Hamba berminat nk beli..
 
Tu pandangan tuan.

Kalau sektor korporat yg banyak travel 1 dunia ni amek bisnes ngn first class.

Airlines lain mcm Singapore Airlines, Emirates semua tu buat duit dgn sektor korporat yg naik first dgn biz class ni. Kalau bergantung kelas ekonomi je memang tak boleh sustain.

tapi kenapa tak boleh untung kalau MAS byk booking first n biz class?
 
Ada Pihak Mahu Beli MAB

20.03.2019 - Kuala Lumpur, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan ada pihak dari dalam dan luar negara berminat untuk membeli syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Bagaimanapun katanya, kerajaan masih perlu mengkaji sebelum membuat keputusan yang akan menentukan masa depan syarikat penerbangan itu.

"Ada pihak-pihak tertentu yang ingin membeli MAS (MAB) jadi kita tidak tolak. Kita nak kaji sama ada perlu jual ataupun tidak," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata ini kerana syarikat itu tetap mengalami kerugian sekalipun telah mengambil pengurus luar.

Ditanya mengenai saranan bekas pemimpin syarikat itu yang mahukan MAB kekal bawah kerajaan, Dr Mahathir berkata perkara tersebut turut akan ditimbang.

"Saya sayang MAS, saya mahu MAS ini dijadikan satu syarikat penerbangan nasional tetapi nampak seolah-olah kita tidak mampu," katanya.

Dr Mahathir berkata strategi kerajaan terdahulu yang menyuntik RM6 bilion dan memberhentikan 6,000 pekerja nyata gagal memberikan keuntungan kepada syarikat selain menyebabkan banyak pesawat tidak digunakan sepenuhnya.

Menurutnya selepas pemberhentian pekerja, syarikat itu "tidak terbang seperti dahulu", bermakna pengurangan pekerja tidak membawa sebarang perbezaan.

"Kalau kita kurang pekerja tetapi kita maintain status yang lama barulah ada saving (penjimatan)," katanya.

Pada 5 Mac, Khazanah Nasional, sayap pelaburan kerajaan, dilaporkan mengalami rosot nilai RM7.3 bilion tahun lepas dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh MAB.

Khazanah merupakan satu-satunya pemegang saham MAB setelah mengambil alih syarikat penerbangan itu pada 2014 dan ia telah menyuntik dana RM6 billion untuk membaiki prestasi syarikat namun usaha tersebut gagal.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan akan mengkaji pelbagai opsyen sebelum membuat keputusan mengenai masa depan Malaysia Airlines sama ada akan menutup, menjual atau membiayainya semula.

7461f99a139097abdcd7cd050ef31a625c91d45fc73be


Berita asal http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1707205
 
Last edited:
letak la harga baik sikit,mana tau nanti tergerak nak naik 1st time business class dgn first class...
 
Back
Top
Log in Register