BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Isu MAS & MAB

Apa Nasib Kakitangan MAS ?

21.03.2019 - Kuala Lumpur, Persatuan Pekerja Bersara Malaysia Airline Berhad (Masra) melahirkan kebimbangan terhadap nasib kakitangan tidak terbela dan status Malaysia Airline Berhad (MAB) sebagai syarikat penerbangan kebangsaan akan hilang jika diambil oleh syarikat asing.

Presiden Masra, Abdul Razak Hashim berkata, MAB sepatutnya dikendalikan oleh rakyat tempatan yang berkebolehan dan sebelum ini telah terbukti menerajui syarikat tersebut.

"Jika ada orang mahu beli MAB, apa nasib 13,000 kakitangan yang ada ketika ini, adakah MAB akan terus diiktiraf sebagai syarikat penerbangan kebangsaan, jadi kita hendak tahu siapa pelabur baharu dalam MAB adakah syarikat dalam negara atau luar negara.

"Jika ingin jual kepada pihak asing, kerajaan perlu lakukan dengan beri syarat kepada pembeli supaya mengadakan dalam bentuk usahasama yang mesti melibatkan pemegang saham tempatan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan kini tidak mampu untuk menyelamatkan MAB dan sedang mengkaji sama ada perlu menjual atau tidak syarikat itu.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, terdapat pihak telah menawarkan dana kepada Masra untuk mengambil alih MAB dan membolehkan syarikat tersebut menjana keuntungan semula.

"Tetapi kami ingin melihat terlebih dahulu maklumat kewangan MAB supaya dapat membuat penilaian yang lebih menyeluruh terhadap syarikat ini.

"Kami sebelum ini telah dimaklumkan bahawa MAB mampu untuk memenuhkan sebanyak 78 peratus penumpang dan sepatutnya berdasarkan angka ini, MAB boleh mendapat keuntungan," katanya.

Jelas beliau, Masra kini mempunyai seramai 1,400 orang ahli yang terdiri daripada bekas-bekas pengurusan tertinggi termasuk jurutera dan bekas juruterbang yang berpengalaman tinggi mendesak supaya pengurusan MAB ditukar.

"Saya sendiri yang merupakan juruterbang MAS dan pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan pernah mendapat bonus pada waktu itu. Ini membuktikan bahawa orang tempatan mempunyai potensi untuk mengendalikan MAS," katanya.

233031.jpg


Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti.../Apa-nasib-kakitangan-Malaysia-Airlines-nanti
 
Pertimbang Cadangan Swastakan MAS

24.03.2019 - Islamabad, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk mengemukakan cadangan bagi menyelamatkan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Tegas Dr Mahathir, cadangan itu turut meliputi pengambilalihan syarikat penerbangan nasional itu oleh pihak swasta.

“Saya fikir MAB ini memerlukan kajian yang lebih mendalam kerana pendekatan yang dibuat selalu tidak masuk akal.

“Kita kurangkan pekerja 6,000 orang tetapi mengurangkan penerbangan ke banyak tempat.

“Ini bermakna, jumlah kakitangan bagi setiap perjalanan adalah sama. Jadi, kita kena fikir semula termasuk cadangan untuk pengambil alihan oleh syarikat swasta,” katanya pada sidang media bersama wakil media Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata beberapa pihak telah menyatakan hasrat untuk membeli MAB.

Namun, katanya kerajaan akan menetapkan sama ada menjual MAB selain mengelakkan syarikat penerbangan itu terus dibebani hutang.

81523609642_MAS.jpg


Berita asal http://www.astroawani.com/berita-ma...g-cadangan-swastakan-malaysia-airlines-201961
 
baguspun jual mas ni. kakitangan mas ni semua dapat travel murah2, bayar 10% je.

kalau tiket harga 5000, hanya bayar 500 je. ada yang buat bisnes siap, boleh masukkan 10 nama untuk travel murah. mana mas tak rugi.

pastu travel amik gambar kat fb, caption bagi nasihat untuk kejayaan macam bagus2.

padahal tiket staff.
 
Back
Top
Log in Register