BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Bebas Dari Penjara, DSAI

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
11.05.2018 - Putrajaya, Prime Minister Dr Mahathir Mohamad said the Yang di-Pertuan Agong has indicated that he will grant an immediate pardon to jailed PKR de facto leader Anwar Ibrahim.

As such, Pakatan Harapan will initiate the necessary procedures, Mahathir told a press conference in Kuala Lumpur today.

Mahathir said the matter was raised during discussions between top Harapan leaders and the monarch yesterday.

"In the course of our discussion, our four-member discussion with the Agong, the Agong had indicated to one of us - (DAP secretary-general) Lim Guan Eng - that he is willing to pardon Anwar immediately.

"So, we will go through the proper process of obtaining a pardon for Anwar," he said.

Mahathir said this will pave the way for Anwar to return to politics.

"It is going to be a full pardon, which of course, means he is not only pardoned but to be released immediately when he is pardoned.

"After that, he will be free to participate fully in politics," he said.

277e831577ec9d888869e9d5047ed583.jpeg


Source https://www.malaysiakini.com/news/424258
 
Peguam Cabar Kesahan Lembaga Pengampunan Di Raja Isu Anwar

26.02.2020 - Kuala Lumpur, Peguam kontroversi Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan saman untuk mencabar nasihat Lembaga Pengampunan terhadap Yang di-Pertuan Agong berkaitan kes liwat Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau telah mengarahkan tetuan Messrs Raja Riza & Associates memfailkan writ saman yang menamakan lembaga itu dan Anwar sebagai defendan.

Ia difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 4.30 petang ini.

“Antara lain, saya ingin mempersoalkan komposisi Lembaga Pengampunan ketika itu yang ditubuhkan secara salah dan tidak menepati keperluan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa sebagai pihak terkesan dalam isu ini, maka saya mempunyai hak untuk mengemukakan persoalan ini kepada Mahkamah bagi mendapatkan kepastian.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan peguam cara saya untuk mengambil tindakan lanjut,” katanya merujuk kepada nasihat kepada agong pada 16 Mei.

Pada tarikh itu Anwar dibebaskan dari penjara selepas mendapat pengampunan penuh diraja dalam kes liwat melibatkan Mohd Mohd Saiful Bukhari Azla

4d56bb16b7a24ec69de5f205432ebc60.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/512334

Anwar mahu pastikan 'Umno 2.0' tak terlalu berpengaruh

16.05.2018 - Kuala Lumpur, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memastikan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) di bawah teraju Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melaksanakan agenda pembaharuan.

"Beliau (Dr Mahathir) yang berkuasa. Tugas saya adalah bagi memastikan beliau terus berkuasa, selagi ia mengikut agenda pembaharuan.

"Saya sudah memberitahu beliau bahawa saya akan membantu dengan apa saja cara - terutamanya bagi memastikan tidak terlalu banyak pengaruh watak Umno 2.0," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif di rumahnya di Kuala Lumpur.

Anwar turut menjelaskan bahawa beliau akan menyampaikan pendirian PKR dalam isu-isu kerajaan tanpa mengganggu kerja kerajaan.

Anwar bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkannya dengan "Umno 2.0", namun beliau menggunakan istilah itu sekali lagi apabila ditanya tentang penglibatan bekas menteri kewangan Tan Sri Daim Zainuddin dalam kerajaan ketika ini.

Istilah Umno 2.0 sebelum ini digunakan oleh penyokong HARAPAN yang bimbang dengan penyertaan anggota Umno dalam HARAPAN selepas parti itu kehilangan kuasa dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Sementara itu, Anwar optimis apabila ditanya sama ada Dr Mahathir boleh menunaikan janji untuk membuat agenda pembaharuan dalam negara.

"Beliau menunjukkan perubahan yang ketara, beliau sendiri sudah melaksanakan beberapa pembaharuan.

"Namun perlukan pasukan (daripada semua Pakatan Harapan) bagi memastikan agar kita bergerak seiring dengan beliau, memberi sokongan kepada beliau, dan sentiasa tegas bagi memastikan agenda pembaharuan tidak dipinggirkan," katanya.


Ditanya bagaimana beliau akan memastikan Dr Mahathir dan kerajaan baru berada di landasannya ketika berada di luar negara, Anwar menjelaskan rancangan untuk ke luar negara hanya untuk tempoh singkat.

"Paling lama sebulan," katanya.

Terdahulu, dalam sidang media, beliau menjelaskan rancangannya untuk memberikan kuliah di luar negara sebagai cara untuk berehat daripada aktif dalam politik selepas dibebaskan.

39dbe37f4e92948c4690e16eca826fe5.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/425338

Perjumpaan Team DAP, DSAI

ebd34db3360db4d34c802f13a63ec043.jpg


c53accaa35306d969cada8d888400355.jpg


8782ce9ee2d89feb906062c52092c3bc.jpg


8bad7dcc2917992910360773dab9114a.jpg


0bb5a2d30c263e27364a5adbddbd2de4.jpg


27d9649913a864d7d5f9dda0ddbcd4a3.jpg


3ca973bf0a9522f921d864fe7a7c567b.jpg


1fd71fd6a7552ff7b323f67b572c63cd.jpg

Anwar: Saya tak kalut nak ganti Mahathir

16.05.2018 - Kuala Lumpur, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak tergesa-gesa untuk menjadi perdana menteri.

Beliau juga menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan sedia ada pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Sebagai rakyat yang prihatin, saya akan berikan sokongan penuh (pada mereka) untuk menguruskan negara ini atas kesefahaman bahawa kami komited kepada agenda reformasi," katanya.

Anwar berkata, ia termasuk reformasi dalam sistem kehakiman, media dan jentera-jentera kerajaan negeri.

Ditanya tentang tempoh masa untuk beliau menggantikan Mahathir, Anwar menjawab beliau perlu berbincang terlebih dahulu dengan pengerusi Pakatan Harapan.

"Saya tidak fikir saya harus dilihat tergesa-gesa atau menuntut tempoh masa segera," katanya kepada pemberita di rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur.

Anwar dibebaskan hari ini setelah mendapat pengampunan penuh diraja.

4f3b409363f20951d50921b57f970e5d.gif


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/425235

Alhamdulillah, terima kasih Tuanku - Anwar

16.05.2018 - Kuala Lumpur, "Alhamdulillah, terima kasih Tuanku".

Itulah reaksi pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara di Kuala Lumpur susulan pembebasannya.

Beliau berkata demikian sebelum beredar meninggalkan perkarangan hari ini.

Anwar, 71, dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampunan penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman, Anwar berkata fokus beliau kini ialah untuk pulang ke rumah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Bersama Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah.

Dr Wan Azizah berkata beliau memanjatkan syukur di atas pembebasan suaminya hari ini.

"Ia adalah detik yang sungguh bermakna. Saya sangat bersyukur dan lega, Ia satu permulaan untuk membina negara," kata Dr Wan Azizah.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata beliau bersyukur di atas pembebasan bapanya yang juga ketua umum PKR dan menyifatkan keadilan telah ditegakkan menerusi pembebasan itu.

"Saya menjunjung kasih kepada baginda tuanku," katanya.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula berkata pihak kepimpinan parti akan menyusun jadual Anwar agar bekas timbalan perdana menteri itu dapat memainkan peranan lebih aktif dalam politik negara.

"Alhamdulillah kita bersyukur selesai semua masalah atas limpah perkenan Tuanku untuk memberikan pengampunan penuh kepada Anwar dan kembalikan hak yang sepatutnya sebagai warganegara untuk terus menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau kepada rakyat dan negara," katanya.

Rayuan pengampunan penuh Anwar dibentangkan dan dipertimbangkan mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 yang berlangsung hari ini.

Menurut kenyataan rasmi Istana Negara, Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kula Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah berkenan rayuan pengampunan penuh Anwar dibenarkan dan dibebaskan serta-merta berkuat kuasa hari ini selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah berhubung kes liwat.

Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, dijadual dibebaskan pada 8 Jun.

05626544a719fd22978e91101a359c93.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/425220

DSAI Is Back !

Selepas menjalani lebih tiga tahun hukuman penjara atas kesalahan meliwat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir dibebaskan. Ini susulan Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara itu.

Anwar dan keluarganya, khususnya Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga adalah isterinya dan anak mereka, Nurul Izzah yang kini adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul, telah lama mendakwa pertuduhan itu bermotivasi politik.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari pada 2008. Keputusan dan hukuman itu kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Kekalahan mengejutkan BN pada pilihan raya umum minggu lalu menyaksikan kerajaan HARAPAN yang baru bergerak pantas untuk mendapatkan pengampunan buat Anwar dan melepaskannya dari penjara.

Anwar dijangka mengambil alih daripada perdana menteri ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa dua tahun.

Tajuk utama:
- Istana Negara: Anwar diberi pengampunan penuh
- Anwar keluar dari hospital dan sedang menuju ke Istana Negara
- Beliau dijangka dibebaskan pada jam 11.30 pagi
- Seri Paduka berkenan berjumpa Anwar, Wan Azizah, Azmin pada jam 12.30 tengah hari
- Lembaga Pengampunan bersidang jam 11 pagi

1:25pm - Istana Negara - Anwar kelihatan keluar melalui pintu 1 Istana Negara dan dipercayai menuju ke kediamannya di Bukit Segambut.

Beliau juga dijadual mengadakan sidang media di sana. Wartawan dan jurugambar kemudian bergegas meninggalkan Istana Negara dan menuju ke Bukit Segambut pula.

Terdahulu di pintu 2 istana, kira-kira 300 penyokong Anwar berkumpul. Mereka turut melaungkan "reformasi".

1:10pm - Istana Negara - Suasana di hadapan Istana Negara kini meriah dengan semakin ramai kehadiran penyokong. Adalah dianggarkan kira-kira 300 orang sedang berkumpul di sini.

Ada juga penyokong, termasuk dari PKR Wangsa Maju yang membawa plakad "Selamat Kembali Pejuang Rakyat".

Turut juga kelihatan 50 teksi bewarna biru yang membawa bendera PKR bagi menyatakan sokongan ke atas pembebasan Anwar, hari ini.

Mereka turut membunyikan hon sambil melampai tangan kepada pihak media.

"Datang bagi sokongan terhadap pembebasan Anwar. Dulu dalam parlimen dia selalu bela nasib teksi.

"Kami tertekan selama ni dengan sikap kerajan lama tindas kami dengan perkhidmatan e-hailimg yang tiada kata putus dan tiada kelulusan.

"Harap HARAPAN akan mengkaji semula e-hailing di Malaysia yang tak sepatutnya diadakan disini," kata Pengerusi Suara Harapan Pemandu Teksi Semalaysia Zaidi Maaini.

1:05pm - Bukit Segambut - Seorang warden dari Jabatan Penjara dan kenderaan SUV hitam memasuki perkarangan rumah. Media terus meluru ke arah kenderaan itu.

Walau bagaimanapun, Anwar tidak berada di dalam SUV berkenaan dan situasi dengan cepat menjadi tenang.

Anwar dijangka pulang tidak lama lagi.

12:45pm - Segambut, Kuala Lumpur - Jalan ke rumah Anwar di Bukit Segambut dihiasi dengan bendera PKR.

Di luar pintu pagar, tertera sepanduk "Anwar masih relevan, bapa reformis Malaysia" .

Di dalam kawasan rumahnya, keadaan sedikit tegang dengan kehadiran para wartawan dan penyokong yang berasak sementara menunggu ketibaan ketua umum PKR itu.

12:18pm - Pintu 2, Istana Negara - Kelihatan lebih 20 penyokong Anwar tiba di kawasan istana dengan memakai baju-t PKR. Selain itu, hadir sama adalah 50 petugas media dari dalam dan luar negara yang menunggu Anwar keluar.

Anwar sudahpun mendapat pengampunan penuh daripada Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat hari ini.

Anwar memasuki Istana Negara pintu 1 pada jam 11.55 pagi tadi.

12.23pm - Istana Negara, Kuala Lumpur - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berada di sini ketika Anwar dibawa masuk ke istana.

12:00pm - Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan media mengesahkan bahawa Anwar telah diberi pengampunan penuh.

"Rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, telah dibentangkan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 pada 16 Mei 2018.

“Selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah menitah perkenaan bahawa rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dan diberikan pembebasan serta merta kepada beliau berkuatkuasa mulai dari tarikh persidangan mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,” katanya.

11.55am - Istana Negara - Kenderaan yang membawa Anwar kelihatan memasuki Istana Negara.
Ia bagi proses Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat hari ini.

Persidangan Lembaga Pengampunan hari ini dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan turut dihadiri Peguam Cara Negara II, Datin Zauyah Be T Loth Khan, Dr Mahathir serta beberapa anggota lain.

Beliau dilihat menggengam kuat tangannya ketika bersalaman sambil berbual penuh mesra.

11:53am - Istana Negara - Anwar tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

11.30 pagi - Hospital Rehabilitasi Cheras - Anwar keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras sambil melambai kepada penyokongnya. Beliau masih dikawal oleh warden penjara manakala wartawan meluru ke arahnya.

Keadaan agak kecoh sebelum beliau diarah menaiki sebuah kenderaan untuk ke Istana Negara bagi proses pengampunan itu.

Beliau kelihatan segak dengan memakai kot dan bertali leher merah gelap. Anwar juga kelihatan ceria dan terus senyum kepada penyokongnya yang terus melaungkan reformasi.

11:05 pagi - Putrajaya - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat berlepas dari Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Beliau menuju ke Istana Negara untuk mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes Anwar.

Perdana Menteri adalah salah seorang anggota Lembaga Pengampunan.

11.00am - Hospital Rehabilitasi Cheras - Ketua Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu media bahawa Anwar Ibrahim dijangka bebas dan keluar dari hospital dalam masa setengah jam iaitu pukul 11.30 pagi.

Anwar akan mengadakan sidang akhbar itu sejurus sebelum berlepas untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Seri Paduka berkenaan berjumpa dengan Anwar, Wan Azizah dan Azmin.

10.30am - Hospital Rehabilitasi Cheras - Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali tiba dengan membawa surat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang berkenaan menerima Anwar, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin untuk mengadap.

Mesyuarat itu akan berlangsung pada jam tengah hari di Istana Negara di Kuala Lumpur, selepas ketua umum PKR itu mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan.

"Kami akan ke istana pada pukul 11.30 pagi," kata Azmin kepada wartawan tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di sana.

10:30am - Petaling Jaya - Lembaga Pengampunan Diraja dijangka bersidang pada jam 11 pagi ini di Istana Negara.

Portal Berita Harian Online memetik sumber Jabatan Penjara sebagai berkata, sekiranya permohonan pengampunan diluluskan hari ini, pihak penjara akan melaksanakan prosedur pembebasan di Wad 2C, Hospital Rehabilitasi Cheras.

Katanya, selepas itu pasukan pengiring Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan membawa beliau pulang ke kediamannya di Bukit Segambut.

"Pasukan Pengiring Anwar diketuai oleh PP Sirajuddin Abdul Majid bersama lebih 50 orang pegawai dan anggota Unit Kawalan & Pencegahan (UKP) dan Trup Tindakan Cepat (TTC) Jabatan Penjara Malaysia.

"Mereka dibantu Cawangan Trafik Wilayah Kuala Lumpur Cawangan Khas Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras dan Bahagian Ketenteraman Awam IPD Cheras," katanya.

10:00am - Hospital Rehabilitasi Cheras - Penyokong yang datang dengan bas sambil memakai baju biru muda yang tertera gambar Anwar tiba lebih awal daripada jangkaan waktu pembebasan.

Kira-kira 100 daripada mereka berkumpul di luar Hospital Pemulihan Cheras, sambil mengibarkan bendera PKR dan melaungkan "reformasi".

74aae88f1845e1d0dafb69de31042b08.jpeg


5a0288328e1ef0f37be3f77d14661ca9.jpeg


5e571852f4ae33cafd1d6dbc8a20d383.jpeg


dbd2679e407fca01e9d6774a7314b2a2.jpeg


f8294c41d2629c4f8504361582455f49.jpeg


f421690fb2343fff27cbba610e7141cd.jpeg


66c2b7d40807f64088a38fa7bbed6df8.jpeg


ebcea5b4579101e4cb5eef02a86a4045.jpeg


302e3c477512b18dc52ec659e0806061.jpeg


9d48539b726a3f4e44529a093309c899.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/425164

Pembebasan Papa Hadiah Istimewa Ramadan

15.05.2018 - Kuala Lumpur, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan berita pembebasan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka esok adalah hadiah istimewa menjelang Ramadan.

"Kami telah tidak bersamanya pada banyak Ramadan dan saya anggap inilah hadiah paling manis untuk keluarga dan keluarga besar di Permatang Pauh," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini.

Nurul Izzah berkata usaha petisyen permohonan pengampunan untuk Anwar yang dimulakan sejak 2015 akhirnya berjaya.

"Kami sentiasa berjuang bersamanya dalam usaha melakukan reformasi keadilan… ini bukan setakat mengenai bapa saya, tetapi melakukan ini demi keadilan,” kata beliau.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan agar mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja berkaitan proses pengampunan dan pembebasan Anwar dimuktamadkan esok.

Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantunya.

Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun.

364d9c7940a2c8e99a903a4583bf7f87.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/425126

Di Jadual Penampilan Sulung Esok, DSAI

15.05.2018 - Kuala Lumpur, Poster sedang beredar di media sosial menggesa orang ramai supaya berkumpul di Padang Timur, Petaling Jaya, petang esok untuk meraikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang dijangka diberi pengampunan esok, dikatakan akan membuat penampilan pada jam 10 malam. Beliau kemudian akan berucap kepada hadirin pada jam 10.45 malam.

“Hadirlah beramai-ramai. Kita sambut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan laungan Reformasi,” kata poster itu, yang menyeru agar orang ramai berpakaian biru muda, yang adalah warna rasmi PKR.

Para pemimpin tertinggi Pakatan Harapan juga dijangka hadir pada acara tersebut. Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara mereka.

Pada 10 Feb 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Anwar bersalah dalam tuduhan meliwat.

Mahkamah juga mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas bekas pemimpin pembangkang itu.

Anwar mendakwa bahawa tuduhan itu, sama seperti yang dikenakan ke atasnya pada tahun 1999 apabila Dr Mahathir adalah perdana menteri, telah direkayasa.

Sebelum pilihan raya umum ke-14 yang menyaksikan kemenangan buat Pakatan Harapan, Mahathir berulang kali menegaskan bahawa bekas seteru politiknya itu akan diberi pengampunan.

Ini bagi membolehkan Anwar kembali ke politik secara aktif serta-merta.

Mahathir juga berjanji akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Anwar dalam masa dua atau tiga tahun akan datang.

Selepas beberapa penangguhan dan kenyataan yang bercanggah hingga menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi, semalam Lembaga Pengampunan mengumumkan bahawa mereka akan bertemu esok untuk memutuskan status Anwar.

Bekas ketua pembangkang kini berada di Hospital Pemulihan Cheras di Kuala Lumpur di mana dia sedang mendapat rawatan selepas menjalani pembedahan di bahu.

98d0c960f5461af5609f4cd401f2b61a.jpg


10791f940da4d07304d851175bbe6708.jpg


Nota: Seorang penyokong Pakatan Harapan, A Devamalar, 45, hadir dengan mengenakan sari lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hospital Rehabilitasi Cheras, bagi memberikan sokongan pengampunan penuh diraja kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/425025

PKR Minta Penyokong Anwar Bersabar

Penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta bersabar sehingga ketua umum parti itu dibebaskan kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Ya minta penyokong bersabar, penyokong saya difahamkan dah mula sampai dari seluruh negara," katanya kepada pemberita di Hospital Rehabilitasi Cheras sebentar tadi.

Katanya, sejurus pembebasan itu Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengatur mobilisasi menyambut Anwar serta, bekas ketua pembangkang itu akan menyampaikan ucapannya.

“(Esoknya juga) Ramadhan pertama, kita akan susun mobalisasi pembebasan itu. Anwar akan turun beri ucapan,” katanya.

Ditanya mengapa penangguhan mesyuarat Lembaga Pengampunan dibuat pada Rabu, Saifuddin berkata ia merupakan permintaan daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Katanya, lagi segala dokumentasi berkaitan Anwar telah pun lengkap dan kini cuma menunggu mesyuarat Lembaga Pengampunan itu sahaja.

“Saya bercakap dengan bahagian undang-undang PMO yang mengesahkan semua dokumentasi lengkap. Kita melihat ini satu perkara normal, mungkin Lembaga Pengampunan perlu sedikit masa lagi dan saya optimis perkara (mesyuarat) itu akan berlaku jam 11 pagi, Rabu untuk kita menyambut Datuk Seri Anwar,” katanya.

Sementara itu, peguam Anwar, R Sivarasa berkata, persidangan Lembaga Pengampunan itu akan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong dan turut dihadiri Peguam Cara Negara II, Datin Zauyah Be T Loth Khan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta beberapa anggota lain.

9d87677a20123aac4fd55ef3eb275fd8.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/424900

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Kes Anwar Rabu Ini

14.05.2018 - Kuala Lumpur, Lembaga Pengampunan akan bermesyuarat mengenai pembebasan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu ini berbeza dengan laporan media sebelum ini yang mengatakan mesyuarat itu berlangsung esok.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Jabatan Perdana Menteri memberitahu perkara itu.

"Oleh yang demikian, sebarang program berkaitan pembebasan Anwar ditangguhkan sehingga pemberitahun selanjutnya," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

fe7e7c1b6cf09df0314ab4137d8d8ee9.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/424865

TV3 Diarah Bayar Pampasan RM1.1 Juta, DSAI

14.05.2018 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) membayar RM1.1 juta kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Ahmad Zaidee Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendapati TV3 memfitnah Anwar dalam laporannya yang mendakwa ketua umum PKR itu sebagai dalang dalam serangan di Lahad Datu pada 2013.

Mahkamah memerintahkan TV3 membayar RM600,000 sebagai ganti rugi am serta ganti rugi teruk dan teladan, masing-masing sebanyak RM250,000.

Hakim Ahmad Zaidee juga memerintahkan TV3 membayar kos sebanyak RM40,000.

49f8c3b1f47cf315da6311cead57fec4.jpeg


Source https://www.malaysiakini.com/news/424814

Zahid Nafi Temui Anwar

14.05.2018 - Kuala Lumpur, Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan beliau berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Menurut Zahid beliau bukan sahaja tidak bertemu bekas ketua pembangkang itu malah mengadakan solat hajat pada waktu yang diperkatakan.

"Waktu seperti yang didakwa media berkenaan, saya sedang bersolat hajat di rumah saya," katanya pada sidang media di Menara Dato Onn di ibu negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan Zahid mengadakan pertemuan dengan Anwar di Pusat Rehabilitasi Cheras pada petang semalam.

Pada sidang media sama, Zahid berkata beliau diberi mandat oleh ahli Majlis Tertinggi Umno sekiranya mahu mengadakan sebarang rundingan.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut sama ada rundingan itu termasuk dari pihak parti kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Majlis Tertinggi telah beri mandat pada saya bahawa jika ada sebarang rundingan yang mahu dibuat bagi pihak BN dan Umno ia hendaklah dibuat secara end bloc.

"Kita akan menggunakan segala kekuatan Umno dan BN demi mengadakan rundingan dengan siapa sahaja bagi pembentukan dalam sebarang bentuk kerajaan atau sebagai pembangkang.

"Di dalam hal ini, ahli-ahli Majlis Tertinggi telah beri mandat sepenuhnya pada saya untuk mengadakan perundingan dan juga langkah-langkah selanjutnya," katanya lagi

ca4d4cb5305526e990573bba941f2ffb.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/424799

Anwar mungkin bebas seawal petang esok

14.05.2018 - Kuala Lumpur, Lembaga pengampunan diraja akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan pengampunan terhadap Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim, jam 5 petang esok.

Naib Presiden PKR yang juga anak sulung Anwar, Nurul Izzah berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat menjangkakan berapa lama proses itu akan berlangsung

Namun, beliau positif Anwar akan mendapat pengampunan dan seterusnya dibebaskan esok.

"Saya diberitahu oleh peguam Anwar mengenai perkara ini dan setakat itu sahaja maklumat yang saya tahu.

"Insyaallah (Anwar keluar) esok tapi kita tak dapat menjangkakan bila. Tetapi tentunya Anwar akan terus buat sidang media esok," katanya ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras sebentar tadi.

d5350f09b17e358cbc8c6db2a66d1c1e.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/424778

Sidang Media Esok, DSAI

14.05.2018 - Kuala Lumpur, Lembaga pengampunan diraja akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan pengampunan terhadap Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim, jam 5 petang esok.

Naib Presiden PKR yang juga anak sulung Anwar, Nurul Izzah berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat menjangkakan berapa lama proses itu akan berlangsung


Namun, beliau positif Anwar akan mendapat pengampunan dan seterusnya dibebaskan esok.

"Saya diberitahu oleh peguam Anwar mengenai perkara ini dan setakat itu sahaja maklumat yang saya tahu.

"Insyaallah (Anwar keluar) esok tapi kita tak dapat menjangkakan bila. Tetapi tentunya Anwar akan terus buat sidang media esok," katanya ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras sebentar tadi.

d874a3f35965545be52ec917a8453180.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/424778

Anwar Bebas Dari Penjara Selasa Ini

12.05.2018 - Putrajaya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara Selasa ini kata anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar kepada Reuters hari ini.

Minggu ini perdana menteri yang baru dilantik Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua usaha dilakukan bagi membebaskan Anwar - bekas musuh ketatnya - secara serta-merta dan memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

"Ya," kata Nurul Izzah melalui mesej teks apabila diminta mengesahkan sama ada Anwar akan dibebaskan pada Selasa atau tidak.

Anwar dipenjara pada 2015 atas kesalahan meliwat - satu tuduhan yang ditegaskan oleh beliau serta penyokongnya sebagai bermotifkan politik.

1e311afd53a965ef012c43379f431763.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/424503

Last edited:
Jadi Mahthir or Anwar yang akan lead pulihkan Malaysia ni? Tertanya juga, ke Anuar terus ambil alih.
 
Timing mmg tepat. Dpt plak YDPA dr kelantan. Ketua agama yg baik, kerajaan yg baik. Kalau camni mmg malaysia bole bangkit dr tido.
 
Timing mmg tepat. Dpt plak YDPA dr kelantan. Ketua agama yg baik, kerajaan yg baik. Kalau camni mmg malaysia bole bangkit dr tido.

aik lain tone ang, ritu kata tak menang
 
semoga semuanya dipermudahkan.. Malaysia Aman
 
aik lain tone ang, ritu kata tak menang

Sbb tgk muke najib mcm konpiden menang.:p
Aku tak ngundi pom. Yg lps dun & parlimen aku kaler biru. Kali ni dedua merah. Tekezut aku..:o Skarang tone ceria skek..:">
 
Back
Top
Log in Register