BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan Melaksanakan Ibadah Korban

1000253358.jpg


Waktu Sembelih Binatang Korban Hari Raya Aidiladha

1. Bermula selepas timbulnya matahari pada 10 Zulhijjah. Kadar timbul matahari boleh dikira selepas selesainya solat sunat hari raya Aidiladha dan dua khutbah yang tidak terlalu panjang.

2. Jika sembelihan dibuat sebelum waktu ini, ia tidak dikira sebagai korban dan hanya dikira sebagai sedekah sahaja (sembelihan untuk mendapat daging semata-mata).

3. Waktu sembelihan korban adalah selama 4 hari iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hari tasyrik berakhir setelah terbenam matahari 13 Zulhijjah. Jika dilakukan selepas itu, ianya tidak dikira sebagai korban dan dikira hanya untuk mendapatkan daging semata-mata.

4. Sekiranya seseorang bernazar untuk melakukan korban dan tidak sempat melakukannya dalam hari-hari tasyrik, maka dia wajib melakukan korban tersebut walaupun tempohnya sudah tamat. Korban tersebut dikira sebagai qada dan qada tidak gugur dengan berlalunya waktu.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
 
1000253912.jpg


🌟HIKMAH KORBAN🌟

Hukum memotong bulu atau kuku pada badan bagi orang yang ingin melaksanakan korban

Daripada Ummu Salamah R.Anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Sesiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

(Riwayat Muslim 1977, Abu Daud 2791)
 
1000254699.jpg


🌟HIKMAH KORBAN🌟

Hukum korban haiwan yang sedang hamil

Tidak sah. Hal ini kerana keadaan hamil itu merupakan satu ‘aib (kekurangan) yang menjejaskan kualiti dan kuantiti daging korban yang diperoleh daripada haiwan tersebut.

وشرطها سلامة من عيب ينقص لحما

Syaratnya (haiwan yang dijadikan binatang korban) ialah mestilah bebas daripada aib yang menyebabkan daging haiwan tersebut berkurang.

(Imam Nawawi, Minhaj al-Talibin, 1:320)
 
Begitu juga dalam Hasyiah al-Bajuri, al-Sheikh Ibrahim al-Bajuri menyebutkan bahawa:


وَ يُشْتَرَطُ فِي اللَحْمِ أَن يَكُونَ نِيئًا لِيَتَصَرَّفَ فِيهِ مَن يَأْخُذُهُ بِمَا شَاءَ مِن بَيْعٍ وَ غَيْرِهِ كَمَا فِي الكَفَارَاتِ فَلَا يَكْفِي جَعْلُهُ طَعَامًا مَطْبُوخًا وَ دُعَاءَ الفُقَرَاءِ إِليْه لِيَأْكُلُوهُ


Maksudnya: Disyaratkan bagi daging korban tersebut untuk disedekahkan dalam keadaan mentah supaya dapat dimanfaatkan bagi sesiapa yang menerimanya mengikut apa yang dikehendaki olehnya sama ada menjualnya atau seumpamanya, sepertimana sama juga dalam bab kafarah. Justeru itu, tidak memadai memberi sedekah dengan menjadikannya sebagai makanan yang dimasak kemudian diajak golongan fakir miskin untuk memakannya. (Rujuk Hasyiah al-Bajuri, 2:567)


Oleh itu, jelas kepada kita bahawa daging korban wajib diberikan sebahagian daripadanya sebagai sedekah dalam keadaan mentah, dan bukannya dimasak dan dijamukan. Walaubagaimanapun, para ulama’ tidak menetapkan kadar tertentu bagi sedekah yang wajib daripada haiwan korban tersebut, bahkan dibolehkan untuk memberi sedekah walaupun dengan kadar sedikit sahaja. Berkaitan hal ini, Imam Khatib al-Syarbini menyebut di dalam kitabnya Mughni Muhtaj bahawa:


وَ الأَصَحُّ وُجُوبُ التَصّدُّقِ بِبَعْضِهَا وَلَوْ جُزْءًا يَسِيرًا مِن لَحْمِهَا بِحَيْثُ يَنْطَلِقُ عَلَيْه الإِسْم عَلَى الفُقَرَاءِ


Maksudnya: Pendapat yang paling sahih ialah wajib untuk memberi sedekah sebahagian daripadanya walaupun pada kadar yang sedikit daripada daging tersebut sekira-kira boleh dinamakannya sebagai sedekah, kepada golongan fakir miskin. (Rujuk Mughni Muhtaj, 4: 387-388)

Kesimpulan

Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa tidak boleh untuk dimasak dan dijamukan kesemua daging korban, bahkan wajib untuk disedekahkan sebahagian daripadanya dalam keadaan mentah kepada golongan fakir miskin.

Kadar sebahagian itu tidak ditetapkan, bahkan boleh diberikan dalam kuantiti yang sedikit dan kepada seorang sahaja daripada golongan fakir miskin. Manakala, daging korban yang berbaki daripada apa yang telah disedekahkan tersebut, bolehlah dimasak dan diadakan kenduri untuk dijamu kepada orang ramai.


 
Al-Kauthar 108:2
Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”
 
1000614994.jpg


🌿 ❇️ HADIS HARI INI ❇️ 🌿

Berbuat baiklah kepada haiwan yang ingin disembelih.
Islam bukan hanya mengajar menyembelih,
tetapi menyuruh kita melakukannya dengan ihsan dan belas kasihan.

📖 Sabda Nabi SAW:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah mewajibkan supaya selalu bersikap baik terhadap segala-galanya. Jika kamu membunuh (buruan) lakukanlah dengan cara yang baik. Dan jika kamu menyembelih sembelihan, lakukanlah dengan cara yang baik, tajamkan mata pisaumu, sehingga tidak terlalu menyakiti haiwan sembelihanmu."
(HR Muslim)


#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
 
adab kurban
cara sembelih lembu korban
 
Back
Top
Log in Register