BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan Melaksanakan Ibadah Korban

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
IMG_20220701_084355_439.jpg

KELEBIHAN MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN

Kita digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban bagi sesiapa yang berkemampuan kerana ia merupakan salah satu daripada syiar Islam.

Rasulullah SAW bersabda : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih diredhai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”

Hadis Riwayat Tirmizi, 1493
 
loanstreet-loanstreet-langkah-elak-scam-ibadah-korban-luar-negara-6.jpg

Sumber Imej: Suara.TV | Skim Penipuan Luar Negara, PPIM Terima Banyak Aduan

3 Langkah Untuk Elak Kena Scam Ibadah Korban Luar Negara​

loanstreet-langkah-elak-scam-ibadah-korban-luar-negara.jpg

Kalau korang pun rasa was-was, ni langkah-langkah umum sebelum nak buat ibadah korban luar negara:

Baru-baru ni, admin adalah terbaca pasal ramai rakyat Malaysia pilih untuk buat ibadah korban kat luar negara. Ada yang sampai Kenya, Chad, Uganda, dan sebagainya. Kenapa? Rupanya ibadah korban luar negara lagi murah disebabkan kadar pertukaran matawang rendah dan kebanyakannya negara penternak.

Tapi, boleh percaya ke buat ibadah korban kat luar negara ni? Sedangkan pakej umrah dan haji yang sedia ada pun boleh kena tipu inikan pula hal ibadat korban luar negara.

1. Pastikan organisasi yang anjurkan program korban luar negara tu berdaftar

loanstreet-langkah-elak-scam-ibadah-korban-luar-negara-1.jpg


Semak dulu sama ada syarikat yang tawarkan pakej tu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau tak. Sekurang-kurangnya, kalau ada masalah penipuan, korang boleh terus login akaun SSM, beli "Business Profile" dan korang boleh terus buat laporan polis.

Tak tau camne nak semak? KLIK SINI untuk semak maklumat bank atau nombor telefon pihak pengeluar pakej.

loanstreet-langkah-elak-scam-ibadah-korban-luar-negara-2.jpg

Selain tu, korang boleh semak jugak kat portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, (CCID) untuk pastikan maklumat akaun bank dan nombor telefon penganjur.

Kalau keluar tanda amaran, jauhkan diri dan laporkan terus kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) untuk pastikan yang iklan tersebut disekat.


2. Semak dan bandingkan pakej ibadah korban luar negara

loanstreet-langkah-elak-scam-ibadah-korban-luar-negara-3.jpg

Sumber Imej: ezQ & Aman Palestin

Kalau korang pilih pakej korban, semak dulu latar belakang syarikat penganjur dan review daripada orang ramai untuk dapatkan gambaran sebenar perkhidmatan untuk elakkan korang dari ditipu.

loanstreet-loanstreet-langkah-elak-scam-ibadah-korban-luar-negara-4.jpg


Lagi satu, elakkan mentaliti buat korban sebab murah. Boleh jadi harga murah tapi kualiti haiwan sembelihan rendah. Check sama ada harga yang ditawarkan untuk pakej korban itu relevan. Semak sekali harga haiwan ternakan semasa. Jangan tertipu dengan alasan pihak pengeluar.

Sekiranya pengendali pakej tak bagi tahu korang harga sebenar satu bahagian korban dan kadar upah yang yang diambik sampailah selesai proses penyembelihan, akad wakalah tersebut mengandungi unsur gharar (ketidakpastian) yang boleh menyebabkan ibadah korban korang jadi tak sah.


3. Pastikan ada dokumen hitam putih

Benda yang paling mustahak adalah kontrak wakalah — satu borang yang korang kena isi dulu sebelum proceed dengan ibadah korban luar negara. Wakalah kat sini bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya.
Jadi kontrak wakalah ni macam satu persetujuan antara dua pihak lah. Kalau ada apa masalah boleh rujuk balik terma-terma kontrak yang dah ditentukan. Terjamin sikit lah ibadah korban luar negara korang tu.

baca seterusnya

 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tuntutan Ibadat Korban Bagi Yang Mampu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

Daripada Abi Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang ada kelapangan belanja tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri masjid kami. (Musnad Ahmad No: 7924) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.Ibadah korban sebagai tanda bersyukur di atas segala nikmat yang kita perolehi.

2.Orang yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan ibadah korban seolah-olahnya tidak layak mendatangi masjid untuk melaksanakan ibadat solat.

3.Dalam Mazhab Syafie, kelapangan belanja bermaksud seseorang yang mempunyai wang untuk membeli binatang korban, yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya pada hari raya dan hari-hari tasyrik (10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah).

4.Dalam Mazhab Hanbali pula, kelapangan belanja ialah mereka yang dapat membeli harga korban walaupun secara meminjam atau berhutang, dan hutang itu mampu dijelaskan.

5.Imam Malik berkata: “Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya)”. (Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik)

6.Berusaha melaksanakan ibadat korban agar ia menjadi penghapus kepada dosa-dosa kita dan memberi kelegaan khususnya kepada fakir miskin dan kegembiraan jiran tetangga.

7.Bagi mereka yang berkemampuan dan ada lebihan wang, afdhal melaksanakan Ibadat Korban di mana kita tinggal.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

29hb Mei 2023
09hb Zulkaedah 1444H
 

MANA LEBIH UTAMA KORBAN SEEKOR KAMBING ATAU SATU BAHAGIAN LEMBU​

Mardia Mazri 19 July 2021 Hits: 16018
IF52.PNG
Soalan:
Assalamualaikum WBT. Sekiranya saya mempunyai kemampuan, mana lebih baik bagi saya untuk melakukan korban, sama ada menyembelih seekor kambing atau satu bahagian lembu?

Ringkasan Jawapan:

Melakukan korban dengan seekor kambing lebih afdal dibandingkan dengan satu bahagian lembu.

Huraian Jawapan:
Waalaikumussalam W.B.T. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga hari kiamat.

Melakukan korban dengan seekor kambing lebih afdal dibandingkan dengan satu bahagian lembu. Perkara ini disebutkan oleh Imam Khatib al-Syirbini, menurutnya:

(Melakukan korban) bagi seekor kambing adalah lebih afdal daripada berkongsi seekor unta kerana seseorang itu bersendirian dalam menumpahkan darah dan lebih enak dagingnya (Rujuk Khatib al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj, 4/285).

KESIMPULAN

Melakukan korban dengan seekor kambing lebih afdal dibandingkan dengan satu bahagian lembu kerana mengorbankan satu haiwan untuk seorang lebih afdal daripada berkongsi beberapa orang pada satu haiwan. Selain itu, daging kambing juga lebih baik dan enak untuk dikongsi dan diagihkan kepada orang lain.
Wallahu a’lam.

 

HUKUM MEMBERIKAN DAGING KORBAN SEBAGAI UPAH PENYEMBELIH dan juga pelapah daging?​



daging-korban-1.jpg

Gambar hiasan
Bolehkah memberikan upah berupa daging korban kepada penyembelih dan juga pelapah daging?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Terdapat sebuah hadith yang sahih berkenaan persoalan di atas yang mana menunjukkan terdapat larangan untuk diberikan upah kepada penyembelih daripada bahagian daging korban itu. Ianya hadith yang telah diriwayatkan daripada ‘Ali bin Abi Talib RA iaitu:
أَمَرَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَقُومَ عَلَى الْبُدْنِ، وَلاَ أُعْطِيَ عَلَيْهَا شَيْئًا فِي جِزَارَتِهَا
Maksudnya: Rasulullah SAW telah mengarahkan aku untuk melakukan sembelihan terhadap unta dan mengarahkan juga kepadaku agar tidak memberi daging daripadanya sebagai upah kepada penyembelih dan juga pelapahnya.
Riwayat Al-Bukhari (1716) & Muslim (1317)​

Manakala di dalam riwayat Muslim terdapat tambahan daripada ‘Ali bin Abi Talib RA yang mengatakan: “Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.

Berkenaan hadith di atas, al-Imam al-Son’ani Rahimahullah di dalam kitabnya Subul al-Salam ada memberikan komentar terhadapnya dengan mengatakan:

Hadith ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binatang korban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan sebabkan kedudukannya sebagai upah. Hukum sembelihan korban sama seperti hukum sembelihan haji di mana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya.”
[Lihat Subul al-Salam. Dar al-Hadith, 2/537]​

Seterusnya, al-Imam al-Nawawi Rahimahullah juga ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Minhaj iaitu syarah kepada hadith-hadith di dalam Sahih Muslim dengan mengatakan:

Tidak dibenarkan untuk memberikan sesuatu daripada bahagian korban kepada al-Jazzar (tukang sembelih) dan inilah mazhab kami dan dengannya juga adalah pendapat ‘Atho, al-Nakha’ie, Malik, Ahmad, Ishak dan dihikayatkan daripada Ibn al-Munzir daripada Ibn Umar daripada Ahmad dan Ishak bahawa dibolehkan untuk menjual kulit sembelihan hadyu dan bersedekah dengan harganya”.
[Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 9/65]​
Pendapat yang sama juga diulangi oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu Syarh al-Muhazzab.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas dengan melihat kepada dalil dan juga pendapat para ulama’ mengenainya, maka kami katakan di sini bahawa tidak dibolehkan untuk memberikan upah berupa bahagian korban kepada tukang sembelih.

Adapun penyelesaian yang boleh difikirkan untuk diberikan kepada penyembelih adalah berdasarkan perkataan ‘Ali bin Talib RA sepertimana di dalam riwayat Muslim iaitu upah diberikan kepada penyembelih menggunakan harta dari empunya korban/organisasi dan bukannya dari bahagian korban.

Pihak masjid juga boleh menetapkan harga korban termasuk kos pengurusan yang munasabah kepada mereka yang menyertai ibadah korban di sesuatu tempat dan kos pengurusan itu boleh diperuntukkan sebahagiannya kepada tukang sembelih kerana menggunakan kepakarannya dalam urusan tersebut. Begitu juga kos-kos yang perlu ditanggung oleh penyembelih seperti kos pengangkutan dan masa yang telah diperuntukkan.

Adapun daging, maka ianya tidak boleh dijadikan upah buat tukang sembelih. Tetapi, sekiranya tukang sembelih itu sendiri termasuk dari kalangan fakir miskin maka pemberian daging korban kepadanya dibolehkan atas dasar dirinya sebagai seorang fakir miskin di samping upah menyembelih yang diberikan bukan dari bahagian korban. Begitu juga diharuskan untuk orang yang berkorban sendiri itu memberikan daging korban kepada penyembelih dan pelapah sebagai hadiah kerana itu merupakan hak orang yang berkorban. Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Muft Wilayah Persekutuan


 
Last edited:

KESILAPAN DAN SALAH FAHAM DALAM IBADAH KORBAN​

  • Menjadikan Daging Korban Sebagai Upah Kerja
  • Mengambil Daging Korban Tanpa Izin
  • Menganggap Tidak Sah Sembelihan Yang Tidak Menyebut Nama Pembuat Korban
  • Melakukan Korban Dari Sumber Yang Haram
  • Berkongsi Binatang Korban Lebih Dari Jumlah Yang Diizinkan
  • Menggunakan Harta Orang Ramai Untuk Korban
  • Menguruskan sembelihan dengan cara yang kejam tanpa ihsan kepada haiwan sembelihan.

pdf
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sembelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Raya

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلَاةِ فَإِنَّمَا ذَبَحَ لِنَفْسِهِ وَمَنْ ذَبَحَ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَقَدْ تَمَّ نُسُكُهُ وَأَصَابَ سُنَّةَ الْمُسْلِمِينَ

Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata; Nabi SAW bersabda: Barang siapa menyembelih (binatang korban) sebelum solat (Eid), maka ia menyembelih untuk dirinya sendiri, dan barang siapa menyembelih setelah solat (Eid), maka ibadah korbannya telah sempurna dan bertindak sesuai dengan sunnah kaum Muslimin." (HR Bukhari No: 5120) Status : Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Penyembelihan korban adalah amal yang lebih disukai Allah pada Hari Raya Eidul Adha dan hari-hari tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah) daripada setiap Muslim yang berkemampuan.

2.Mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban hendaklah melakukan sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha.

3.Sembelihan Korban yang dilaksanakan sebelum solat sunat hari raya tidak menjadi ibadat korban, malah hanya akan menjadi sembelihan untuk makan biasa.

4.Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan waktu sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha pada 10hb Zulhijjah sehingga hari tasyrik terakhir 13hb sebelum waktu maghrib.

5.Laksanakan korban dengan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan di samping cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna.

Berusahalah melakukan sembelihan korban pada waktu yang ditetapkan di samping dilaksanakan dengan sempurna dengan mengambil kira SOP yang ditetapkan di satu-satu kawasan. Moga Allah menerima amal ibadah korban kita.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

28hb Jun 2023
09hb Zulhijjah 1444H
 
IMG_20230628_095236_003.jpg


Hukum Menyimpan Daging Korban Lebih dari 3 Hari?

Pendapat Ali RA dan Ibn Umar RA:

❌ Tidak boleh menyimpan daging korban melebihi 3 hari.

Pendapat Jumhur Ulama :
✅ Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi 3 hari dan hadis mengenai larangannya itu telah dimansuhkan.

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah:
Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.

## Larangan menyimpan daging lebih dari 3 hari adalah berdasarkan keadaan hidup yang sempit dan susah ketika itu. Kemudian hadis larangan tersebut telah dimansuhkan hukumnya kerana keadaan telah berubah kepada lebih baik.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
 
Back
Top
Log in Register