BTC USD 84,004.1 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kelebihan akaun tabung haji

sudah ada akaun tabung haji?


  • Total voters
    0
Mmg bgs tabung haji ni
Tp tmpt ni juga la kerajaan ambil utk jdkn dana
 
ARKIB : 07/11/2010
Syarat tunai haji

Oleh RADHUAN HUSSAIN
[email protected]

MARANG 6 Nov. - Lembaga Tabung Haji (TH) akan menetapkan syarat baru yang hanya membenarkan jemaah haji mendaftar semula selepas sembilan tahun mengerjakan ibadat itu.

Ini bermakna, setiap nama jemaah haji hanya akan disenarai semula untuk menunaikan haji seterusnya hanya selepas tempoh itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (gambar) berkata, langkah itu dibuat bagi memberi peluang kepada mereka yang belum pernah mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

"Sistem (syarat) ini dibuat untuk beri peluang kepada bakal haji yang belum pernah menunaikan ibadat haji disenarai dalam kuota agar ia lebih adil kepada jemaah lain.

"Langkah ini juga akan membolehkan lebih ramai jemaah haji berpeluang menunaikan fardu haji untuk kali pertama," katanya kepada pemberita selepas program Juara Rakyat Peringkat Parlimen Marang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Wakaf Tapai dekat sini hari ini.

Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad.

Menurut Mashitah, TH akan bertindak adil kepada bakal jemaah haji di negara ini agar mereka berkesempatan mengerjakan ibadat haji di Mekah selain menunaikan kewajipan dalam Rukun Islam kelima itu.

Dalam pada itu, TH juga akan memaklumkan kepada Kerajaan Arab Saudi mengenai kuota jemaah haji Malaysia pada masa akan datang.

Ini kerana, jelasnya, setiap negara hanya dibenarkan menghantar satu peratus daripada jumlah penduduk bagi mengerjakan ibadat tersebut.

"Umpamanya Malaysia, biarpun jumlah penduduk mencecah 26 juta orang termasuk bukan Islam namun kita masih mendapat satu peratus daripada jumlah penduduk untuk menunaikan fardu haji," ujarnya.
 
kita patut berasa bangga dgn pencapaian tabung haji skg yg dapat mengurus jemaah haji malaysia dgn baik sehingga menjadi contoh kpd negara2 islam lain...
 
pengurusan Haji oleh Tabung Haji mmg yg terbaik,
berbanding dgn jamaah2 negara lain yg tadak sistem
pengurusan yg sistematik kat Tanah Haram,
kita akan rasa betapa mudahnya pergerakan di sana
dgn asbab sistem pengurusan Tabung Haji yg sgt efisien,
segala kebajikan jamaah sgt2 terjaga
ni adalah pengalaman aku sndri,:)paid
 
kos haji mungkin dinaikkan tahun depan

kos menunaikan haji mungkin akan dinaikkan pada tahun depan...harapan kita semua supaya ia tidak dinaikkan...kita nak pergi tempat yang baik dan penuh keberkatan...kalu blh nak murahkan lg supaya ramai yg masih di bawah paras berkemampuan utk sama2 dpt menunaikan ibadah haji...


berita penuh dlm utusan semalam

SEPANG 10 Nov. - Kerajaan tidak menolak kemungkinan kos mengerjakan haji akan meningkat tahun depan ekoran kepesatan pembangunan di Tanah Suci Mekah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bagaimanapun kerajaan akan memastikan penelitian mendalam terhadap perkara tersebut dilakukan termasuk mengikuti perkembangan yang berlaku di sana.

Menurutnya, perkembangan terkini di Tanah Suci menunjukkan berlakunya peningkatan perbelanjaan terutama dalam kos pengangkutan, makanan dan kadar sewa hotel.

"Banyak bangunan dan hotel sedia ada berdekatan Masjidilharam telah diruntuhkan untuk tujuan pembangunan dan dengan itu kadar sewa kemungkinan meningkat pada masa hadapan.

"Walau apa pun kita akan melakukan penelitian mendalam mengenai perkara ini demi menjaga kepentingan jemaah haji negara," katanya.

Beliau diminta mengulas kemungkinan berlaku kenaikan kos menunaikan haji pada tahun depan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Jamil Khir berkata, kerajaan tetap prihatin dengan kebajikan jemaah haji dan akan mencari penyelesaian terbaik mengenai masalah kenaikan kos mengerjakan haji pada masa akan datang.
Mengulas pertambahan kuota jemaah haji negara, beliau berkata, kerajaan secara berterusan melakukan permohonan kepada kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota sedia ada.

"Permohonan secara berterusan ini diharap menarik perhatian kerajaan Arab Saudi dalam menambah kuota jemaah haji Malaysia," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, penerbangan pertama membawa pulang jemaah haji negara dari Jeddah ke Kuala Lumpur adalah pada 23 November ini.
"Penerbangan terakhir membawa jemaah haji negara pulang pula adalah pada 20 Disember," katanya
 
18 jemaah haji meninggal 88 dirawat semasa haji

18 jemaah meninggal 88 dirawat semasa memnunaikan haji..ikhitbar yang boleh kita ambil dalam kejadian di atas adalah sebaiknya semasa muda kalu ada rezki kita pergi buat haji...tubuh badan pun masih kuat dan sihat jd nk buat amal pun xkan terjejas dek kesihatan yg kurg baik...
biasanya org yg meninggal di mekah akan terus dikebumikan di sana... anak cucu xsempat nak tgk jenazah...nak ziarah kubur di kemudian hari pun xdpt...

sumber utusan

SEPANG 10 Nov. - Seramai 18 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci Mekah pada musim haji ini sehingga semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah itu meliputi lapan jemaah lelaki dan lima jemaah perempuan.
"Antara punca kematian adalah disebabkan oleh penyakit radang paru-paru dan lemah jantung.

"Maklumat mengenai kematian para jemaah haji yang meninggal dunia telah pun dimaklumkan kepada keluarga masing-masing dan takziah saya ucapkan kepada waris jenazah berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai perjalanan ibadah haji tahun ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Bilangan rakyat Malaysia yang mengerjakan haji pada tahun ini adalah seramai 26,000 orang.
Sementara itu, Jamil Khir berkata, bilangan jemaah haji yang sedang menerima rawatan kerana mempunyai masalah kesihatan kini mencecah kepada 88 orang.

"Seramai 41 jemaah lelaki dan 27 jemaah perempuan kini dirawat di Hospital Tabung Haji.
"Di hospital Arab Saudi pula seramai 20 jemaah haji kita sedang menerima rawatan dan mereka terdiri daripada 12 lelaki dan lapan perempuan," katanya.

Beliau menjelaskan, kebanyakan daripada mereka mengalami masalah radang paru-paru, lemah jantung dan akibat dehidrasi.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pada kali ini kerajaan Arab Saudi menetapkan peraturan baru mengkehendaki semua jemaah haji termasuk petugas haji menaiki bas untuk ke Mekah.

"Begitu juga dengan pergerakan ke Arafah mesti menggunakan kenderaan besar dengan muatan tidak kurang daripada 25 penumpang," tambahnya.
Beliau berkata, peraturan baru itu bertujuan mengelakkan kesesakan apabila para jemaah menggunakan kenderaan yang lebih ke
 
TT, info yg dikongsi sangat bagus tapi avatar tu rasanya elok le tukar :">
 
ada tak plan selain tabung haji yang bagi coverage sekiranya kita mati/lumpuh sempena mengerjakan haji?
 
Back
Top
Log in Register