kelebihan akaun tabung haji

Recommended Brokers


sudah ada akaun tabung haji?


  • Total voters
    0

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,018
Reaction score
1,447
Points
191
Yang betulnya..org muda la elok simpan kt tH..waktu muda dpt pg haji..lg pulak simpan kt Th..Insyaallah tkde terlibat riba n hasil tk patuh syariah...macamana tua nak ok kalau dr muda masuk sekali hasil haram..bila hasil haram keturunan pun jahanam...last muda bukan jaminan tkkan mati...
tn smithmagge kne open :">
jgn la bersangka buruk..

xda spe nk hibah/dividen yg haram..

muda2 kebanyakkan yg menyimpan di TH bkn boleh gi haji lagi..

semua kena tunggu list.. dahulukan yg tua2 unless kita berhajat benar..

mcm aku dijangka 2036/2046 x ingat..

+- ada 26 tahun lagi..

klo dh kembali dlu..

pesan la kt family minta guna duit simpanan untuk upah haji..

hidup jgn complicated sgt.. :">
 
Sponsored Post

smithmagge

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2010
Messages
6,589
Reaction score
185
Points
73
tn smithmagge kne open :">
jgn la bersangka buruk..

xda spe nk hibah/dividen yg haram..

muda2 kebanyakkan yg menyimpan di TH bkn boleh gi haji lagi..

semua kena tunggu list.. dahulukan yg tua2 unless kita berhajat benar..

mcm aku dijangka 2036/2046 x ingat..

+- ada 26 tahun lagi..

klo dh kembali dlu..

pesan la kt family minta guna duit simpanan untuk upah haji..

hidup jgn complicated sgt.. :">
Reply lari dr point saya tu bro...
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,761
Reaction score
1,020
Points
196

AGENDANASIONAL

Lebih 700,000 akaun pendeposit TH tidak aktif
Oktober 7, 2019 2:06 pm

KUALA LUMPUR, 7 OKT: Lebih 700,000 akaun pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) membabitkan jumlah simpanan sebanyak RM60.4 juta didapati tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut mulai 2012 sehingga akhir Ogos lalu.

TH dalam kenyataan menasihatkan pendeposit terlibat mengaktifkan akaun masing-masing dengan membuat sekurang-kurangnya satu transaksi simpanan atau pengeluaran wang di mana-mana cawangan TH, kaunter uniteller; atau melakukan transaksi atas talian dengan mana-mana rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB di seluruh negara.
Menurut kenyataan itu, akaun-akaun yang masih tidak diaktifkan selepas 1 November ini akan dipindahkan ke dalam kumpulan Akaun Dormant (Tidak Aktif).

Namun, amaun yang dipindahkan ke Akaun Dormant itu masih lagi boleh dituntut dan dibayar kepada pendeposit TH menurut peruntukan Seksyen 23(2) Akta Tabung Haji 1995.

“Setiap tahun, TH akan mengingatkan pendeposit untuk memastikan status akaun sentiasa aktif, di samping mengemaskini data peribadi seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris bagi memudahkan TH menghubungi pendeposit atau waris mereka untuk urusan penghantaran surat tawaran haji dan pengurusan akaun,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan TH di 03-6207 1919 untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun tidak aktif atau sebarang perkhidmatan.

– BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register