balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan memberi tempoh selama 14 hari mulai hari ini terhadap peniaga bagi menghentikan segala aktiviti penjualan vape sebelum tindakan tegas bakal diambil pada 1 Januari depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri hari ini mengekalkan keputusan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen penjualan vape yang dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada awal bulan ini.
“Berikutan keputusan itu, kerajaan negeri akan mengeluarkan notis selama 14 hari kepada peniaga berkenaan untuk mengosongkan premis mereka bermula hari ini.
“Kerajaan negeri akan ambil tindakan termasuk menyita peralatan menghisap vape jika masih ada peniaga yang ingkar dan terus menjual vape selepas 1 Januari ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung penjualan vape di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.
Abdul Fattah memberitahu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan, Jabatan Mufti Kelantan serta Polis Diraja Malaysia berhubung kesan daripada penjualan vape. - K! ONLINE