BTC USD 77,396.3 Gold USD 4,377.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelantan Bakal Terima Pakai Akta 672 - Exco

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
1fa9e6d29000ef2d6e4c6b49bb475ce0680f5ef00ba8f

fb Hilmi Abdullah

Kerajaan Kelantan bakal menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dengan sesi taklimat bersama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bagi memuktamadkan proses berkenaan telah dilakukan baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan Hilmi Abdullah berkata beberapa negeri seperti Selangor, Terengganu, Perak dan Pulau Pinang yang belum mengguna pakai akta itu juga sedang mengadakan rundingan semula dengan JPSPN bagi tujuan berkenaan.

“Kelantan juga tidak mahu ketinggalan, oleh itu kita membuka semula rundingan kerana kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kini semakin meningkat,” katanya kepada Bernama di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pelancaran Lori Kompaktor Semar Emas Enterprise (SEE) Group di sini hari ini.

Hilmi berkata kerajaan negeri akan mengemukakan beberapa tawaran baharu dalam rundingan itu, termasuk melantik syarikat konsesi sendiri yang akan menguruskan sisa pepejal seperti yang dilakukan Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau berkata langkah berkenaan bertujuan memastikan syarikat konsesi sedia ada dapat meneruskan khidmat mengikut perjanjian yang telah dimeterai dengan kerajaan negeri sebelum ini.

“Sebagai tindakan susulan, kita akan membawa semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk menghadiri taklimat khas di Putrajaya dalam masa terdekat,” katanya.

Hilmi berkata Kelantan tidak menerima pakai akta berkenaan sebelum ini disebabkan beberapa klausa yang ditetapkan termasuk keperluan menyerahkan kuasa eksekutif pembersihan awam dan pengurusan sisa pepejal kepada kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Hilmi berkata penguatkuasaan denda RM2,000 terhadap individu yang membuang sampah di luar tong berjaya mendisiplinkan rakyat negeri ini dengan tiada sebarang laporan saman baharu dikeluarkan.

 
Back
Top
Log in Register