BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kekasih cantik pisau cukur

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
SAYA tidak pasti sama ada ingin meneruskan hubungan dengan kekasih saya, A kerana sikapnya yang ‘high mantainance’.
Dia sering memaksa saya membelikan pelbagai barangan seperti beg dan kasut yang kadangkala tidak masuk akal harganya.
Saya pernah menegur sikapnya yang gemar barangan berjenama kerana ia boleh membebankan saya.
Namun, dia hanya memekakkan telinga dan merajuk panjang.

Disebabkan wajahnya cantik dan pandai bergaya, saya pada mulanya berasa bangga kerana kekasih saya sering dipuji rakan sekerja saya.
Namun kini tidak lagi kerana hampir separuh daripada gaji bulanan saya diperuntukkan bagi perbelanjaannya.
Saya tertekan kerana setiap bulan dia bagaikan ternanti-nanti saya membelanjakan wang saya untuk memenuhi keinginannya membeli barang kegemarannya hinggakan kadangkala kiriman wang ke kampung dibelanjakan padanya.
Apabila saya tidak membelikan barang untuknya, dia mengamuk dan bersikap dingin terhadap saya. Saya tidak pasti sampai bila saya boleh bertahan dengannya.

ED
Kuala Lumpur

Sayang seseorang tidak bermaksud perlu menurut setiap apa dipinta dan menghambakan diri padanya.
Adakalanya sayang memerlukan kita memarahi dan bersikap tegas dengan si dia.
Ibarat pepatah Melayu mengatakan ‘sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan’.
Saudara renungkan betapa pentingnya mendidik dan menasihati kekasih. Membiarkan saja sikapnya yang obses dengan barangan berjenama akhirnya menjerut diri sendiri kelak andai dia pasangan saudara.
Tekadkan hati dan jangan mengalah andai dia perang dingin. Luahkan perasaan dan pandangan saudara mengenai cara dia berbelanja.
Bukan mengambil jalan penyelesaian mudah mahupun mengalah sebaik si dia muncung mulutnya kerana itu membiarkan sifat memanjakan diri dengan barang berjenama terus berleluasa.
Andainya saudara sedaya upaya menasihati tetapi masih gagal, Dang Setia sarankan saudara pulaukan dan ugut terpaksa meninggalkannya kerana tidak tahan dengan sikapnya.
Namun, biarlah teknik ugutan itu menjadi jalan terakhir untuk menyedarkan pasangan saudara.
 
wakaka separuh gaji?
mamat ni xde kereta ke
kereta patut pun dah suku gaji
mkn hape ni
 
pehh...tinggalkan je..da xde duit kompom, pmpuan tu xnk kt die dh
 
tinggal kan jer.. ramai pompuan lagi kat dunia ni.. skrg ni nisbah 1:7..
1(lelaki)= 7(pompuan).. lagi pn skrg ni korang xde pape ikatan yg sah.. jadi, watpe nak bagi2 barang.. klau nk, kawen tros.. xperlu bercinta2 ni.. sakitkan kepala..
 
ni komfom nak duet je ..tapi rasa rasa bukan semua kan?
 
kalau abang Ed dapat balasan setimpal dari gadis cantik pujaan hatinya. ok lah..

ini kena kikis... lalu ini kes tak dapat apa apa la...
 
kalau abang Ed dapat balasan setimpal dari gadis cantik pujaan hatinya. ok lah..

ini kena kikis... lalu ini kes tak dapat apa apa la...

apa maksud balasan setimpal tu bro :-? :"> :D :)) :eek:
 
Back
Top
Log in Register