BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejinya perbuatan sihir

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
Syeikh Abdullah at-Talidi telah menyebut didalam kitabnya ((Nasbul Mawaid)): Seorang hafiz Quran dikalangan sahabatku telah menceritakan bahawa seorang faqih memberitahu:

Suatu hari beliau dijemput untuk memandikan mayat di kampung seberang. Sewaktu hendak menyelak kain bagi memandikan si mati beliau terperanjat kerana mayat berubah menjadi muka dan kepala **** yang sempurna. Namun badannya badan manusia yang asal.

Lalu dia meninggalkan mayat tersebut dan segera mendapatkan ketua kampung serta menceritakannya. Kemudian mereka menghubungi isteri si mati untuk menanyakan apa yang telah dilakukan oleh suaminya.

Isteri tadi mengatakan bahawa si suami telah mengamalkan sihir.


Suaminya mempunyai kitab suci al-Quran yang diletakkan dalam tanah dan dikencingkan ke atasnya. Dengan itu dia dapat berhubung dengan iblis dan syaitan.



Dalil Mengamalkan sihir adalah salah satu dosa besar.

Hadis Nabi saw bersabda:


اجتنبوا السبع الموبقات وذكر منها السحر


“Jauhkan dari 7 dosa yang membinasakan. Nabi saw menyebut diantaranya sihir."


(Hr Bukhar 2766 dan Muslim 89)


Ulama telah bersepakat mengamalkan sihir adalah haram dan berdosa besar.
Malah percaya kepadanya juga adalah berdosa.

Nabis saw bersabda:


ثلاثة لا يدخلون الجنة: مدمن خمر ، وقاطع رحم ومصدق بالسحر


Maksudnya: “3 golongan yang tidak masuk syurga :

1. Penagih arak
2. pemutus silaturahim
3. Orang yang percaya dengan sihir.
(Hadis riwayat Ahmad)
 
bagus peringatan buat sumer umat islam...
 
Back
Top
Log in Register