BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kehidupan Di Syurga

profesor

Active+ Member
Messages
3,446
Joined
May 7, 2007
Messages
3,446
Reaction score
265
Points
46
1. BERITA MENGENAI SYURGA

* Berkumpul di pinggir Shirath.
* Orang yang tidak mencium bau syurga - Orang yang membunuh diri dengan sengaja tidak akan mencium bau syurga. Syurga sudah mulai tercium pada jarak empat puluh tahun perjalanan.
* Ashabul-A'Raf

2. MASUK SYURGA

* Dihalau - Orang yang takwa itu dihalau ke dalam syurga berbondong-bondong. Setelah sampai di syurga maka dibukakanlah pintu-pintunya. Ketika itu berkata penjaga pintu syurga; Sejahtera aman sentosa dilimpahkan kepadamu oleh Tuhan. Berbahagialah kamu, maka masuklah kamu di dalam syurga ini. Di dalamnya kamu kekal selama-lamanya.
* Pintu-pintu syurga itu - Syurga itu mempunya lapan pintu yang terbuka lebar. Adapun kunci pintu syurga itu ialah syahadat dan sembahyang.
* Masuk syurga dengan wajah seperti bulan purnama.
* Yang menyambut di pintu syurga - Malaikat, hurul-aini dan wildan iaitu anak-anak yang mati sebelum baligh.
* Malaikat - Malaikat-malaikat itu masuk ke dalam tiap-tiap pintu sambil mengucapkan assalammualaikum kepada mereka itu.
* Hurul-aini - Perempuan syurga yang disebut bidadari.
* Anak-anak menyambut ibu bapanya - Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ibu bapanya di pintu syurga.

3. RUPA SYURGA

* Tidak ada matahari dalam syurga.
* Sama sahaja siang dan malam.
* Syurga itu seratus tingkat.
* Setiap tingkat syurga itu seluas alam dunia.
* Naik kepada setiap tingkat hanya dengan membaca ayat Al-Qur'an.
* Jannatul-Firdaus - Syurga tempat orang-orang beriman dan beramal salih.
* Sungai-sungai syurga.
* Mata air.
* Jannatun-Na'im - Syurga yang ditempatkan untuk orang-orang yang beriman dan beramal salih dan mereka akan kekal selama-lamanya di sana.
* Jannatul-Adnan-Syurga ditempatkan rezeki pagi-pagi dan petang hari dan terdapatnya rumah-rumah yang bagus-bagus.
* Jannatul-Makwa - Syurga untuk orang-orang yang beriman dan beramal salih sebagai imbalan pahala terhadap apa yang mereka kerjakan.
* Pasar dalam syurga.

4. SUASANA SYURGA

* Seperdua isi syurga itu umat Nabi Muhammad saw.
* Tubuh Nabi Adam 60 hasta panjangnya.
* Berumur 33 tahun - Di dalam syurga itu tidak ada orang tua. Orang-orang yang meninggal dalam usia tua sekarang ini nanti di dalam syurga akan kembali muda belia, cantik dan rupawan seperti orang yang berumur tiga puluh tiga tahun muda, cantik dan rupawan.
* Tidak pernah sakit dan tidak mati - Di dalam syurga itu kamu akan selalu sihat, tidak pernah sakit buat selama-lamanya, tetap dalam keadaan hidup dan tidak akan mati buat selama-lamanya. Selalu senang dan tidak akan pernah berputus asa untuk selama-lamanya.
* Tidak pernah kencing dan berak - Di dalam syurga itu juga makan dan minum tapi tidak pernah meludah, tidak kencing, tidak berak dan tidak pernah menjahit pakaian. Makanan yang dimakan itu akan menjadi keringat dan menjadi minyak wangi seperti al-miski. Ini adalah berkat membaca tasbih dan tahmid.
* Rezeki yang cukup dan isteri yang cantik - Setiap orang mempunyai jodoh. Yang laki-laki mempunyai isteri dan yang perempuan mempunyai suami. Anak-anak yang mati sebelum baligh nanti akan mendapat isteri. Begitu juga dengan orang yang tidak mahu beristeri di dunia atau tidak beristeri itu kerana ada sebab-sebab lain, maka di dalam syurga nanti akan mendapat isteri iaitu hurul-aini(bidadari syurga). Perempuan-perempuan mukminat sesampai di sana nanti akan lebih cantik dari hurul-aini dan tetap menjadi isteri dari suaminya yang sekarang ini di samping hurul-aini.
* Mahligai, guraf dan rumah tempat tinggal - Tiap-tiap rumah yang ada di dalam syurga mempunyai empat puluh buah pintu, tujuh puluh guraf(kamar-kamar yang terdapat di dalammnya tujuh puluh sarir(kasur tebal bersusun-susun). Terdapat segala macam kesenangan yang ada di dunia ini. Semuanya besar, megah dan indah.
* Khaimah-khaimah - Satu ruang enam puluh mil panjangnya untuk orang mukmin bermain-main berkeliling.
* Kebun-kebun - Seperti inab atau anggur, kurma, pohon tin, pohon batikh, kayu thubi, delima, bidara dan pisang.
* Syajarul-khaldi - Sejenis pohon kayu yang besar sekali tinggi dan rimbun. Lingkaran naungan pohon kayu ini seratus tahun perjalanan kuda.
* Pohon delima.
* Pohon bidara dan pisang - Pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun dan naungan yang terbentang luas.
* Binatang dan burung dalam syurga - Di dalam syurga itu ada segala-galanya. Burung di udara, binatang di daratan dan ikan di lautan. Tetapi hanya beberapa saja yang tersebut di dalam Al-Qur'an iaitu; burung, unta, kuda dan kambing.
* Burung - Sekalian jenis burung ada semuanya termasuk ayam.
* Unta dalam syurga.
* Kuda dalam syurga.
* Kambing Syurga - Kambing adalah binatang syurga.

5. BIDADARI

* Dikahwinkan dengan hurul-aini.
* Bentuk tunuh hurul-aini - Laksana mutiara yang tersimpan baik.
* Pakaian dan perhiasan hurul-aini - Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal. Juga mereka memakai gelang yang berbuat dari perak.
* Memakai gelang.
* Di waktu sedang makan.
* Bejana perak.
* Menghidangkan gelas dan cerek.
* Diedarkan piring-piring besar.
* Dikelilingi oleh anak-anak.
* Mahligai yang indah.
* Selalu perawan.

6. MELIHAT TUHAN

* Dua kali orang melihat Tuhan. Pertama di Mahsyar iaitu setelah orang mandi dalam haudh-nya Nabi saw. dan yang kedua dalam syurga.

*Sebagai perkhabaran untuk semua umat islam...

Wallahualam..

Sumber: Blog ctalia
 
Hadis Abu Musa r.a:
Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Terdapat dua buah Syurga yang diperbuat dari perak begitu juga isi kandungannya dan dua buah Syurga yang diperbuat dari emas begitu juga isi kandungannya. Kemampuan ahli Syurga untuk memandang Tuhan mereka hanyalah dihalangi oleh Hijab Keagungan pada zat-Nya di Syurga Adn
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 265

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh. Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? Maka Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 272

Hadis Sahl bin Saad r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya penghuni Syurga berusaha melihat ahli Ghuraf sebagaimana mereka berusaha melihat bintang-bintang di langit

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5058

 
Last edited:
Tingkat Syurga
--------------
Nabi Ibrahim as. pernah berpesan kepada Nabi Muhammad saw pada
saat perjumpaan keduanya di malam Mi'raj, "Hai Muhammad, sampaikan
salamku untuk umatmu dan ceritakan kepada mereka bahwa syurga
bertanahkan wangi-wangian, airnya terasa segar, dan
tanaman-tanamannya adalah "subhanallah", "Alhamdulillah" dan
"la'ilaaha illallah".

Kata Rasulullah, "Syurga ibaratnya, tidak ada mata yang pernah
melihatnya dan tidak ada telinga yang pernah mendengarnya, bahkan
tidak sedetik pun bisa terbersit dalam hati manusia, dari sesuatu
yang maha sempurna"
. Kerana itulah kebahagiaan yang hakiki ...

"Tingkat syurga terendah adalah perumpamaan seseorang yang
berkesempatan menikmati kampung halamannya, melihat isterinya,
sanak saudaranya dengan penuh kebahagiaan selama seribu tahun. Dan
tingkat tertinggi syurga adalah melihat Allah siang dan malam,
"Muka-muka mereka pada hari itu berseri kerana melihat Tuhan
mereka"
(H.R. Tirmizi).


Siapakah tetamu-tetamu yang berhak mendapat jamuan syurga ketika
nanti bertemu Allah. Mereka adalah orang-orang yang telah
dijelaskan oleh Al-Qur'an surah Ali Imran ayat 133-135 sebagai
berikut:

1. Orang-orang yang bertakwa, iaitu mereka yang takut Allah,
dengan menjalankan semua perintah-perintahNya dan menjauhi
larangan-laranganNya.
2. Orang-orang yang menyedekahkan hartanya sesuai dengan anjuran
agama, baik itu zakat, sedekah mahupun infak, baik dalam keadaan
sulit mahupun mudah. Ketika mereka banyak rezeki tidak
mencerminkan orang yang cinta harta, bahkan ketika mereka dalam
kesulitan sama sekali tidak mencerminkan kepelitan atau
kebakhilan.
3. Mereka yang bisa menahan amarah dan tidak berbuat aniaya.
4.Mereka yang pemaaf, dan yang demi kebaikan selalu memaafkan
orang yang pernah menganiayainya dan memusuhinya.
5. Mereka yang ketika melakukan perbuatan tercela, segera ingat
Allah dan meminta keampunanNya atas dosa-dosa yang dilakukannya.

6. Mereka yang tidak suka berlarut-larut dalam kesalahan dan
perbuatan dosa.

Dalam surah Al-Mu'minun ayat 1-11 juga dijelaskan sifat-sifat
penghuni syurga, sebagai berikut :
7. Orang-orang yang beriman dengan rukun-rukun iman, iaitu beriman
kepada Allah, malaikat-malaikat Allah, kitab-kitab Allah,
nabi-nabi Allah, hari akhir dan ketentuan dan keputusan Allah.

Mereka beriman dengan lisan, hati dan perbuatan mereka.
8. Mereka yang mendirikan sholat mereka dengan khusyu'.
9. Mereka yang meninggalkan hal-hal yang tidak berguna, dan yang
memanfaatkan waktu mereka untuk tindakan-tindakan yang bermanfaat.

10. Mereka yang membayar zakat, baik zakat harta mahupun zakat
fitrah.

11. Mereka yang menjaga alat kelamin mereka dari perbuatan zina
dan pelanggaran seksual yang dilarang agama.
12. Mereka yang yang senantiasa memenuhi amanah dan janji-janji
mereka,
dan
13. Mereka yang senantiasa menjaga sholat-sholat mereka.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register