BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Syurga vs. Neraka

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,712
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,712
Reaction score
3,506
Points
211
1767620798366.png


Hadits Bukhari no. 4537
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Haritsah ibn Wahb al-Khuza`i (radhiyallahu `anhu),
Nabi sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Mahukah aku khabarkan kepada kalian
tentang ahli syurga?

Setiap orang yang lemah.
Dan merendahkan dirinya.
Sekiranya dia bersumpah atas nama Allah,
nescaya Allah menunaikannya.

Mahukah aku khabarkan kepada kalian
tentang ahli neraka?

Setiap orang yang kasar.
Rakus (dalam mengejar duniawi).
Serta sombong.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab:
حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ مَعْبَدِ بْنِ خَالِدٍ قَالَ سَمِعْتُ حَارِثَةَ بْنَ وَهْبٍ الْخُزَاعِيَّ قَالَ
سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ الْجَنَّةِ كُلُّ ضَعِيفٍ مُتَضَعِّفٍ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ
 
Last edited:
View attachment 964402

Hadits Ibn Majah no. 2403

Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Tsawban (radhiyallahu ‘anhu, bekas hamba Nabi),
Rasul Allah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Barang siapa ketika rohnya berpisah daripada jasadnya (meninggal dunia),
dalam keadaan dia bersih
daripada tiga (3) perkara,
nescaya dia masuk syurga, iaitu

1) sombong,
2) khianat terhadap harta amanah (al-ghulul)
3) dan hutang.”


Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدَةَ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ الْحَارِثِ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ مَعْدَانَ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ فَارَقَ الرُّوحُ الْجَسَدَ وَهُوَ بَرِيءٌ مِنْ ثَلَاثٍ دَخَلَ الْجَنَّةَ مِنْ الْكِبْرِ وَالْغُلُولِ وَالدَّيْنِ
 
Last edited:
View attachment 978922

Hadits Muslim no. 5304
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Abu Hurayrah (radhiyallahu `anhu),
Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu (1) perkataan,
tanpa mempedulikan
apa (makna atau akibat) yang ada padanya.

Lalu disebabkan itu,
dia terjunam ke dalam neraka
sejauh jarak antara timur dan barat.”


Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
و حَدَّثَنَاه مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عُمَرَ الْمَكِّيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ الدَّرَاوَرْدِيُّ عَنْ يَزِيدَ بْنِ الْهَادِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عِيسَى بْنِ طَلْحَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ مَا فِيهَا يَهْوِي بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
 
Last edited:
1769138798303.png


1769138825648.png


Hadits Muslim no. 131
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada `Abd Allah ibn Mas`ud (radhiyallahu `anhu),
Nabi sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Tidak akan masuk syurga,
orang yang di dalam qalbunya
terdapat sebesar zarah daripada kesombongan.”

Seorang lelaki berkata,
“Sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya indah (cantik).
Dan kasutnya juga indah.
(Ini termasuk kesombongan?)”

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Sesungguhnya Allah itu Maha Indah.
Dan Dia mencintai keindahan.

Kesombongan itu ialah menolak kebenaran.
Dan merendahkan manusia.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab:
و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ وَإِبْرَاهِيمُ بْنُ دِينَارٍ جَمِيعًا عَنْ يَحْيَى بْنِ حَمَّادٍ قَالَ ابْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ حَمَّادٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبَانَ بْنِ تَغْلِبَ عَنْ فُضَيْلٍ الْفُقَيْمِيِّ عَنْ إِبْرَاهِيمَ النَّخَعِيِّ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
 
Back
Top
Log in Register