BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kehebatan air kelapa bukan biasa-biasa, lebih ramai akan minum jika faham rahsia dan khasiatnya

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

Kehebatan air kelapa bukan biasa-biasa, lebih ramai akan minum jika faham rahsia dan khasiatnya​

Ahad, 18 Ogos 2024 11:30 AM
Oleh: MSTAR

553.jpg

Air kelapa dikatakan mempunyai khasiat untuk tubuh manusia. -Gambar hiasan

AIR kelapa merupakan salah satu minuman yang popular di Malaysia.

Bukan sahaja enak dinikmati ketika cuaca panas untuk menghilangkan dahaga, malah air kelapa juga dipercayai mempunyai banyak nutrien yang bermanfaat untuk tubuh.

Berikut kami kongsikan empat khasiat pengambilan air kelapa:

1. Menjaga Keseimbangan Cecair Tubuh

Air kelapa kaya dengan elektrolit seperti kalium, natrium, magnesium, dan kalsium.

Mineral-mineral ini penting untuk mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan.

Air kelapa juga merupakan pilihan yang baik untuk rehidrasi, terutamanya apabila seseorang kehilangan banyak cecair akibat bersukan atau terkena penyakit seperti muntah dan cirit-birit.

2. Menurunkan Tekanan Darah

Kandungan kalium yang tinggi dalam air kelapa boleh membantu mengawal atau menurunkan tekanan darah seseorang.

Selain itu, kalium juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap tekanan darah dengan merehatkan dinding saluran darah, serta melawan kesan natrium dalam tubuh.

2859910.jpeg

Air kelapa menjadi pilihan ramai ketika cuaca panas. -Gambar hiasan

3. Menyokong Kesihatan Tulang

Minuman kaya dengan kalium seperti air kelapa diketahui dapat membantu menambah kekuatan dan ketumpatan tulang.

Mineral penting ini sangat bermanfaat dalam mencegah osteoporosis, satu keadaan yang dicirikan oleh kelemahan tulang.

Kalium juga membantu mengawal keseimbangan asid-basa dalam tubuh.

Apabila tubuh menjadi terlalu berasid, tubuh akan melepaskan kalsium dari tulang untuk membantu meneutralkan asid berlebihan, yang boleh melemahkan tulang dalam jangka masa panjang.

4. Meningkatkan Kesihatan Penghadaman

Air kelapa juga mampu meningkatkan kesihatan usus kerana sifatnya yang menghidrasi tubuh.

Air kelapa membantu mengurangkan keradangan dan mungkin membantu ketika terdapat gangguan penghadaman.

Ia juga dapat menenangkan lapisan usus yang mengalami iritasi dan meredakan kesakitan akibat gangguan penghadaman. - Detik.


sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/fami...i-akan-minum-jika-faham-rahsia-dan-khasiatnya
 
Back
Top
Log in Register