BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Kedai serbaneka Fleximart Ayuh Malaysia di Seksyen 7 Shah Alam!

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,703
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
25,703
Reaction score
2,190
Points
261
Esok pelancaran kedai serbaneka Fleximart Ayuh Malaysia di Seksyen 7 Shah Alam!

Harga barangan insya Allah lebih murah daripada kedai serbaneka lain.

Ada makanan siap juga dijual dalam vending machine 'flexi vending' dengan harga di bawah RM5.

Ada juga mesin kopi untuk penggemar kopi, setiap cawan akan dijual RM4 ke bawah.

YB Rafizi Ramli akan hadir dan mungkin serve kopi kepada pelanggan bertuah. 😁👍

Harini, team Fleximart sedang bertungkus lumus bersedia untuk diserbu orang ramai esok.

Aku pun insya Allah akan turun esok memberi sokongan kepada rakan-rakan.

Jom jumpa di sana nak?

*Alamat kedai pertama Fleximart di nombor 35, Jalan Plumbum U7/U, Shah Alam berhampiran UiTM Shah Alam.

 
Tonton video penerangan daripada Sdr. Rafizi Ramli berkenaan senarai harga awal di Fleximart dan Kesum.

Kedai serbaneka Fleximart di S7, Shah Alam akan dibuka pada hari Sabtu, 1 November ini dan kedai makan value-meal Kesum di Pandan Indah akan dibuka pada hari Sabtu, 8 November.

Bagaimana kami menentukan harga:

1) Kos bahan mentah
2) Kos barang runcit dari pembekal
3) Kos tidak langsung seperti sewa, gaji pekerja, utiliti
4) Kos perkongsian pra-keuntungan untuk dibayar kepada penyumbang modal
5) Banding dengan harga kedai-kedai lain
6) Tentukan margin agar harga sekitar yang termurah di pasaran

Berikut adalah harga di Kesum:
Semua juadah iaitu nasi lemak ayam, nasi minyak ayam, mee goreng, nasi ayam berempah, lempeng kari ayam dijual pada harga RM5 ke bawah.

Berikut adalah harga di Fleximart:
Aiskrim - RM1 per cone
Kopi - antara RM2.90 ke RM4 secawan
Mee kari & jus - RM5
Mee segera & condiments (bebola ikan dan lain-lain) & jus - RM5
Detergent (sabun basuh baju) - RM1 seliter, kuantiti flexi ikut sukatan sendiri

Makanan siap dimakan dari Flexivending - semua di bawah RM5:
Nasi lemak, Chicken wrap, Ayam Korea, Ayam cheese, Ayam goreng crispy, spaghetti carbonara, spaghetti bolognese, mee goreng basah telur mata, nasi goreng seafood, sandwich telur, sandwich tuna, sandwich ayam, roti sosej cheese

Kalau tak percaya, boleh datang sendiri bila Fleximart mula dibuka pada 1 November dan Kesum pada 8 November ini.

 
 

FLEXIMART DIBUKA!!!​

SHAH ALAM KITA MULA HARI INI!
Fleximart, satu inisiatif Ayuh Malaysia untuk bnantu kurangkan beban harian - kini rasmi dibuka kepada orang ramai.
  • Makanan siap bawah RM5
  • Barang runcit harga mampu milik
  • Sokongan pengusaha dan pembekal
Sasaran kami mudah : setiap keluarga patut ada pilihan yang lebih adil untuk poket mereka.
Kalau ada kat Shah Alam atau sekitar Lembah Klang - jemput singgah.
Lokasi : 35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7 Shah Alam.
Jom ke Fleximart!

 
Terima kasih Normala Diana (NormalaDiana Yazal) yang jadi peserta pertama IPR INSAN yang graduate dari program dan berdikari sendiri dengan meneruskan jual makanan siap melalui vending machine.

Dari IPR kini Mala berniaga di #Fleximart S7 Shah Alam, kini tanpa lagi bantuan kerajaan.

Mala pernah viral dulu: cerita seorang OKU yang menjual makanan melalui vending machine INSAN.

Harap terus support peniaga seperti Mala yang jual makanan berkualiti di bawah RM5.

Terus kunjungi Fleximart di S7 Shah Alam (35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam).

Insya Allah, kalau model social enterprise in berjaya dan kita kembangkan di banyak lagi tempat, ia buka ruang kepada B40 untuk terus mencari rezeki.
 
Semoga berjaya harapnya. Kalau tak berjaya boleh ungkap kata-kata Thomas Alva Edison.
I have not failed. I’ve just found 10.000 ways that won’t work.
 
Back
Top
Log in Register