BTC USD 84,082.6 Gold USD 4,271.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedai komputer diserbu

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Omar menunjukkan perbezaan antara perisian komputer tulen (kanan) berlogo dengan palsu (kiri) yang tidak mempunyai sebarang logo.​

SERI MANJUNG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Manjung/Perak Tengah berjaya membongkar kegiatan sebuah premis perniagaan komputer yang memasang perisian tidak tulen.

Ketua Cawangan KPDNKK, Omar Ismail berkata, taktik peniaga berkenaan dikesan dalam satu serbuan, di sini yang turut disertai wakil pemegang hak cipta salah satu perisian komputer popular, tengah hari kelmarin.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas premis berkenaan mendapati peniaga terlibat memasang perisian komputer tidak tulen ke dalam tiga komputer yang dibeli oleh pelanggannya.

"Hasil pemeriksaan lanjut, didapati tiga komputer berkenaan telah dipasang dengan perisian salinan langgaran dan jenis perisian itu juga adalah antara yang biasa digunakan pada masa kini.

"Perisian itu diisi secara tidak sah kerana tidak original atau tulen seperti yang sepatutnya akibat tidak mempunyai logo untuk mengecam produk berkenaan," katanya pada sidang media, semalam.

Kes itu adalah yang pertama seumpamanya dapat dikesan tahun ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Hak Cipta 1987.

Omar menasihatkan peniaga supaya tidak memasang perisian komputer yang tidak sah bagi mengelak dikenakan tindakan.

"Begitu juga dengan pengguna supaya dapat membeli produk yang tulen sebagai satu sokongan kepada industri hak cipta.

"Selain perisian komputer, peniaga juga harus menjual apa-apa sahaja karya hak cipta yang original dan perisian komputer juga dikenali sebagai karya sastera di bawah Akta Hak Cipta 1987," katanya.
 
c!bai.. dia da. start dah... semua. nk collect hasil
 
kantoi sudaaaa.
kes install software crack ni :D
 
Install sndrik jerlah..skrang dah snang sgt nk install windows nih...
 
gunalah yg ori. kayakanlah yahudi
 
Ayt tu berjaya membongkar...:)):))
Mcm la kes besar....semua kedai aku tengok buat mcm ni...:)):))
 
Kalau kedai kecik2 tu pejam matala...kecuali kompeni besar2 byk duit
 
apa cita....hang pi le kawasan taiko tailang= Low Yatt Plaza dan Imbi Plaza dan kawasan yang sewaktu dengannya....

ada brann ka?


same goes port maksiat dan perjudian, situ le jugak...
 
Back
Top
Log in Register