ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Omar menunjukkan perbezaan antara perisian komputer tulen (kanan) berlogo dengan palsu (kiri) yang tidak mempunyai sebarang logo.
SERI MANJUNG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Manjung/Perak Tengah berjaya membongkar kegiatan sebuah premis perniagaan komputer yang memasang perisian tidak tulen.
Ketua Cawangan KPDNKK, Omar Ismail berkata, taktik peniaga berkenaan dikesan dalam satu serbuan, di sini yang turut disertai wakil pemegang hak cipta salah satu perisian komputer popular, tengah hari kelmarin.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas premis berkenaan mendapati peniaga terlibat memasang perisian komputer tidak tulen ke dalam tiga komputer yang dibeli oleh pelanggannya.
"Hasil pemeriksaan lanjut, didapati tiga komputer berkenaan telah dipasang dengan perisian salinan langgaran dan jenis perisian itu juga adalah antara yang biasa digunakan pada masa kini.
"Perisian itu diisi secara tidak sah kerana tidak original atau tulen seperti yang sepatutnya akibat tidak mempunyai logo untuk mengecam produk berkenaan," katanya pada sidang media, semalam.
Kes itu adalah yang pertama seumpamanya dapat dikesan tahun ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Hak Cipta 1987.
Omar menasihatkan peniaga supaya tidak memasang perisian komputer yang tidak sah bagi mengelak dikenakan tindakan.
"Begitu juga dengan pengguna supaya dapat membeli produk yang tulen sebagai satu sokongan kepada industri hak cipta.
"Selain perisian komputer, peniaga juga harus menjual apa-apa sahaja karya hak cipta yang original dan perisian komputer juga dikenali sebagai karya sastera di bawah Akta Hak Cipta 1987," katanya.